Kalam indah

Berkongsi ilmu

“Subhanallah” Siapa Sangka 5 Benda Ini Rupanya Berasal Dari Syurga, Yang Kedua Ada Dalam Hutan Malaysia

Syurga adalah tempat terindah yang dijanjikan untuk orang-orang soleh, setiap manusia di atas muka bumi ini impikan syurga namun tak semua yang bakal berjaya menjadi ahli syurga. Setiap sesuatu yang ada dalam syurga adalah sangat indah dan sangat istimewa hingga tak dapat dibayang oleh akal kita manusia biasa.

Buat masa sekarang syurga kekal sebagai satu misteri bagi kita dan rahsia ALLAH yang paling agung! Akan tetapi kita sudah sekian lama kita umat manusia diperdengarkan dan diceritakan tentang keindahan tempat bernama syurga ini oleh Nabi Muhammad SAW.

Di dalamnya terdapat istana mewah yang langsung takdapat ditandingi oleh mana-mana struktur binaan di atas bumi ini, ada lagi para barisan bidadari yang indahnya tiada tandingan, ada pula buah-buahan enak yang boleh dipetik bila-bila masa dan tak akan habis, sungai-sungai, serta batu-batuan indah yang musta’hil dapat kita jumpa diatas bumi sekarang.

Namun begitu tahukah anda bahawa ada benda atau objek dari syurga yang ada di bumi kita sekarang? Salah satu daripadanya boleh kita temui dalam hutan belantara di negara kita sendiri MALAYSIA. inilah antara 5 objek dari syurga yang ada di bumi kita sekarang…

1-HajarulAswad

HajarulAswad amat terkenal dalam kalangan orang Islam. Objek ini adalah batu berwarna hitam dan Batu hitam ini berada di salah satu sisi Kaabah. Uniknya batu ini dipercayai asalnya dari syurga. Berdasarkan hadist, HajarulAswad dibawa sendiri oleh Malaikat Jibril dan diserahkan kepada Nabi Ismail AS dan Ibrahim AS sewaktu mereka membina Kaabah.

Dari Abdullah bin Amru berkata,

“Malaikat Jibril telah membawa Hajar Aswad dari syurga lalu meletakkannya di tempat yang kamu lihat sekarang ini. Kamu tetap akan berada dalam kebaikan selama Hajar Aswad itu ada. Nikma’tilah batu itu selama kamu masih mampu menikma’tinya. Karena akan tiba saat di mana Jibril datang kembali untuk membawa batu tersebut ke tempat semula. (HR Al-Azraqy).

Rasulullah SAW bersabda

“Hajar Aswad turun dari syurga, batu tersebut begitu putih, lebih putih dari pada susu. Dos4 manusialah yang membuat batu tersebut menjadi hitam”. (H.R. Tirmidzi 877). “Hajar aswad adalah batu dari syurga. Batu tersebut lebih putih dari salju. Dos4 orang-orang musyriiklah yang membuatnya menjadi hitam.” (HR. Ahmad 1: 307)

2- Kayu Gaharu

Kayu Gaharu juga dipercayai berasal dari syurga. Di Malaysia, Gaharu banyak boleh ditemui di dalam hutan rimba, bahkan ada yang menanam pokok gaharu untuk menjana pendapatan. Kayu ini adalah kayu termahal di dunia sekaligus memecah rekod harga kayu yang ada di atas muka bumi ini.

Kayu gaharu mengandungi bahan yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit sekilo. Kebiasaannya kayu gaharu diolah dan dipasarkan dalam bentuk gelang, kalung dan tasbih gaharu.

Pokok Gaharu mempunyi resin yang berbau sangat harum, bauan inilah yang banyak digunakan dalam industri kosmetik atau ubat-ubatan. Kayu gaharu menjadi salah satu barang dagangan yang dieksport di Malaysia.

Dari Abu Hurairah radliyalahu ‘anh, bahwa Rosulullah Shallallahu ‘alayhi wa Sallam bersabda :

“Golongan penghuni surga yang pertama kali masuk surga adalah berbentuk rupa bulan pada malam bulan purnama, … (sampai ucapan beliau) …, nyala perdupaan mereka adalah gaharu, Imam Abul Yaman berkata, maksudnya adalah kayu gaharu. (HR. Imam Bukhori).

3- Batu Maqam Nabi Ibrahim

Batu ini terletak di tepi Kaabah. Dahulunya batu ini jadi tempat Nabi Ibrahim pijak sewaktu membina Kaabah. Ketika Nabi Ibrahim nak letakkan batu-batuan dan tanah di tempat yang tinggi di struktur binaan Kaabah maka Nabi Ibrahim hanya akan pijak batu maqam ni maka batu ini akan bawa Nabi Ibrahim ke ketinggian yang dikehendaki, dan sesudah selesai menempatkan dan menampak batu dan tanah batu maqam ini akan turunkan ketinggian dengan sendirinya menghampiri Nabi Ismail untuk mengambil batu dan tanah yang lain untuk diletakkan lagi di atas.

Jika dilihat pada batu tersebut memang masih ada bentuk tapak kaki Nabi Ibrahim hingga ke hari ini! Waktu dulu batu ini memancarkan cahaya putih seperit batu HajarulAswad, namun Allah dah padamkan cahayanya karena jika cahaya tersebut masih ada, digabungkan dengan cahaya Batu Hajar Aswad maka seluruh bahagian yang ada di antara ufuk timur dan ufuk barat akan diterangi oleh cahaya dua batu ini

Tentang Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim ini Rasulullah SAW bersabda,

“Rukun (Hajar aswad) dan Maqam Ibrahim adalah dua batu akik yang diturunkan dari surga yang telah Allah redupkan sinarnya, kalau seandainya tidak demikian niscaya sinarnya akan menyinari seluruh penjuru dunia dari Timur sampai ke Barat”.

4- Daun Tin

Sewaktu Nabi Adam AS memakan buah khuldi, maka waktu itu tertanggal pakaian nabi adam tanpa sehelai benang pun di tubuhnya, kemudian Nabi Adam pun mengambil daun-daun yang ada di syurga untuk menutup tubuhnya karena malu, namun satu pun daun-daun itu tidak menutupi badan Nabi Adam, malah makin menjauh dari Nabi Adam, tapi ada sejenis daun yang merasa sedih melihat Nabi Adam yakni daun-daun pohon Tin.

Oleh sebab daun Tin tak sanggup melihat keadaan Nabi Adam sebegitu rupa, maka daun daun inilah yang sangat berjasa kepada Nabi Adam ketika itu. Oleh kerana jasa kepada Nabi Adam maka Allah telah kurniakan kelebihan padanya berupa buah yang manis tanpa berbiji.

5- Cincin Nabi Sulaiman

Wahab bin Munabih mengatakan bahawa cincin Nabi Sulaiman dikenali dengan nama “Cincin taat Nabi Sulaiman”, cincin ini dicipta oleh Allah dari cahaya yang bersinar sangat terang yang cahayanya mengalahkan setiap cahaya di langit, cincin ini memiliki empat sisi dan diantara sisinya tertulis:

Pada sisi pertama tertulis: “Laa ilaha ilallah Wahdahu laa syarikalahu Muhammadan abduhu wa rasuluhu” bermaksud : Tidak ada Tuhan selain Allah tidak ada sekutu baginya, Muhammad adalah hamba dan rasulnya.

Pada sisi kedua tertulis “Allahumma malikal mulki tu’til mulka man tasya wa tanzi’ul mulka man tasya wa tu’izu man tasya wa tuzilu man tasya” bermaksud Wahai Allah raja yang memiliki kerajaan, engkau berikan kekuasaan kepada yang engkau kehendaki dan engkau hin4kan orang yang engkau kehendaki ”

Pada sisi ketiga tertulis“Kullu syai’in haalikun illallah” bermaksud : Segala sesuatu akan mus’nah kecuali Allah.

Pada sisi keempat tertulis “Tabarokta ilahiy laa syariika laka” bermaksud : Maha suci engkau wahai Tuhanku yang tidak ada seku’tu bagimu.

Cahaya pada cincin ini sangat terang sinarnya maka apabila dipakai saja akan berkumpul para ji’n, manusia, burung, angin, sai’tan dan awan. Nabi Sulaiman dikurnia keistimewaan yang sangat hebat di mana angin adalah kendaraannya, Manusia dan Ji’n sebagai ba’la tentaranya, burung sebagai pembantu dan teman bicaranya , binatang bu’as sebagai pekerjanya, dan para Malaikat sebagai utusannya.

Nabi Sulaiman pernah berdoa kepada Allah meminta supaya tidak akan ada lagi kerajaan sepertinya selepas kerajaannya. sebagaimana firman Allah Swt :

“Ia (Sulaiman) berkata: “ Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugrahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi ” (Q.S Shaad : 35)

Sumber: harmagidun

Leave a Reply

Your email address will not be published.