Connect with us

AGAMA

(video) “Kami Malu Dengan Tindakan Israel!” Laung Sokongan Kepada Palestin, Siapakah sebenarnya Yahudi Ortodoks

Published

on

(video) “Kami Malu Dengan Tindakan Israel!” Laung Sokongan Kepada Palestin, Siapakah sebenarnya Yahudi Ortodoks

Pergelutan antara Palestin dan Rejim Zionis Israel yang semakin menjadi-jadi sejak penghujung Ramadan dilihat bagaikan tidak berpenghujung.

Sehingga kini, ramai rakyat Palestin yang tidak bersalah menjadi mangsa dan terkorban akibat serangan roket serta bom dari tentera Zionis Israel.

Sehubungan itu, umat Islam di seluruh dunia mengecam tindakan Rejim Zionis Israel.

Dalam pada itu, mereka turut menuding jari dan menyalahkan semua golongan ‘Yahudi’ yang disifatkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Bagaimanapun, baru-baru ini telah berlangsung beberapa perarakan anti-Zionis di sekitar negara Barat yang turut melibatkan masyarakat ‘Yahudi’ Ortodoks.

Menerusi beberapa ciapan di Twitter, segelintir netizen berkongsi gambar dan video sewaktu perarakan yang berlangsung di United Kingdom serta Washington DC, Amerika Syarikat.

Dalam perkongsian-perkongsian itu, majoritinya memperlihatkan golongan Yahudi Ortodoks memegang sepanduk bertulis ‘Judaisme menolak zionis’. Bukan itu sahaja, mereka turut membawa dan mengibarkan bendera Palestin.

Siapakah golongan Yahudi Ortodoks?

Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya, siapakah gerangan Yahudi Ortodoks ini? Mengapa mereka menyokong Palestin dan mengecam Israel? Bukankah mereka juga Yahudi?

Memetik rujukan fakta dari Blog Layar Kehidupan, secara umumnya Yahudi adalah suatu bangsa bukan agama sepertimana yang disangka ramai orang.

Sebutan Yahudi berasal dari perkataan Yahuza. Yahuza adalah nama salah seorang daripada 12 orang anak Nabi Yaakub.

Difahamkan, Yahudi Ortodoks pula merupakan cabang dari agama Agama Judaisme yang sangat radikal. Penganutnya dikenali sangat mentaati seluruh hukum dan peraturan dalam kitab Taurat.

Judaisme adalah suatu agama bagi bangsa Yahudi, tapi harus diingatkan bahawa tidak semua bangsa Yahudi menganut agama ini.

Zionis pula merupakan sebuah fahaman atau gerakan dan ia bukanlah suatu agama. Fahaman inilah yang menjadi pegangan kuat Rejim Zionis di Israel yang menyerang rakyat Palestin.

Menurut penganut Judaisme (Yahudi Ortodoks), zionis tidak melambangkan seluruh bangsa Yahudi mahupun agama mereka, Judaisme.

Bukan itu sahaja, mereka turut menentang fahaman zionis secara keras-kerasan dan melawan penguasaan Rejim Zionis Israel.

Menentang Zionis Israel

Berbalik pada cerita tentang perarakan anti-Zionis di atas, beberapa laman sosial di Instagram dan Twitter menyiarkan video menunjukkan golongan Yahudi Ortodoks memberi ucapan sokongan terhadap Palestin.

Salah satunya seperti yang dikongsi oleh Instagram @doseofsociety, di mana seorang lelaki Yahudi mengakui berasa MALU dengan tindakan Zionis Israel.

Di samping itu, dia turut memberi kata-kata semangat buat rakyat Palestin agar jangan menyerah kalah dan terus bangkit menentang kekejaman Zionis Israel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dose of Society (@doseofsociety)

“Jangan mengalah, teruskan berjuang! Pada akhirnya Palestin akan bebas jua kerana ia merupakan satu kebenaran,” katanya.
Beri sokongan penuh buat Palestin

Selain itu, seorang warga emas berbangsa Yahudi mengecam tindakan Israel yang mendakwa mereka merupakan ‘negara Yahudi’ yang memperjuangkan agama serta kitab Taurat.

Namun perkara itu hanyalah helah semata-mata untuk menutup mata masyarakat dunia terhadap kekejaman mereka.

Warga emas itu turut melaungkan sokongan penuh terhadap Palestin dan menyatakan bahawa ‘Tuhan berada di sisi kita dan sentiasa bersama kita semua’.

Sementara itu di Washington DC, Amerika Syarikat, perarakan anti-Zionis turut diadakan oleh golongan Yahudi Ortodoks secara besar-besaran.

Mereka turut menyampaikan mesej yang sama iaitu menyokong Palestin dan mengutuk serta menentang habis-habisan tindakan Zionis Israel.

Sumber: Blog Layar Kehidupan, Twitter @cosmokramer, Twitter @ErenaTakeuchi, Instagram @doseofsociety, Twitter @QuienBahiyah via borakdaily

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

AGAMA

Luahan Seorang Hamba Allah yang Cintakan Perdamaian dan Persaudaraan

Published

on

Luahan Seorang Hamba Allah yang Cintakan Perdamaian dan Persaudaraan

Saya berani bersumpah Demi Allah betapa besarnya pengorbanan dan jasa ketiga-tiga insan ini untuk ummah. Nadir al-Nuri kehilangan anak sulung kerana isteri yang sarat mengandung terpaksa merangkak di terowong bawah tanah yang dibom rejim penjajah. Ustaz Ebit Lew yang kehilangan ayah ketika sibuk membantu orang susah. Firdaus Wong berkali-kali diugut bunuh kerana usaha dakwah dan mencegah kemungkaran.

Pengorbanan ketiga-tiga insan ini hampir tiada taranya. Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana sayangnya Ustaz Ebit Lew kepada golongan gelandangan dan pinggiran. Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana Nadir al-Nuri keras berusaha membangunkan ekosistem kebajikan, pendidikan, dan perniagaan saudara kita yang dijajah dan diperangi. Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana Firdaus Wong membimbing ramai saudara baru untuk kembali ke agama fitrah demi keselamatan dunia akhirat sedang dalam masa yang sama mendepani golongan ekstremis.

Sungguh, tiada siapa pun antara kita yang layak menghakimi ketiga-tiga insan ini. Kita selalu lupa betapa satu-satunya manusia yang sempurna dan bebas daripada dosa sudah pun wafat lebih seribu tahun yang lalu. Tiada lagi insan sehebat Rasulullah yang memimpin negara dalam rumah yang kecil hinggakan untuk sujud pun isteri baginda perlu mengalihkan kakinya. Tiada lagi insan sehebat Rasulullah yang mempimpin negara dalam keadaan kelaparan mengikat batu di perut baginda. Tiada lagi insan sesempurna Rasulullah yang bersegera mengagihkan harta-benda baginda hinggakan wafat tanpa mewariskan kekayaan luar biasa kepada ahli keluarga baginda.

Kita selalu meletakkan neraca kesempurnaan dalam menghakimi orang lain, hingga ke tahap segala jasa dan sumbangan insan lain diperkecil-kecilkan, sebaliknya segala kekurangan mereka diperbesar-besarkan dan diulang-ulang. Lebih parah, tanpa kita sedari api permusuhan dan kebencian ditiup dengan kencang hingga ke tahap melaga-lagakan insan-insan yang sedang sama-sama melakukan kebaikan.

Hakikatnya, Allah menuntut kita untuk sentiasa berusaha mendamaikan saudara kita yang saling bermusuhan – bahkan hingga ke tahap kita dibenarkan berbohong dan menipu demi mendamaikan antara dua pihak yang bertelagah.

Saya menyeru rakan-rakan untuk sama-sama kita menyeru usaha perdamaian secara baik antara Ustaz Ebit Lew dan Nadir al-Nuri ini. Sungguh ruginya kita berpecah dan berpihak sesama kita dalam keadaan penjajah terus berkuasa membantai saudara kita. Sungguh ruginya kita berpecah-belah dalam keadaan ramai antara kita yang terkesan dengan situasi hidup sekarang di kala masih ramai yang memerlukan perhatian dan sumbangan. Betapa ruginya kita berpecah dan bertelingkah dalam keadaan saat ini wilayah kita dituntut kuasa besar China dan Filipina di PBB.

Ingatlah sungguh-sungguh pesanan Rasulullah ini kepada kita semua:

“Jauhilah sangka buruk, kerana bersangka buruk itulah ucapan yang paling dusta; Janganlah mencari-cari isu; Janganlah mencari-cari kesalahan; Janganlah saling bersaing (dengan buruk); Janganlah saling dengki-mendengki; Janganlah saling memarahi; dan Janganlah saling memusuhi! Sebaliknya, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” Hadis riwayat Muslim

Oleh: Abdul Muein Abadi
Hamba Allah yang cintakan perdamaian dan persaudaraan

sumber: FB Abdul Muein Abadi

Continue Reading

AGAMA

Subhanallah… Inilah Sebabnya Kenapa Nabi Suruh Kita Tidur Mengiring Kekanan.

Published

on

Subhanallah… Inilah Sebabnya Kenapa Nabi Suruh Kita Tidur Mengiring Kekanan.

Islam merupaka agama yang sempurna. Setiap perilaku yang diajarkan pasti mempunyai kebaikan yang tersembunyi. Walaupun ada sesetengah perbuatan yang masih belum diketahui apa kebaikan disebaliknya, namun yakinlah bahawa ianya pasti ada kebaikan yang tersembunyi.

Berkaitan dengan cara tidur yang diajarkan oleh Nabi SAW, Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: Berbaringlah di atas rusuk kananmu. (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710). Satu diantara adab tidur yang dianjurkan adalah mengiring ke kanan, dan di sebalik sunnah Nabi ini ternata mempunyai hikmah yang besar untuk kesihatan manusia .

Inilah penjelasan 9 manfaat tidur mengiring ke kanan daripada segi perubatan.

1) Merehatkan otak kiri

Seperti kita tahu,otak manusia terbahagi kepada dua bahagian,iaitu bahagian kiri dan kanan. Otak sebelah kanan akan mengawal anggota badan sebelah kiri,manakala otak sebelah kiri akan mengawal anggota badan di sebelah kanan. Umumnya kita sering memakai organ sebelah kanan untuk makan,memegang atau mengangkat barang,maka otak kiri akan banyak berkerja. Apabila kita tidur mengiring sebelah kanan,otak sebelah kiri akan dapat berehat secukupnya sebelum meneruskan aktiviti seperti biasa untuk hari seterusnya.

2) Mengurangi tekanan jantung

Jantung terletak disebelah kiri dada manusia. Tidur mengiring sebelah kanan akan dapat mengurangi tekanan jantung untuk mengepam darah keseluruh badan,membantu pernafasan yang baik,merendahkan tekanan darah seterusnya dapat membantu seseorang mendapatkan tidur yang berkualiti. Sekiranya seseorang itu mengiring sebelah kiri,dada manusia akan terhimpit lalu mengakibatkan jantung menpunyai tekanan yang kuat untuk mengepam darah keseluruhan badan. Hal ini seterusnya akan mengakibatkan tekanan darah seseorang menjadi tinggi dan boleh menggangu kualiti tidur seseorang.Tapi awas,ini sangat bahaya kepada seseorang yang mempunyai masalah kesihatan jantung.

3) Merehatkan organ Esophagus

Hati manusia terletak dibahagian sebelah kiri. Apabila seseorang tidur tidur mengiring kesebelah kiri akan mengakibatkan masalah berkaitan dengan organ esophagus. Apabila seseorang tidur,sistem pengeluaran chime ( makanan yang telah diproses oleh esophagus akan bercampur dengan asid ) maka dengan ini akan menggangu sistem pengosongan esophagus.

4) Tingkatkan pengosongan kandung empedu dan pankreas

Ada aliran chime yang lancar bakal menyebabkan keluaran cairan empedu juga jadi tambah, hal semacam ini bakal mencegah pembentukan batu kandung empedu. Keluaran getah pancreas bakal jadi tambah dengan posisi mirin ke kanan.

5) Meningkatkan waktu penyerapan zat makanan

Saat tidur gerakan usus menigkat. Dengan posisi mengiring ke kanan, jadi perjalanan makan yang telah tercerna dan siap di serap bakal jadi lebih lama, hal semacam ini karena posisi usus kecil hingga usus besar ada dibawah.

6) Mempercepatkan sistem pencernaan buang air besar

Dengan tidur mengiring ke kanan, usus besar hingga ke bahagian dubur manusia akan lebih cepat dan mudah penuh.Apabila sudah penuh,ini akan mudah memudahkan seseorang untuk membuang air besar. Jika anda seseorang yang sering sembelit atau sukar membuang air besar,mungkin ini adalah salah satu jalan penyelesaian anda. Awas,sering sembelit dan tidak membuang air besar berhari-hari boleh mendatangkan banyak risiko penyakit.

7) Merehatkan kaki kiri

Seseorang yang bukan kidal, sering menggunkan anggota sebelah kanan akan menjadikan kaki kiri sebagai tongkat untuk menanggung beban badan sehinggakan kaki kiri kadang kala lebih rasa penat berbanding kaki kanan . Apabila tidur mengiring ke kanan,ini memberi ruang rehat untuk kaki kiri dan lenguh-lenguh di kaki juga akan cepat hilang.

8) Melindungi kesihatan paru-paru

Paru-paru kiri lebih kecil di banding dengan paru-paru kanan. Apabila tidur mengiring ke kanan, jantung bakal condong ke sebelah kanan. Hal ini tidak jadi persoalan karena paru-paru kanan makin besar. Lain tentang apabila bertumpu pada seb

9) Melindungi saluran pernafasan

Tidur mengiring menghindar jatuhnya lidah ke bawah yang dapat mengganggu saluran pernafasan. Tidur dengan posisi telentang, mengakibatkan saluran pernafasan terhalang oleh lidah. Yang juga mengakibatkan seseorang mendengkur. Orang yang mendengkur saat tidur menyebabkan badan kekurangan oksigen. Bahkan juga terkadang dapat mengakibatkan terhentinya nafas untuk beberapa detik yang bakal bangunkannya dari tidur. Orang itu biasanya bakal bangun dengan keadaan pening lantaran kurangnya oksigen yang masuk ke otak. Tentunya ini demikian mengganggu kualiti tidur.

Demikianlah kebaikan disebalik tidur mengiring ke kanan. Sungguh indah ajaran Islam yang penuh dengan kebaikan didalam setiap ajarannya. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada sidang pembaca sekalian.

Sumber : suaramedia via myinfomaya

Jangan lupa komen, share dan like page kami kalamindah

Continue Reading

AGAMA

Beruntungnya Kita Jika Tergolong Dalam 10 Golongan Yang Akan Masuk Syurga Tanpa Hisab Ini

Published

on

Beruntungnya Kita Jika Tergolong Dalam 10 Golongan Yang Akan Masuk Syurga Tanpa Hisab Ini

Menurut hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber dari Ibnu Abbas r.a, terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang akan masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab. 10 golongan manusia ini dikatakan akan mempunyai muka bercahaya seperti bulan purnama.

Siapakah 10 Golongan Manusia Yang Akan Masuk Syurga Tanpa Hisab?

1) Ahli Al-Fadl (ahli kemuliaan)

Golongan ini adalah orang yang bersabar menanggung kesakitan apabila dizalimi dan diperbodohkan dan mereka senantiasa memaafkan segala kejahatan yang dilakukan terhadap mereka.

2) Ahli As-Sabr (ahli kesabaran)

Golongan yang sentiasa bersabar menjalani suruhan dan sentiasa taat kepada Allah. Mereka yang sentiasa menghindarkan diri dari melakukan maksiat.

3) Berjiran kerana Allah

Golongan ini akan saling berziarah dalam berkasih sayang kerana Allah. Mereka yang duduk dan bangun bersama-sama dengan saudara mereka kerana Allah. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

4) Orang yang meninggal dalam perjalanan ke Mekah, tidak kira pergi atau balik. (hadis riwayat Jabir)

5) Golongan yang senantiasa menuntut ilmu yang membawa ke jalan Allah, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa. (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)

6) Individu yang dalam perjalanan hendak menunaikan hajat saudara seislamnya sehingga tertunai hajat tersebut dan meninggal dalam masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas)

7) Individu yang mengasuh kanak-kanak sehingga kanak-kanak itu berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”. (hadis sumber daripada A’isyah r.a)

8) Orang islam lelaki dan perempuan yang meninggal pada malam dan siang hari jumaat. (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)

9) Hamba Allah yang bersabar dengan ujian bala bencana pada tubuhnya ataupun pada tubuh anaknya. (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)

10) Individu yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan demi mendapatkan ganjaran Allah. (Ibn Mas’ud)

Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis bersumber daripada Jabir secara marfu’: “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”

Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dapat masuk ke syurga tanpa hisab

sumber: karteldakwah

Continue Reading

Trending