Kalam indah

Berkongsi ilmu

Walaupun Tidak Pernah & Tidak Pandai Membaca Al-Quran, Kubur Petani Ini Diterangi Cahaya Menjulang Ke Langit 

Telah diceritakan suatu kisah dalam tazkirah di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu.

Seorang lelaki melalui sebuah k4wasan perku’buran di suatu malam yang kelam dan sunyii. Tiba-tiba ia terp4ndang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah ku’bur, dan terus menjulang hingga ke langit.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan ku’bur ini adalah ku’bur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulama atau orang s0leh yang istimew4 kedudukannya di sisi Allah.

Diambilnya seb4tang kayu lalu dip4cak di atas kubvran yang berc4haya itu. Keesokan harinya lelaki itu datang lagi kek4wasan perk4buran itu dengan ditemani beberapa orang k4mpung.

Beliau ingin menyeIidiki dan ingin mengetahui ku bur siapakah yang sangat aj4ib itu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah si m4ti dan bertemu dengan isteri si m4ti lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperku’buran suaminya.

Anehnya isteri si m4ti terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani biasa saja.

Bukan seorang alim, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru al-Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.

Akhirnya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara an3h yang si m4ti selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.

Akhirnya isteri si m4ti teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh arw4h suaminya.

Setiap kali sebelum tidur pada setiap malam suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al-Qur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek al-Qur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta al-Qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Qur’an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi.

Tambah isteri si m4ti lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu ini. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini ya Allah.”

“Wahai Qalam Allah, maafkan kesaIahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu.“

“Wahai Qalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menu duh aku dihadapan Allah diakhirat nanti”.

Lelaki itu meminta untuk melihat al-Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh,

Helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh al-Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimah-kalimah Allah itu dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Allah dengan seluruh jiwa dan raganya.

Marilah kita menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, didalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap hari untuk membaca dan fahami isi-isinya.

Semoga kita semua juga mendapat pengakhiran yang baik..

Sumber: harmagidun

Leave a Reply

Your email address will not be published.