Connect with us

TEMPATAN

Institusi kehakiman di Malaysia tidak adil serta berat sebelah.?!! Peguam Ulas Isu Reman Pesalah D3ra

Published

on

Institusi kehakiman di Malaysia tidak adil serta berat sebelah.?!! Peguam Ulas Isu Reman Pesalah D3ra

Di Instagram Story, seorang peguam muda yang dikenali sebagai Alan Razak telah meluahkan pandangan peribadinya berhubung dakwaan sesetengah individu yang menyifatkan institusi kehakiman di Malaysia tidak adil serta berat sebelah.

Bekerja sebagai Hakim bukanlah perkara yang senang

Sejak viralnya isu penderaan seorang kanak-kanak sindrom down iaitu adik Bella, badan kehakiman turut terpalit kerana didakwa bersubahat dengan ahli politik.

Menurutnya, individu yang cepat melenting seperti ini adalah mereka yang gemar melihat drama-drama di kaca televisyen sehingga terbawa ke realiti sebenar kehidupan seharian serta tidak melambangkan perundangan di negara kita.

Aku dah puas pesan kat adik-adik yang belajar law. Tak payah lah tengok cerita tu. Propa lebih. Tak melambangkan realiti dunia perundangan langsung. Apatah lagi kehakiman.

Kau ingat hari ini ada kes kat mahkamah lepas tu esok jatuh hukuman lepas tu file terus tutup dan esok lusa Hakim tu pergi bersenang-lenang kat laman rumah hirup teh feeling macam Mariah Carey ke?

Jelasnya lagi, pekerjaan seorang Hakim bukanlah senang seperti mana dilihat di dalam drama televisyen. Malah mereka memerlukan kursus serta training untuk melatih mereka bagi memastikan keadilan perlu dicapai dan alasan penghakiman perlu dilihat dari segi fakta dan undang-undang yang ditetapkan bagi mencapai matlamat keadilan sesuatu kes.

Hakim bukan macam korang. Tak puas hati meroyan kat media sosial. Tak perlu dan tak boleh. They speak through their judgement (penghakiman).

Jangan menyalahkan Badan Kehakiman

Tambahnya lagi, bukan fakta serta undang-undang terhadap mangsa sahaja yang diambil kira, namun individu yang tertuduh juga perlu mendapatkan hak-haknya seperti yang telah termaktub dalam peruntukan undang-undang. Apabila dizahirkan dalam bentuk bertulis dan jika terdapat rayuan, Hakim-Hakim Rayuan akan melihat kepada keputusan di peringkat rayuan pula.

Bila ada alasan kehakiman di setiap peringkat dari Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi dan ke Mahkamah Rayuan (atau Mahkamah Persekutuan), kau ingat senang-senang je dorang nak bagi keputusan ikut anak tekak dia?

Memang tidak dinafikan Hakim juga merupakan manusia sama seperti kita yang akan khilaf dan jika perkara berkenaan berlaku, keputusannya boleh disemak mengikut peringkat-peringkat yang telah ditetapkan oleh Hakim-Hakim Rayuan.

Jadi bila kau tengok berita reman ditolak dan orang tu pun tak dituduh lagi kemain ada panjang berjela banyak post kutuk. Yang siap tunjukkan muka budak tu pun ramai. Konon cakap public interest. Peguam tak peguam pun sama naik. Undang-undang dah jelas pasal tunjukkan mudak budak tu.

Walau bagaimanapun, peguam Alan berharap agar orang ramai memahami bagaimana sistem dan prosedur kehakiman berfungsi serta mereka perlu memahami undang-undang yang berkaitan. Dia turut berpesan agar orang ramai tidak mengambil rumusan yang paling mudah iaitu dengan menyalahkan Badan Kehakiman.

Sumber : alanrazak via ohbulan

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INSPIRASI

(video) Setiap Hari Pemuda Dtg Tlg Buang Sampah Demi utk Sesuap Nasi

Published

on

(video) Setiap Hari Pemuda Dtg Tlg Buang Sampah Demi utk Sesuap Nasi

Tak dinafikan lagi, ramai yang terkesan dengan krisis pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak tahun lalu. Ada yang hilang sumber pendapatan dan terpaksa kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang untuk meneruskan hidup.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah seperti perkongsian video daripada seorang netizen @sisrose77 yang memaparkan kisah seorang pemuda sanggup mengutip sampah dari rumah ke rumah demi menanggung hidup.

Setiap hari datang tolong buang sampah

Menerusi video pendek di aplikasi TikTok itu, pemuda tersebut dikatakan datang setiap hari untuk menolong para penghuni perumahan berkenaan bagi sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan membuang sampah.

Dari segi upah pula, pemuda itu tidak meminta jumlah tertentu namun cukuplah atas keikhlasan pemberi dalam bentuk duit atau makanan.

Tinggal dalam hutan selepas dihalau dari rumah sewa

Dalam pada itu, wanita itu turut mendedahkan bahawa pemuda itu tinggal di dalam hutan di tepi kawasan perumahan berkenaan, setelah dihalau oleh pemilik rumah sewanya.

Disebabkan kos hidup yang semakin meningkat dan pendapatan terjejas, dia tidak dapat membayar duit sewa rumah itu.

Sebagai inisiatif meneruskan kehidupan, dia nekad untuk menolong penduduk perumahan itu membuang sampah walaupun upah yang diterima sekadar cukup untuk mengalas perut yang lapar.

Bagaimanapun, adalah tidak diketahui latar belakang dan kisah hidupnya tetapi perkongsian tersebut membuatkan kita berfikir setiap kali kita rasa diri susah, masih ramai lagi yang lebih susah dari kita.

Sumber: TikTok @sisrose77 via ohmymedia

Continue Reading

TEMPATAN

(video) “Saya difitnah teruk dan akan buat report polis” Ustaz Abu Syafiq mahu ‘saman’ team Ebit Lew

Published

on

(video) “Saya difitnah teruk dan akan buat report polis” Ustaz Abu Syafiq mahu ‘saman’ team Ebit Lew

Masih belum reda kontroversi yang membabitkan tiga figura terkenal Malaysia iaitu pendakwah terkenal Ebit Lew, aktivis Gaza, Nadir Al Nuri dan penyanyi rap Caprice, kini timbul pula isu hangat melibatkan pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq.

Baru-baru ini, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary mendakwa bahawa dirinya telah difitnah oleh beberapa ahli pasukan Ustaz Ebit Lew.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik, dia membuat pendedahan dan menegaskan akan membuat laporan polis serta mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap isu tersebut.

“Saya difitnah teruk dan akan buat report polis”

“Saya telah difitnah teruk dengan fitnah yang tidak benar oleh beberapa orang daripada team ustaz Ebit Lew sendiri, tetapi bukan Ustaz Ebit Lew.

“Saya tidak mahu menyebut nama, tetapi saya akan buat report polis dan tindakan undang-undang sekiranya hal ini tidak dapat diselesaikan dengan cara baik,” jelasnya.

Menurutnya lagi, antara fitnah yang dilontarkan kepadanya adalah dia dikatakan telah menghina kerja amal dan mengkafirkan Ebit Lew. Baginya, tuduhan berkenaan sangat berat sehingga mencalarkan imejnya sebagai seorang pendakwah.

“Saya sokong semua kerja amal Ebit Lew”

“Saya mengkaji dan melihat, rupa-rupanya dalam team ustaz Ebit Lew itu ada beberapa orang yang telah menyebarkan fitnah itu terhadap saya, bukan Ustaz Ebit Lew.

“Kerja amalnya saya sokong dan kerja-kerja dakwahnya saya tidak ada masalah kerana beliau tidak membawa mana-mana ajaran yang menyimpang serta memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” ujarnya lagi.

Dedahnya lagi, dia telah pun menegur ahli pasukan Ebit Lew yang memfitnah dirinya namun individu tersebut tidak mahu memohon maaf.

“Salah seorang daripada teamnya akui telah memfitnah saya. Tetapi dia tidak mahu memohon maaf.

“Apabila dia memfitnah dan melaga-lagakan saya tanpa saya berjumpa dengan Ustaz Ebit Lew, tiba-tiba melagakan saya. Bagaimana setelah dia memfitnah saya, dia tidak mahu memohon maaf,” luahnya.

Dalam hantaran lain, Abu Syafiq turut meminta agar Ebit Lew menjawab segala persoalan yang diajukan berkenaan ahli pasukan yang memfitnah dirinya dan meluahkan rasa sedih kerana isu tersebut tidak dipedulikan langsung.

Selain itu, Abu Syafiq turut menegaskan bahawa tujuannya membuat pendedahan itu bukan kerana publisiti tetapi hanya mahukan kemaafan daripada individu yang terlibat.

Malah, dia turut mendakwa individu tersebut cuba melaga-lagakan dirinya dengan Ebit Lew dan memburukkan lagi suasana.

Pada masa yang sama, Abu Syafiq turut memaklumkan hasratnya ingin membuat laporan polis juga mahu pihak PDRM untuk melakukan siasatan terhadap salah seorang daripada anggota kumpulan yang dikatakan cukup rapat dengan Ebit Lew.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ustaz Abu Syafiq (@ustazabusyafiq)

Sumber: Instagram Ustaz Abu Syafiq via ohmymedia

Continue Reading

TEMPATAN

(video) Ustaz Ebit Lew Jawab Semua Tohmahan Yang Dilemparkan Terhadapnya

Published

on

(video) Ustaz Ebit Lew Jawab Semua Tohmahan Yang Dilemparkan Terhadapnya

Tepat jam 12. 50 tengahari, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew telah membuat sidang media dan bersiaran secara langsung di platform media sosialnya.

Sidang media tersebut merupakan penjelasan mengenai beberapa tohmahan yang diterima olehnya sejak bermulanya misi kemanusiaanya ke Gaza.

Di awal sidang medianya, beliau memaklumkan tetap menghormati individu-individu seperti Caprice dan Nadir Al-Nuri walaupun ada beberapa penjelasan mereka agak bersimpang dengan realitinya serta mengguris perasaan Ebit Lew.

Jadi, sidang media tersebut adalah jawapan daripada soalan-soalan yang berkecamuk terutamanya mengenai penulisan Nadir Al Nuri semalam.

Guna duit sendiri

Pertama sekali, Ustaz Ebit Lew (UEL) memaklumkan yang beliau telah pergi ke sana menggunakan duit sendiri. Beliau juga tidak pernah membuka sebarang tabung untuk pergi ke Gaza.

Jadi, UEL meminta soalan tersebut ditanyakan semula kepada Nadir Al Nuri memandangkan individu tersebut membuka tabung dan mengutip sumbangan untuk pembangunan Gaza.

Bukan proposal, tapi hantar qoutation

Selain itu, isu berkenaan pihak UEL dikenali sebagai Ustaz Zul tidak membalas WhatsApp kepada Nadir turut dijawab beliau apabila memaklumkan berkenaan proposal yang dihantar Nadir adalah mengenai qoutation barang yang berharga 40 dolar.

Jumlah tersebut dianggap mahal kerana mereka mendapat lagi yang lebih murah iaitu kira-kira 20 dolar. Jadi, isu tak membalas WhatsApp bukan isu besar.

Tiada isu jalan2, pergi dekat2 hotel sahaja

Disamping itu, isu soalan ‘jalan-jalan di Cairo’ itu turut dijawab UEL. Menurutnya, pada awal beliau hanya mahu hantar bantuan kepada Bulan sabit Merah Mesir dan balik.

Memandangkan beliau mengikut tourism, beliau hanya ke sekitar hotel sahaja.

Tiada barang yang terbazir

Isu berkenaan membeli barang di Cairo pula adalah barang-barang perubatan memandangkan barang tersebut tiada di Gaza. Barang-barang keperluan lain juga ada dibeli di Gaza. Jadi, Nadir tidak patut mempersoalan hal tersebut.

21 jam dalam kereta, tak perasan

Ebit Lew juga mengatakan sememangnya tidak pernah membuat live sepanjang membuat misi kemanusiaan. Jadi teguran yang dibuat kepada Nadir adalah perkara biasa dilakukan sebelum ini.

Beliau mengatakan yang memasuki Gaza memerlukan 21 jam untuk perjalanan sahaja. Dengan 21 checkpoint, 21 jam dan diiringi 12 kereta kebal sudah tentu keletihan, tak sempat makan dan juga tidak sempat ke tandas.

Jadi, beliau tidak perasan kehadiran Nadir kerana mahu cepat-cepat melakukan solat jamak. Seusai majlis beliau terus ke hotel dan hanya berada di Gaza 3 hari kerana ayah sedang tenat.

Hormat cara bantuan orang lain

Ebit Lew turut meminta orang lain menghormati cara masing-masing dalam memberi bantuan kerana beliau ada cara tersendiri membantu. hal ini susulan tuduhan membina rumah anak yatim yang bukan ‘budaya’ masyarakat Arab.

Tak tahu pun syarikat HALA

Paling kemuncak, beliau menjawab soalan berkenaan syarikat HALA yang dikatakan membawa teamnya ke Gaza. UEL menegaskan beliau tidak tahu sama sekali berkenaan syarikat tersebut kerana mereka memasuki negara tersebut melalui Kedutan Malaysia dan Wisma Putra.

Beliau jelaskan pernah menghubungi syarikat Mile of Smile dan mendapati cara masuk ke sana bernilai 10 ribu dolar, iaitu kira-kira RM50 ribu.

Sedangkan beliau memasuki Gaza dengan bantuan syarikat Lucky tour bernilai 2,500 ribu dolar iaitu kira-kira RM10,000 sahaja sekepala. Namun, yang membuatkan mereka lama di sana adalah mendapat kelulusan dua pihak iaitu Kerajaan mesir dan juga kelulusan Mesir.

Serahkan semua hal kepada pihak polis

UEL juga menjawab lagi beberapa tuduhan yang diterima dan menjelaskan apa sebebarnya berlaku disebalik kontroversi tersebut. Jadi, beliau berharap segala tuduhan tersebut dijawab dan membersihkan namanya.

Sumber: Instangram Ebit Lew via ohmymedia

Continue Reading

Trending