Kalam indah

Berkongsi ilmu

(video) “Ya Allah, kalau tingo mcm ni memang akan auto sebak” Datuk Ulang Alik Naik Basikal Ambil Cucu Dari Sekolah Buat Ramai Sebak

Selalu kita lihat bila datuk atau nenek yang menjaga cucu, autom4tik luahan kasih sayang yang ditunjukkan cukup luar biasa. Limpahan kasih sayang untuk cucu adakalanya melebihi bagaimana ketika dia menjaga anak sendiri.

Senang cakap, nampak sangat manjakan cucu. Begitulah kelazimannya!

Pun begitu, mungkin jarang kita lihat dalam mereka memanjakan cucu sebenarnya seorang datuk ini juga sanggup berk0rban demi cucu-cucunya, meskipun kudratnya tidak segagah zaman mudanya.

Ini sebagaimana baru-baru ini tular di media sosial perkongsian rakaman video yang memperlihatkan kasih seorang lelaki yang pada awalnya disangka ayah kepada anak perempuan tersebut namun sebenarnya adalah datuk yang sanggup mengambil dan menghantar cucunya ke sekolah walaupun hanya dengan berbasikal.

“Saya datang duduk rumah abg di alor setar sekejap ja. Jadi saya memang tak pernah nampak pakcik ni. Kalau ada sesiapa yg tau rumah pakcik ni dimana bgtau ya. semoga Allah lindungi pakcik ni sekeluarga dan murahkan rezeki mereka” begitulah hantaran kepsyen video yang dikongsikan oleh Fatimah Zainol.

Melihat dalam video tersebut, seorang lelaki berusia dengan keadaan baju yang sedikit kotor yang mungkin sedang bekerja dan mengambil masa rehatnya untuk menjemput cucunya dari sekolah.

Ini dapat dipastikan oleh pemilik video apabila viral tersebut menarik perhatian ramai dan ada salah seorang jiran pakcik tersebut memaklumkan kepadanya. Difahamkan lelaki tua itu yang akan urus cucunya setiap hari dengan menghantar ke sekolah dari Tandop ke Seberang perak.

Perkongsian video ini nyata telah meruntun hati 1.2M wargamaya yang menonton video tersebut. Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar urusan lelaki tersebut dipermudahkan.

Melalui hantaran video berasingan, dikongsikan video terkini datuk tersebut dan sumbangan juga berjaya dikutip untuk meringankan beban pakcik tersebut.

Komen netizen:

Sumber : keluarga.my via lakarmedia

Leave a Reply

Your email address will not be published.