Connect with us

GLOBAL

(video) Taktik Penipuan Charles Ingram Dalam Rancangan ‘Who Wants To Be A Millionaire’ Akhirnya Terbongkar

Published

on

(video) Taktik Penipuan Charles Ingram Dalam Rancangan ‘Who Wants To Be A Millionaire’ Akhirnya Terbongkar

Rancangan kuiz permainan televisyen, Who Wants to Be A Millionaire (WWTBAM) versi Malaysia yang dihoskan oleh Dato’ Jalaluddin Hassan pernah menjadi fenomena di negara kita pada sekitar tahun 2000 sehinggalah ia ditamatkan pada tahun 2002.

Difahamkan, bukan sahaja Malaysia, bahkan format rancangan permainan jawab 15 soalan dan menang hadiah utama wang tunai berjumlah RM1 juta ini turut diadaptasikan untuk paparan saluran ITV di United Kingdom.

Sepanjang ia bersiaran di United Kingdom, episod yang menampilkan bekas Tentera Darat British, Charles Ingram (kini berusia 58 tahun) sebagai pemenang hadiah utama wang tunai £1,000,000 pounds sterling (~RM5.9 juta) pernah menjadi topik perbualan yang hangat dengan kontroversi. Mengapa kemenangan Charles Ingram jadi kontroversi dalam rancangan ini?

Selepas kegagalan isterinya, Diana Ingram serta adik iparnya, Adrian Pollock dalam rancangan ini di mana masing-masing hanya berjaya memenangi wang tunai bernilai £32,000 (~RM190,000), tiba pula giliran Charles Ingram sebagai peserta yang turut mencuba nasib untuk memenangi hadiah utama dalam rancangan ini.

Charles mula munculkan dirinya dalam episod WWTBAM United Kingdom yang dirakamkan pada 9 September 2001. Dalam rakaman episod ini Charles berjaya menjawab enam soalan dengan mudah sekaligus wang tunai £2,000 (~RM12,000) sudah berada digenggamannya.

Akan tetapi, Charles mula panik apabila dia ‘tersangkut’ pada soalan yang ketujuh. Walau bagaimanapun, dia bertuah kerana dua talian hayat yang digunakan telah membantunya mara ke peringkat seterusnya. Tempoh rakaman telah tamat menyebabkan perjalanan Charles dalam rancangan ini bersambung dalam episod seterusnya.

Susulan prestasi hambar Charles dalam episod sebelumnya dan kerana terlalu tamakkan hadiah utama dalam rancangan ini, Charles dilaporkan sanggup ‘main tipu’ di mana dalam episod seterusnya dia telah dibantu oleh isterinya Diana serta rakannya, Tecwen Whittock (pensyarah dan juga peserta rancangan ini) untuk menjawab kesemua soalan dengan betul.

‘Coughing Major’, merujuk kepada kaedah tipu helah yang digunakan mereka untuk bantu Charles mendapatkan jawapan yang tepat bagi setiap soalan dalam episod 10 September 2001 ini. Difahamkan, isteri dan rakannya akan mengeluarkan bunyi batuk sebagai bahasa isyarat untuk menandakan ia jawapan betul kepada Charles.

Suasana studio yang ‘bingit’ dengan bunyi batuk dari kerusi penonton (helah coughing major) telah berjaya membantu Charles menjawab semua 15 soalan dengan tepat sekaligus bergelar jutawan Who Wants to Be A Millionaire versi United Kingdom.

Malangnya, pihak produksi menyekat pembayaran £1 juta kepada Charles setelah penipuannya terkantoi. Mereka mula syak Charles menipu setelah didapati berlaku situasi aneh di mana isterinya atau rakannya akan batuk setiap kali Charles ingin menjawab soalan.

“Saya tidak pernah dengar nama Craig David jadi saya pilih jawapan C (A1). Eh, sekejap saya tukar semula jawapan D untuk Craig David,” antara dialog pelik Charles yang secara tiba-tiba menukar jawapan sebaik sahaja isterinya batuk menandakan penyanyi Craig David adalah jawapan tepat untuk soalan tersebut.

Pada awalnya pihak produksi tidak mengesyaki apa-apa. Namun ketika mengulang semula rakaman, apabila dikaji bunyi batuk yang konsisten setiap kali Charles ragu-ragu dalam menjawab soalan, mereka tahu ada sesuatu yang tidak kena.

Penipuan mereka ini telah disiasat oleh detektif dan pihak polis. Hasil siasatan mendapati Charles, Diana dan Tecwen bersalah dan didakwa di mahkamah atas pertuduhan kes penipuan dengan menggunakan taktik batuk.

Charles yang memiliki dua Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Pengurusan Korporat dipenjara 20 bulan manakala Diana dan Tecwen masing-masing dikenakan hukuman penjara 4 dan 5 bulan.

Begitulah kisah kehidupan Charles Ingram, jutawan Who Wants to Be a Millionaire yang kemenangannya ditarik balik kerana menipu. Namun ‘tuah’ daripada kejadian itu, Charles dan Diana turut diundang ke beberapa program siri realiti lain di Britain antaranya The Games, The Weakest Link dan Hell’s Kitchen.

P/S: Kisah Charles dan Diana Ingram diabadikan dalam drama bersiri bertajuk Quiz yang bersiaran di saluran ITV di UK. Tonton petikan babak dalam drama ini menerusi pautan ini.

sumber: thevocket

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GLOBAL

(Video) Sayu Melihat Orang Utan ‘Memikul’ Anaknya Mencari Tempat Baru Setelah Habitatnya Musnah.

Published

on

(Video) Sayu Melihat Orang Utan ‘Memikul’ Anaknya Mencari Tempat Baru Setelah Habitatnya Musnah.

Umum mengetahui, aktiviti penerokaan hutan untuk tujuan pembalakan secara tidak terkawal mampu memusnahkan habitat asal jutaan flora dan fauna di sana.

Di Indonesia khususnya, antara wilayah paling kaya dengan hutan ialah Kalimantan di kepulauan Borneo dan salah satu spesies hidupan liar yang mendiami hutan di sana ialah Orang Utan.

Namun agak menyedihkan, sebahagian besar Kalimantan hari ini tidak lagi ‘seindah’ dulu. Kebanyakan hutan hujan tropika yang membekalkan udara segar buat Borneo telah ditarah untuk tujuan tertentu.

Memetik laporan Detik, salah satu lokasi habitat asal Orang Utan yang pernah terancam ialah di Taman Negara Kutai, Kalimantan Timur yang menempatkan ribuan spesies Orang Utan jenis Morio.

Sifir mudahnya, apabila hutan ditarah tanpa kawalan, hidupan liar pasti akan terancam sekaligus kehilangan habitat asal. Akhirnya ia terpaksa keluar dan mencari habitat baharu yang entah bagaimana jaminan biodiversitinya.

Baru-baru ini, netizen ada berkongsi satu sedutan video ringkas yang hiba, memaparkan suasana hening seekor Orang Utan memikul anaknya di satu kawasan hutan yang telah digondolkan. Mari ikuti video ini.

“Perhatikan bagaimana ibu Orang Utan ini membawa pergi anaknya mencari tempat baharu setelah rumah mereka dihancurkan.

“Seperti komodo, gajah, harimau, badak dan lain-lain, nasib Orang Utan tidak menentu. Eksploitasi lombong, sawit, kayu dan pembukaan ‘resort’ melenyapkan ruang hidup mereka,” jelas kapsyen tersebut.

Tidak pasti lokasi spesifiknya di mana, namun berdasarkan kenyataan laman Twitter ini, ianya dipercayai mungkin berlaku di sekitar Indonesia.

Sumber: Twitter Kawan Baik Komodo / Detik News via siakapkeli

Continue Reading

GLOBAL

(video) Tiga Lelaki $anggup Memp3rtaruhkan Ny@wa M3manjat Meny3lamatkan 3 Beradik Terperangkap Dlm K3bak@ran,

Published

on

(video) Tiga Lelaki $anggup Memp3rtaruhkan Ny@wa M3manjat Meny3lamatkan 3 Beradik Terperangkap Dlm K3bak@ran,

RUSIA- Tiga lelaki menjadi ‘tangga’ untuk membantu seorang budak perempuan dan dua budak lelaki keluar dari flat yang terbakar melalui tingkap.

Menurut The Sun, mereka (kanak-kanak) terkunci dari dalam menyebabkan mereka terperangkap di dalam bangunan tersebut.

Tiga lelaki memanjat luar bangunan tersebut bagi memudahkan mereka. Lelaki keempat pula tunggu dibawah untuk menyambut mereka ketika diturunkan.

Lelaki pertama bernama Stanislav Smirnov, 40 tahun.

“Kami bergilir-gilir memanjat dengan memijak saluran air. Saya nampak seekor kucing dan naik semula untuk menyelamatkannya,” kata Dhamal Gassoyan, 35 tahun, lelaki kedua.

Kanak-kanak tersebut ditinggalkan di pangsapuri di Wilayah Kostroma Rusia menangis dan dilaporkan mengalamai luka kesan terbakar. Ivan Potyomin, berusia 35 tahun merupakan lelaki ketiga yang menjadi ‘tangga’.

Satu laporan mengatakan ibu bapa kanak-kanak tersebut mengunci mereka untuk keluar minum. Dilaporkan, kejadian berlaku disebabkan mereka bermain pemetik api sewaktu ketiadaan ibu bapa mereka, kata satu laporan.

Jiran-jiran yang melihat api mulai membesar membuat pertolongan awal sebelum tibanya pasukan bomba. Oleh itu, pihak berkuasa Rusia kini sedang membuka siasatan.

Sumber: The Sun via siakapkeli

Continue Reading

GLOBAL

(video) Meski Sering Diejek Rakan, Gadis Ini Tetap Gigih Kerja Jadi Badut Ganti Arwah Bapa

Published

on

(video) Meski Sering Diejek Rakan, Gadis Ini Tetap Gigih Kerja Jadi Badut Ganti Arwah Bapa

Di saat rakan-rakan seusianya sedang sibuk belajar atau berhibur dengan kawan-kawan, gadis remaja yang masih bersekolah ini harus mencari rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidupnya.

Setiap hari, dia perlu memakai kostum badut dan bekerja menghiburkan orang ramai di jalanan. Namun, siapa sangka rupanya tersimpan kisah sedih di sebalik personaliti ceria yang sering ditunjukkan kepada orang ramai.

Menerusi sebuah perkongsian oleh akaun Instagram @insta_julid, sebelum ini pekerjaan itu dilakukan oleh arwah bapanya.

Namun, setelah bapanya meninggal dunia jadi gadis yang bernama Cindy ini menggunakan kostum peninggalan bapanya dan meneruskan pekerjaan tersebut dari pukul 7 pagi hingga 12 tengahari.

Gigih cari rezeki untuk ibu dan adik

“Di balik badut yang ceria, ada sosok anak gadis cantik yang selalu semangat tanpa mengenal lelah dan malu. Bapak Cindy sudah meninggal dari dia kecil.

“Cindy bekerja sebagai badut menggantikan ibunya yang sehari-hari kerja menjahit di rumah. Setiap kerja, dia ditemani adeknya,” tulis individu yang berkongsi kisah gadis itu.

Selalu diejek rakan2

Apabila ditanya tentang perasaannya ketika bekerja, dia mengakui tidak malu menjadi badut untuk mencari rezeki walaupun sering diejek teman-temannya.

Baginya, apa yang penting adalah pekerjaan yang dilakukannya adalah halal.

Tambahnya lagi, apa yang dilakukannya itu hanya ingin membantu membahagiakan ibu dan adiknya. Cindy menjelaskan sangat menyayangi adik dan ibunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Akun gosip (@insta_julid)

Ikhlas membantu keluarga

Sewaktu individu yang berkongsi kisah Cindy ingin membantu dengan membeli barang untuk dirinya dan keluarga, wanita itu ada bertanyakan apa yang diingini oleh gadis tersebut.

Tanpa berfikir panjang, Cindy menjawab dia hanya memerlukan beras dan buku tulis untuk adiknya serta dirinya. Mendengar jawapan Cindy terbabit, ramai yang tersentuh melihat ketulusan hati gadis itu.

Kisah perjuangan gadis remaja yang sanggup bekerja keras demi membantu keluarga tersebut telah berjaya menyentuh hati netizen. Bahkan, ramai yang meluahkan rasa kagum terhadap sifat bertanggungjawab yang dimiliki oleh Cindy.

Sumber: Instagram @insta_julid via borakdaily

Continue Reading

Trending