Kalam indah

Berkongsi ilmu

(video) “Kecik-Kecik Dah Pikul Tanggungjawab Ayah” Remaja Gagal Tahan Sebak Saat Usai Nikahkan Kakak Sendiri

Bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai wali di usia 14 tahun, apatah lagi melepaskan kakak tersayang bagi menjalani kehidupan rumah tangga bersama lelaki pilihan hati.

Itu perasaan dilalui seorang remaja apabila menjadi wali pada sesi pernikahan kakak sulungnya menerusi satu video tular di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Video dikongsi seorang pengguna, @lizabakar72 itu memaparkan remaja tersebut gagal menahan air mata sebaik membaca lafaz ijab kepada abang iparnya.

Lihat video

“Pernikahan kakak diwalikan oleh adiknya yang berumur 14 tahun.. suasana menjadi sayu dan pilu dengan tangisan adiknya,” tulis @lizabakar72 pada ruangan kapsyen.

Rakaman tersebut memperlihatkan pengantin perempuan dan beberapa individu lain turut mengalirkan air mata sambil berpelukan antara satu sama lain.

Menjengah di ruangan komen, ramai terharu apabila menonton momen sebak itu sehingga disifatkan sangat terkesan dalam hati mereka.

Rata-rata memuji remaja yang dikenali sebagai Irfan itu kerana sudah cukup berani memikul tanggungjawab sebaiknya dengan lancar dan tenang walaupun tiada pengalaman.

Berikut merupakan antara komen daripada warga maya:

Hebat, moga jadi pemimpin!

Kecik2 dah pikul tanggungjawab ayah

Menangis sedih! Tapi bangga tengok…

Sumber: webmalaysia.info

Leave a Reply

Your email address will not be published.