Kalam indah

Berkongsi ilmu

(video) Pernah jual motosikal demi menghalalkan isteri, kini dapat motosikal RXZ sebagai hadiah kejutan dari yang tersayang

Perempuan kalau dilayan seperti permaisuri, sudah pasti akan dibalas layanan suaminya itu seperti raja. Baru-baru ni tular di media sosial, sebuah video yang memaparkan seorang isteri hadiahkan sebuah motosikal RXZ sebagai kejutan buat suaminya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Tiktok Ajakromeo, wanita tersebut telah membeli motosikal impian suaminya itu sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka.

Lihat video:

Sebelum menjadi suami isteri, lelaki tersebut dikatakan sanggup menjual motosikal lamanya demi mengikat dan menghalalkan wanita yang dicintainya itu sebab tak cukup duit.

Perempuan kalau dah sayang, mestilah nak bagi yang terbaik buat suami kan? Jadi, wanita tersebut telah membeli motosikal RXZ itu daripada Ajakromeo untuk diberi kejutan buat suaminya.

Bila sampai je rumah, si isteri buka pintu rumah dan suaminya nampak sangat gembira bila tengok RXZ terpacak depan pintu. Alhamdulillah, gembira tengok pasangan suami isteri ni!

Tindakan wanita itu telah membuatkan netizen terharu kerana dia sanggup menghadiahkan motosikal impian suaminya.

Ada juga yang berkongsi pengalaman masa zaman dulu kena tinggal walaupun dah korbankan harta benda untuk kekasih, haha nasib badan lah ye.

rxz

rxz

Sumber: ohmedia

Leave a Reply

Your email address will not be published.