Kalam indah

Berkongsi ilmu

(video) “Hanya Potretmu Pengubat Rindu” Anak Disangka Tidur, Rupanya Menangis Sambil Menatap Gambar Arwah Ayah

Kehilangan ibu bapa bukanlah satu perkara mudah dan itu merupakan satu dugaan yang paling ditakuti oleh semua insan. Tak mudah untuk meneruskan kehidupan tanpa orang kesayangan di sisi namun kehidupan tetap harus diteruskan.

Sebagai anak sudah tentu kehilangan ayah atau ibu memberi tamparan hebat untuk diri mereka dan merasa kosong. Itulah yang terpaksa dilalui oleh anak-anak kepada Puan Eldazaiman apabila kehilangan insan bergelar ayah.

INGATKAN ANAK TIDUR, RUPANYA MENGALIR AIR MATA TATAP GAMBAR ARWAH AYAH

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok itu, si ibu pada mulanya mahu memeriksa sama ada anak-anaknya sudah tidur atau belum tetapi lain pula jadinya apabila melihat si Bang Ngah sedang menatap dan memeluk foto seseorang yang diambil dari dalam laci tepi katil.

“Ingat nak check je anak-anak dah tidur ke belum. Tak sangka ini yang mama tengok. Sedih mama. Semoga terus kuat anak-anakku,” luahnya.

Lihat video

Foto tersebut merupakan gambar arwah bapa kanak-kanak berkenaan dan dihulurkan kepada adik kecilnya yang dipanggil Baby. Si anak cuba untuk tidur namun perasaan rindu yang membuak-buak membuatkan dia sukar untuk tidur.

“Nangislah kalau dengan cara tu dapat legakan hati. Mama tau bang ngah kuat. Anak-anak mama semua kuat. Mama & arwah abah sayang semua dunia akhirat. Jangan sedih sebab nanti mama pun sedih,” katanya.

Perkongsian wanita itu sudah tentunya mengundang sebak warganet dan video tersebut mendapat jutaan penonton. Ruangan komen ditutup oleh wanita berkenaan dan hanya terdapat tiga komen sahaja. Semoga adik-adik terus kuat menjalani kehidupan tanpa si ayah di sisi.

Sumber: siraplimau

Leave a Reply

Your email address will not be published.