Connect with us

GLOBAL

(video) Scammer ‘Cuak’ Selepas Mukanya ‘Terpapar’ Kerana Dig0dam Oleh Hacker

Published

on

(video) Scammer ‘Cuak’ Selepas Mukanya ‘Terpapar’ Kerana Dig0dam Oleh Hacker

Bermula dengan penipuan menerusi panggilan telefon sehinggalah pada hari ini di mana kita boleh lihat dengan bantuan teknologi semakin canggih telah memudahkan scammer mencuri butiran peribadi milik mangsanya.

Akan tetapi, sebijak mana pun scammer menipu mangsanya, rata-rata mereka pastinya kini tidak mampu untuk melawan kelicikan hacker di luar sana yang pintar menggodam segala akses teknologi sekaligus mendedahkan identiti sebenar scammer.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik oleh seorang hacker juga YouTuber yang dikenali sebagai Scambaiter telah mendedahkan aktiviti sebuah syarikat scammer di India yang menyamar sebagai wakil syarikat beli-belah dalam talian terkenal iaitu Amazon untuk menipu dan mencuri wang milik mangsanya.

Difahamkan, scammer ini akan menghantar e-mel palsu kepada mangsanya dengan menggunakan nama syarikat Amazon. E-mel tersebut ditulis sebagai bukti konon-kononnya mangsa telah berjaya membuat bayaran atau pesanan sesuatu barang di Amazon.

Tetapi sekiranya mangsa tidak melakukan sebarang pembelian, mangsa diminta untuk menelefon nombor khidmat bantuan Amazon yang disertakan bersama e-mel tersebut. Sebenarnya, nombor tersebut merupakan milik scammer berkenaan.

Apabila mangsa telah menelefon mereka, scammer akan meminta mangsa untuk memasukkan nombor telefon berserta kod pengesahan kononnya untuk membatalkan urusan pembelian di Amazon. Sebenarnya melalui urusan itu, scammer telah berjaya menggodam akaun Amazon milik mangsa.

Segala transaksi wang bagi pembelian barang di Amazon akan dipindahkan terus ke dalam akaun bank scammer. Liciknya, resit pembelian persis resit Amazon akan dihantar kepada e-mel mangsanya sebagai bukti pembelian yang sah.

Berikutan itu, hacker Scambaiter yang sering menghasilkan konten video berkaitan pembenterasan operasi jenayah scammer terpanggil untuk menggodam komputer dan mendedahkan identiti sebenar scammer dari India tersebut.

Beliau telah menyamar sebagai seorang pengguna yang menghadapi masalah pembelian di Amazon lalu menghubungi scammer berkenaan untuk menyelesaikan masalahnya menerusi panggilan web-cam komputer.

Paparan video web-cam pada awalnya ditutup dan hanya perbualan suara antara hacker dan scammer sahaja yang kedengaran. Hacker memberikan segala butiran palsunya kepada scammer dan mereka mendapati berlaku masalah rangkaian internet lalu meminta hacker untuk memeriksa task manager dalam komputernya.

Dalam pada masa memeriksa task manager komputernya, hacker secara tiba-tiba mengaktifkan web cam tetapi bukan identiti hacker yang kelihatan sebaliknya paparan skrin komputernya bersertakan gambar identiti scammer yang dipancarkan.

Scammer tersebut terkejut setelah melihat gambarnya terpampang di skrin komputernya sendiri lantas segera menutup web-cam kerana sudah malu dan cemas setelah ditipu oleh hacker Scambaiter yang telah membongkarkan kegiatan jenayah scam mereka.

Bukan sekadar gambar, tetapi akses internet dan lokasi tepat di mana scammer ini berada juga didedahkan oleh Scambaiter. Segala gelagat lucu scammer dan perbincangan bersama rakan-rakannya selepas mereka kantoi turut dirakam.

Ini bukanlah scammer pertama dibongkarkan oleh Scambaiter. Untuk mahu melihat lebih lagi aksi hacker Scambaiter membanteras jenayah penipuan dalam talian, anda boleh berkunjung ke saluran YouTube Scambaiter.

sumber: thevocket

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GLOBAL

(video) Tersalah Dengar Arahan, Wanita T3rjun “Bungee Jumping” Sebelum Tali Keselamatan Siap Dipasang

Published

on

(video) Tersalah Dengar Arahan, Wanita T3rjun “Bungee Jumping” Sebelum Tali Keselamatan Siap Dipasang

Rakaman meng3rikan yang mem@parkan pel0mpat bungee m3ningg@l dunia selepas tersalah tafsir dengan menyangka bahawa gilirannya telah tiba untuk melompat dari ketinggian sekitar 45 kaki itu semasa tali keselamatannya tidak terpasang telah berlegar di internet.

Wanita yang berusia 25 tahun itu dilaporkan telah m3lomp@t dari atas sebuah jambatan di utara Colombia selepas mendengar isyarat yang dimaksudkan untuk teman lelakinya.

Sebuah video yang menunjukkan m@ngsa mel0mpat dari jambatan itu telah dirakamkan oleh pelancong yang berada di tebing berdekatan. Kira-kira 100 orang sedang menunggu untuk melakukan terjunan itu ketika kejadian.

Tali bungee itu dilaporkan tidak diikat sepenuhnya lagi pada pergelangan kakinya ketika dia tersalah tafsir isyarat untuk pasangannya itu.

Dipercayai bahawa dia telah terkena s3rang@n j@ntung sebelum dia j@tuh ke tanah dan m3ningg@l dunia ketika pasukan kec3masan tiba di tempat kejadian.

Teman lelakinya difahamkan orang pertama yang tiba dan berusaha untuk melakukan CPR kepadanya.

Dia dilaporkan menerima r@watan kerana kec3dera@n yang dialaminya ketika berusaha untuk ke arah teman wanitanya itu, dan dikatakan dalam keadaan terkejut.

Gustavo Guzmán, datuk bandar Fredonia, Antioquia menyatakan kepada El Tiempo: “Dia terkeliru. Isyarat itu untuk teman lelakinya melompat kerana dia sudah dipasangkan peralatan keselamatan.

“Mereka hanya sempat memakaikan tali keselamatan pada pinggangnya sahaja namun dia terkeliru dan terus melompat.”

Wanita itu telah dik3bumikan selepas selesai majlis upacara di kejiranan Simón Bolívar di Medellín, di mana dia tinggal bersama keluarganya.

Pihak berkuasa tempatan telah memulakan siasatan selepas mendakwa bahawa dua syarikat yang menawarkan perkhidmatan dan membekalkan peralatan di lokasi tersebut tidak dibenarkan melakukannya.

Sumber: Daily Star via siakapkeli

Continue Reading

GLOBAL

(video) Tak Mampu Kawal Emosi Di Hari Pengebumian Adik Tercinta, Lelaki Bertindak Di Luar Kawalan

Published

on

(video) Tak Mampu Kawal Emosi Di Hari Pengebumian Adik Tercinta, Lelaki Bertindak Di Luar Kawalan

Pemergian insan yang tersayang pastinya akan memberikan kesan yang mendalam kepada seseorang.

Bukan senang untuk meredhai pemergian mereka itu pada mulanya. Namun begitu, siapalah kita untuk melawan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Satu video yang memaparkan seorang lelaki menangis kesedihan di kubur telah menjadi tular di media sosial. Video tersebut menunjukkan seorang lelaki yang difahamkan menangisi pemergian adiknya.

Kelihatan lelaki itu sedang menangis teresak-esak di kubur adiknya sambil ditenangkan oleh orang-orang yang hadir ke majlis pengkebumian tersebut.

Mungkin tidak dapat menahan kesedihan yang amat terlampau telah membuatkan lelaki berkenaan bertindak sedemikian. Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 300 ribu kali.

Warganet yang menonton video tersebut turut berkongsikan kesedihan dan pengalaman mereka melalui perkara sebagaimana yang dilalui lelaki itu.

Sumber: fakta.indo via siakapkeli

Continue Reading

GLOBAL

(video) Aksi Kambing ‘Pura-pura’ Mati Elak Ditangkap Mencuit Hati Netizen

Published

on

(video) Aksi Kambing ‘Pura-pura’ Mati Elak Ditangkap Mencuit Hati Netizen

Bagi pengembala kambing, mungkin anda sudah terbiasa dengan ragam kambing peliharaan anda, terutama apabila tibanya musim korban. Pelbagai kisah ternakan lari dari kandang atau ikatan bagi menyelamatkan diri.

Kali ini, kami ingin kongsikan sebuah video gelagat seekor kambing yang dikatakan ‘berpura-pura mati’ ketika dikejar oleh seorang lelaki. Menerusi rakaman yang tidak dinyatakan lokasi itu, kelihatan sekawan kambing berlari-lari daripada seorang lelaki yang dipercayai cuba menangkap haiwan berkenaan.

Tidak semena-mena, seekor kambing terjatuh ‘kaku’ di atas lantai dan kelihatan longlai apabila dipegang oleh lelaki berkenaan. Pun begitu, ia secara tiba-tiba bangun dan terus berlari sebelum ‘pengsan’ sekali lagi. Rakaman tersebut ternyata menghiburkan perakamnya dan juga warganet yang lain. Apa tidaknya, seakan berpura-pura pengsan untuk mengelakkan diri daripada kena tangkap.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah sebabnya kambing tersebut menjadi sebegitu. Mungkin memang benar ia berpura-pura mati untuk mengelakkan dirinya ditangkap, atau kemungkinan lain yang diperjelaskan di bawah.

Menurut National Geographic, situasi ini mungkin berpunca daripada keadaan genetik haiwan ternakan yang mengalami myotonia congenita di mana otot mereka menjadi kejung ketika terkejut. Bagaimanapun, haiwan tersebut sebenarnya tidak pengsan dan masih sedar.

Tambah portal itu, kebiasaannya, haiwan akan menerima reaksi kimia yang merangsang respon lawan atau lari (fight or flight). Pun begitu, haiwan yang mengalami myotonia congenita ini dipercayai mengalami mutasi sel yang membantutkan reaksi kimia yang menggerakkan otot mereka, sekaligus membuatkan haiwan itu kaku.

Malah, keadaan ini juga dipercayai tidak terhad kepada kambing atau haiwan ternakan sahaja, namun boleh berlaku kepada manusia.

Sumber: @dr.azaman via Kas Mawati Koto, National Geographic via siakapkeli

Continue Reading

Trending