Kalam indah

Berkongsi ilmu

Cipta Memori Sebelum Buta, Pasangan Suami Isteri Bawa Empat Anak Mengelilingi Dunia

QUEBEC: Berat mata memandang, berat lagi hati memikulnya.

Barangkali, itulah terjemahan betapa luluhnya perasaan sepasang suami isteri selepas dimaklumkan empat anak mereka menghi dap Retinis Pigmentosa iaitu masa.lah penglihatan yang menyebabkan mata menjadi buta sebelum usia 30 tahun.

Memetik lap0ran CNN Travel, pasangan suami isteri, Sebastien Pelletier dan Edith Lemay ini mengambil keputusan bercuti selama setahun untuk membawa empat anak mereka mengelilingi dunia.

“Kami mahu mencipta memori sebanyak mungkin. Anak sulung, Mia berdepan dengan masa.lah untuk melihat dengan lebih jelas sejak 2018 lagi diikuti Colin dan Laurent yang disahkan menghi dap peny4kit yang sama,” kata Lemay.

Lemay yang bekerja dalam sektor kewangan di Quebec, Kanada memberitahu, meskipun sedih, dia berjanji untuk berusaha menggunakan masa yang ada untuk mencipta kenangan melalui visual.

Pasangan ini bersama empat anak mereka, Mia, Colin, Laurent dan Leo memulakan perjalanan ke beberapa lokasi antaranya Namibia, Zambia, Tanzania, Turkiye, Mongolia dan kini berada di Indonesia selama seminggu.

Terdahulu, pasangan ini merancang pengembaraan ke Rusia dan China pada 2020 tetapi ditangguhkan disebabkan p4ndemik C0VID-l9 yang meny3rang dunia.

Kongsi Lemay, selain mencipta kenangan melalui visual, dia juga sering mengingatkan anak-anak untuk sentiasa rasa bersyukur kerana berpeluang ke sekolah selain memiliki rumah untuk berteduh.

Untuk info, peny4kit Retinis Pigmentosa merupakan peny4kit gen3tik yang mana berlaku gum.palan pigmen retina yang boleh dilihat semasa pemeriks4an mata.

Gej4la bermula apabila seseorang sukar melihat dengan jelas pada waktu malam dan pes4kit berpotensi buta sebelum usia mencecah 30 tahun. Tiada raw4tan spesifik untuk peny3mbuhan pada masa ini.

Sumber: astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published.