Kalam indah

Berkongsi ilmu

Maha Suci Allah, Dua Sungai Bertemu Tapi Tidak Menyatu

ENAM kilometer (KM) dari bandar Manaus, Brazil, wujud dua pertembungan sungai yang berlainan warna-air hitam sungai Rio Negro dan air coklat sungai Solimoes Rio. Sejak ratusan tahun dahulu lagi, kedua-duanya aliran sungai ini mengalir seiring dan berdampingan. Tapi apa yang peliknya ialah masing-masing saling tidak bercampur dan masih mengekalkan warna asal. Soalnya mengapa keadaan itu terjadi?

Sungai Rio Negro dan sungai Solimoes Rio merupakan sebahagian anak sungai yang berada dalam sistem lem bangan Amazon. Walaupun keduanya terletak pada satu kawasan yang sama, namun punca aliran anak sungai ada lah berbeza.

Rio Negro terkenal sebagai salah satu anak sungai terbesar di utara Amazon. Aliran sungainya bermula dari Columbia. Kemudian bergerak sejauh 1,500 KM sehingga mengalir ke Solimoes Rio. Sungai Solimoes Rio pula bermula dari lubang kecil dalam tanah di pergunungan Andes, Peru pada ketingggian 5,000 meter. Pertemuan dua sungai ini membawa sehingga ke sungai Amazon, seterusnya melalui perjalanan panjang di Lautan Atlantik.

Sepanjang enam KM kedua dua sungai berkenaan bergerak sebelah menyebelah dan saling beriringan, Tapi masing-masing membawa diri tanpa bercampur dan bergaul. Berdasarkan maklumat yang diberi oleh Penyelidik di Institut Sains Samudera dan Bumi, Jabatan Geologi dari Universiti Malaya (UM), Dr. Azhar Hussin fenomena semula jadi itu berlaku kerana wujud perbezaan antara keduanya.

Faktor ketumpatan adalah salah satu sebab yang membuatkan ke dua-dua sungai itu sukar untuk saling bercampur. Air sungai Rio Negro, mi salnya dikesan berwarna hitam pekat kerana sarat dengan kandungan tanin atau sisa bahan organik reput dari hutan Amazon.

Kandungan aluminium dalam air hitam ini juga lebih pekat daripada air putih. Ketumpatan ini berbeza dengan sungai Solimoes Rio. Airnya hanya mengandungi enapan tanah dan pasir dari pergunungan Andes menjadikan warnanya agak keruh.

Ketidaksamaan dari segi kepekatan ini telah menyebabkan pergerakan arus di dua sungai terbabit terganggu. Sebagai contoh, aliran arus di sungai Negro bergerak sedikit perlahan iaitu kira-kira dua KM per jam. Manakala pergerakan arus di sungai Solimoes Rio pula didapati mengalir lebih laju iaitu antara empat hingga enam KM per jam.

Ketidak serasian ini akhirnya menghalang untuk kedua-dua sungai tersebut bercampur aduk. Tidak hanya pada air, flora dan fauna di dua sungai itu juga saling tidak bergaul dan ber beza. Di sungai Negro misalnya, airnya yang berwarna hitam dan berasid menjadi amaran kepada haiwan herbivor untuk tidak hidup di situ.

Beberapa jenis haiwan seperti siput memerlukan banyak kalsium untuk membina cengkerang mereka. Unsur logam lembut dan putih itu bagaimanapun tidak terdapat dalam sungai Negro. Ini menyebabkan siput tidak banyak hidup di kawasan air hitam tersebut. Atas faktor ini juga lah kenapa sebahagian krustasea atau haiwan kecil yang mempunyai cengkerang seperti ketam dan udang tidak boleh tinggal di situ.

Krustasea merupakan sumber makanan penting bagi ikan. Ketiadaan sumber makanan ini menjadi penghalang kepada haiwan yang bernafas melalui insang itu untuk terus ting gal di situ. Bahkan, telur nyamuk juga tidak dapat hidup dalam sungai hitam tersebut kerana kadar keasidan kawasan itu adalah sangat tinggi.

Keadaan sungai Solimoes Rio pula lain ceritanya, Sungai ini dianggap sangat mesra alam sehingga mengundang banyak hidupan untuk tinggal di situ. Misalnya, lebih 3,000 spesies ikan hidup di sungai air tawar itu.

Flora seperti Victoria Regia juga didapati tumbuh membesar di perairan sungai basin Amazon ini. Victoria Regia merupakan tumbuhan dari genus teratai air terbesar di dunia. Diame ter daunnya boleh tumbuh lebih dari tiga meter dan beratnya mencecah sehingga 31 kilogram. Teratai raksasa ini juga disebut sebagai Victoria Amazonica.

Ini adalah sebahagian perbezaan di antara sungai Solimoes Rio dan sungai Rio Negro yang dikatakan menjadi penyebab keduanya tidak bercampur gaul apabila bertemu. Setakat ini tiada unsur yang akan merubah fenomena ini melainkan telah wujud percampuran di antara keduanya.

Sumber: jagadita

Leave a Reply

Your email address will not be published.