Connect with us

Uncategorized

Pertikai Penampilan Bertudung Dalam Poster Program, Ain ‘Sekolahkan’ Siti Kasim

Published

on

Pertikai Penampilan Bertudung Dalam Poster Program, Ain ‘Sekolahkan’ Siti Kasim

Sejak Ain Husniza mula membuat pendedahan “lawak lucah” yang dibuat oleh gurunya di sekolah, nama pelajar tingkatan 5 ini semakin dikenali sehingga turut dibincangkan oleh media antarabangsa.

Baru-baru ini gambar poster satu program menunjukkan Ain memakai tudung telah menjadi buah mulut ramai orang. Namun apa yang memeranjatkan, tindakan Ain untuk memakai tudung ini turut ditegur oleh peguam dan aktivis, Siti Kasim.

Kenapa Ain perlu tutup rambut dia untuk program ini? Saya nak nasihatkan keluarga Ain untuk berhati-hati dari digunakan oleh sesetengah orang.

“Tak ada siapa yang patut beritahu macam mana cara awak berpakaian dan awak perlu sentiasa konsisten dengan pendirian awak.”

Ekoran komen dari Siti Kasim ini, Ain telah menegur aktivis tersebut dan meminta agar dia tak dinilai dari pakaiannya.

Pakaian saya, atau perempuan lain tak penting. Ini apa yang sering saya tegaskan. Jangan nilai orang dari penampilan mereka. Tolong! Saya pakai apa yang saya nak pakai bila-bila masa. Perkara ini tak jejaskan pendirian saya.

“Tolong berhenti nilai perempuan yang tak menutup aurat atau yang menutup aurat. Itu sahaja. Berhenti! Fokus pada isu utama. Sekolah TAK SELAMAT.”

Siti Kasim kemudiannya mengatakan yang bila Ain memilih untuk memakai tudung, ini bermakna Ain telah memilih untuk dengar cakap orang yang mengkritik penampilannya sebelum ini dan jawapan Ain…

Saya tak ikut cakap dorang. Saya hanya buat apa yang saya nak buat. Saya nak jadikan sekolah tempat yang selamat, jadi penampilan saya tak ada kena mengena dengan pendirian saya.

“Kalau awak rasa saya pakai tudung sebab ikut orang, maknanya awak sama je dengan orang yang nilai saya bila saya tak pakai tudung.

“Awak nak paksa saya untuk tak tutup aurat ke? Saya faham maksud awak tapi inilah sebabnya perempuan selalu rasa tertindas. Tak boleh nak ada pilihan nak buat apa-apa.”

Siti Kassim kemudian menegaskan yang tak semua perempuan pakai tudung dipaksa dan setiap orang mempunyai pilihan untuk pilih pakaian atau aksesori yang dorang nak pakai. Tapi mesej yang disampaikan oleh pilihan Ain ini yang menjadi persoalan.

Ain kemudiannya menutup hujahnya dengan mengatakan apa yang dia buat adalah untuk beritahu semua perempuan untuk pakai apa yang mereka nak pakai dan jangan nilai orang dari luaran.

“Ain pilih untuk sekolahkan Siti Kasim. You go girl!”

Jawapan Ain kepada Siti Kasim ini telah mendapat sokongan dari ramai netizen. Lebih-lebih lagi sebelum ini Siti Kasim sering perjuangkan hak manusia untuk pakai apa yang mereka mahu pakai.

Sumber: Lobakmerah via trendinggiler

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

(video) Kemana Duit Sebanyak 20 Juta? Ini Jawapan Nadir Al-Nuri…

Published

on

(video) Kemana Duit Sebanyak 20 Juta? Ini Jawapan Nadir Al-Nuri…

Sewaktu sidang media pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkaitan misi kemanusiaannya di Gaza tempoh hari, beliau turut mengajukan soalan berkenaan sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM20 juta setahun kepada Presiden Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al Nuri.

Berikutan itu, pihak Cinta Gaza Malaysia mengadakan sesi siaran langsung Townhall CGM di Facebook dan menjemput saudara Nadir bagi memberi penjelasan tentang persoalan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadir Al-Nuri (@nadiralnuri)

“Tuduhan itu adalah palsu”

Jelas Nadir, beliau menafikan kenyataan CGM menerima sumbangan sebanyak RM20 juta pada setiap tahun seperti yang dilontarkan oleh segelintir pihak.

Malah jika betul CGM menerima RM20 juta, 3% sahaja akan digunakan untuk diberi kepada staf yang berada di bumi Gaza dan Malaysia.

“Orang tuduh kita ambil percent yang tinggi tapi alhamdulillah anda sendiri boleh tengok berapa kami ambil hanya 3 peratus (management charge) sahaja. Sebenarnya tak ada lah kami dapat 20 juta setahun. Itu adalah palsu.

“RM20 juta itu bukannya disumbangkan setiap tahun. Tapi kita tak ambil gaji banyak. Jadi tuduhan itu adalah sangat-sangat tidak baik seolah-olah kita dapat duit yang begitu banyak. Tapi saya tidak tujukan kepada sesiapa,” katanya.

3% sahaja untuk staf & duit turut diuruskan oleh rakan2 NGO anak muda

Nadir turut menegaskan bahawa pihak CGM tidak mengambil gaji puluhan ribu ringgit dan hanya cukup-cukup untuk hidup dalam keadaan sederhana.

“Tuduhan RM20 juta itu adalah satu tuduhan yang sangat salah, dan saya tak salahkan sesiapa kerana ia adalah tuduhan yang dilandaskan daripada kejahilan tentang sesuatu tempat,” ujarnya.

Selain itu, duit sumbangan RM20 juta itu tidak diuruskan oleh CGM sahaja tetapi ia dikutip oleh rakan-rakan yang berada di bawah NGO anak-anak muda yang telah berpuluh tahun berkhidmat dalam kerja kebajikan.

Di samping itu, beliau turut mengalukan NGO yang lain untuk membentangkan perbelanjaan masing-masing dan menjadi tanggungjawab untuk mendedahkan di mana sumbangan tersebut disalurkan agar semua aktiviti kebajikan dilakukan dengan telus dan amanah.

Terdahulu, nama Nadir ‘dipetik’ ketika sidang media Ebit Lew berkenaan pertanyaan kemana duit sumbangan bernilai RM20 juta tersebut.

Nadir memaklumkan yang beliau akan menjawab persoalan yang dilemparkan Ebit Lew dalam masa terdekat, dan nampaknya ia sudah pun terjawab hari ini.

Lihat Video 

Sumber: Facebook Terkini dan Sensasi Palestin via ohmymedia

Continue Reading

Uncategorized

Block Caprice Di Laman Instagram? “Benda Negatif Memang Saya Akan Block”

Published

on

Block Caprice Di Laman Instagram? “Benda Negatif Memang Saya Akan Block”

Sebentar tadi, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) menerusi live di beberapa platfom tampil menjelaskan perkara ‘sebenar’ susulan kontroversi misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin. Apa yang diceritakan oleh beliau adalah berdasarkan beberapa dakwaan yang dilemparkan oleh penyanyi rap, Ariz Ramli dan aktivis terkenal di Gaza Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman.

Sama sekali tak pernah cium kaki

Ujar UEL, tomahan yang diberikan sama sekali tidak benar apabila dia didakwa melutut dan mencium kaki Menteri di Gaza. UEL menjelaskan dia tidak pernah melakukan perkara tersebut yang sama sekali bertentangan dengan apa yang telah diajarkan oleh agama.

Berbicara lebih lanjut, UEL mengambil keputusan untuk block Caprice di laman Instagram susulan tindakannya yang disifatkan sebagai terlampau ‘negatif’ ditambah pula, waktu yang tidak bersesuaian apabila UEL baru sahaja kehilangan ayahnya yang tersayang baru-baru ini akibat menghidap penyakit kanser perut tahap akhir.

Dia kata saya tak patut post pasal melawat ayah. Ini perangai macam kawan atau sahabat, dia boleh marah macam tu. Luka hati saya. Saya ambil phone tu, saya lempar sebab saya sedih sangat.

UEL juga menafikan sekeras-sekerasnya berhubung dakwaan yang mengatakan beliau telah mencuri dokumen yang akan digunakan oleh Caprice, Pencetus Umah (PU) Harris, Neelofa dan Heliza bagi membolehkan mereka untuk masuk ke Gaza. Berbicara mengenai sijil yang diterima, UEL menjelaskan beliau sama sekali tidak pernah membeli sijil Duta Muhibbah yang diberikan oleh Menteri di Gaza.

Dia tegur pasal patung. Kemudian tegur pasal saya melawat ayah saya. Saya sedih, sebab dia macam kawan. Ayah tengah nazak, bukan lawat biasa. Bagi saya ia melampau & sedih. Kemudian ayah saya meninggal dunia. Yang menyakitkan hati saya blocked.

Wallahi saya tak pernah bincang denga Neelofa, Harris dengan Caprice untuk pergi ke Gaza. Saya sangka baik, mungkin dia stres makan pil. Wallahi memang saya tak pernah jumpa mereka untuk bincang pergi Gaza.

Pada masa yang sama, UEL turut akui hatinya terluka dengan segala tuduhan-tuduhan yang tak berasa yang secara tidak langsung memberikan kesan kepada keluarganya.

Sumber: Ustaz Ebit Lew via ohbulan

Continue Reading

Uncategorized

Di Mana RM20 Juta Hasil Derma Rakyat Malaysia?- Ustaz Ebit Lew

Published

on

Di Mana RM20 Juta Hasil Derma Rakyat Malaysia?- Ustaz Ebit Lew

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mempersoalkan bagaimana RM20 juta yang dikumpul Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri hasil kutipan tabung derma diagihkan bagi rakyat Palestin.

Menerusi sesi sidang media ‘live’ di media sosial, Ebit terpaksa bertanya mengenai perkara tersebut selepas segelintir rakyat Malaysia mendakwa beliau menggunakan duit sumbangan rakyat Malaysia untuk menjayakan misi kemanusiaan di Gaza.

Pendakwah berusia 36 tahun itu berkata, beliau menggunakan duitnya sendiri bagi menanggung segala kos perbelanjaan dan

“Ramai yang maki saya, mereka ingat saya bawa duit rakyat Malaysia pergi sana. Yang kumpul duit ini adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dimana kali ini diketuai oleh Nadir.

“Ada dalam live, dia beritahu dapat RM20 juta. Jadi yang kumpul duit ni adalah Nadir. Bukan sikit, banyak dia kumpul hasil kebaikan rakyat Malaysia.

“Jadi dia tanya saya… patut soalan tu dituju kepada beliau, terangkan mana duit RM20 juta tu. Saya pun bukan nak tanya, tapi ada yang maki saya.

“RM20 juta tu setahun, tahun depan RM20 juta lagi dan seterusnya. Banyak NGO kat sana yang baik dan ikhlas, tapi saya tujukan soalan pada Nadir. Ada bukti, resit begitu begini?,” katanya.

Sumber: Facebook Ebit Lew via ohmymedia

Continue Reading

Trending