(video) Kuatnya hati akak ni, sanggup tolong cat rumah madu sebab kesian tengok suami buat sendiri
(video) Kuatnya hati akak ni, sanggup tolong cat rumah madu sebab kesian tengok suami buat sendiri
Dapat menjalinkan hubungan sah dengan pasangan merupakan perkara yang paling bahagia dan indah dalam hidup
Namun, siapa sangka lelaki yang digelar suami itu menyatakan hasrat untuk berpoligami. Sebagai wanita, sudah tentu pada awal hatinya luluh tetapi dia harus kuat dan terus hadapi ujian yang diberikan.
Sama seperti apa yang berlaku kepada wanita ini apabila dia telah dimadukan oleh suaminya. Namun dia tetap kuat menghadapi ujian hidup telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh:
Sanggup cat rumah madu sebab kesian tengok suami buat sendiri
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang berkongsi rakamannya di sebuah rumah.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia bertindak menolong suaminya untuk mengecat rumah isteri baru. Katanya, dia ingin meringankan beban suaminya. Dia juga ikhlas menolong cat rumah madunya itu.
“Macam mana boleh kuat tengok semua ni depan mata” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 400K tontonan, 16K tanda suka dan 500 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap wanita itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Kuatnya hati akak ni, semoga sentiasa dipermudahkan urusan!
Sumber: says.com