Connect with us

TEMPATAN

(video)”Solat Tengah Jalan” Orang Awam Terpaksa Jagakan Jalan

Published

on

“Solat Tengah Jalan” Orang Awam Terpaksa Jagakan Jalan

Aksi seorang lelaki mengerjakan ‘solat’ di atas jalan raya telah menjadi bualan netizen selepas klip video itu tular di laman sosial sejak tengah hari tadi.

Klip video berdurasi 32 saat itu telah dimuat naik di laman Facebook, Info Roadblok JPJ/ Polis itu telah ditonton lebih 17,000 kali dan dikongsi lebih 60 orang pengguna sehingga pukul 4 petang tadi.

Difahamkan kejadian itu berlaku di bawah jejambat jalan raya berhampiran Kuil Batu Caves menghala Ulu Yam.

Menerusi klip video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menunaikan solat di bawah jejambat berkenaan sambil ‘dikawal’ oleh beberapa pengguna jalan raya.

Pada masa sama, pengguna jalan raya juga turut memberhentikan kenderaan masing-masing di tepi jalan dan ada juga terpaksa memperlahankan kenderaan supaya tidak melanggar lelaki berkenaan.

“Kejadian dirakam semalam, info awal yang diterima seorang lelaki tidak siuman solat bawah ‘flyover’ berhampiran Kuil Batu Caves menghala Ulu Yam.

“Tindakan tersebut membahayakan nyawa, nasib baik orang awam tolong jagakan jalan sehingga dia selesai” kata hantaran itu.

Aksi lelaki itu bukan sahaja menarik perhatian pengguna jalan raya, malah pengguna media sosial juga turut meninggalkan komen pada hantaran di laman Facebook itu

Rata-rata mereka mendoakan keselamatan lelaki terbabit dan memuji sikap segelintir pengguna yang sanggup bergadai nyawa menjaga lalu lintas ketika lelaki itu ‘solat’.

sumber: kosmo via kini.airnws

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TEMPATAN

“Semasa isi mlnyak di Bandar Tasik Puteri, dia mula mengaIami k3bas kakl tangan kanan serta tldak boleh berg3rak.” Bekas Anggota Nasyid Raihan Ah Fad Diserang Str0k

Published

on

“Semasa isi mlnyak di Bandar Tasik Puteri, dia mula mengaIami k3bas kakl tangan kanan serta tldak boleh berg3rak.” Bekas Anggota Nasyid Raihan Ah Fad Diserang Str0k

Kuala Lumpur: Isteri kepada penyanyi nasyid solo Ah Fad iaitu Nurul Sakinah Ibrahim meminta semua pihak agar mend0akan suaminya yang dise.rang str0k agar kembaIi smbuh seperti biasa.

Sakinah, 34, berkata, keadaan suaminya kini stabiI seIepas diplndahkan dari z0n merah ke w.ad biasa Hspital Selayang, semalam.

“Apabila sudah masuk w4d biasa tlada siapa dapat meIawat termasuk saya. Jadi agak susah untuk mendapatkan perkembangan terkini suami. Cuma, semalam dktor hubungi saya untuk beritahu keadaan suami. Ia sama juga seperti saya tengok di z0n merah pada Jumaat lalu.

“Tek4nan drahnya dah menu.run cuma beIum pa ras normaI. Bacaannya masih 140 ke atas dan dikira masih tinggi,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dktor akan mengawaI bacaan tekanan drah kerana akan ada penda rahan lebih ter uk di bahagian 0tak sebelah kiri.

“Semasa hari kejadian pada Khamis, dia meng4du tngan dan kakl kanan tlada rasa apa-apa serta tak boIeh nak an.gkat. Tapi semasa jumpa Jumaat lalu, alhamdulillah dia sudah boleh angkat tngan kanan tapi tidaklah kuat.

“Namun kira ada keaj4iban kerana kalau ikutkan pr0ses untuk pulih agak Iambat sebab baru dua hari dah ada perubahan begitu. Percakapannya sudah boleh difahami walaupun sebutannya tldak berapa jeIas sangat,” katanya.

Nurul Sakinah berkata, suaminya diser ang str0k aklbat tidak mendapat rehat yang cukup.

“Dia memang banyak urusan. Khamis lalu dia agak slbuk dan tlada rehat. Petang itu saya ikut dia ambil anak baIik sekolah. Semasa isi mlnyak di Bandar Tasik Puteri, dia mula mengaIami k3bas kakl tangan kanan serta tldak boleh berg3rak.

Saya hubungi bapa yang tinggaI di situ dan seIepas itu kami hubungi ambuIans yang membawanya ke Hspital Selayang,” katanya.

Ah Fad, 37, atau nama sebenarnya Zulfadli Mustaza pernah menganggotai kumpulan Raihan.

Sumber: hm via dbongkar

Continue Reading

TEMPATAN

“Saya tak boleh bergerak ke sana sini sesuka hati.” Mamat Exists dalam pemantauan AADK sejak awal tahun

Published

on

“Saya tak boleh bergerak ke sana sini sesuka hati.” Mamat Exists dalam pemantauan AADK sejak awal tahun

KUALA LUMPUR – Bekas vokalis kumpulan Exists, Mamat mendedahkan perlu melaporkan diri kepada Agensi Antid4d4h Kebangsaan (AADK) selama dua tahun bermula awal tahun ini.

Pemilik nama lengkap, Mohd. Ali Kamarudin, 43, itu bagaimanapun reda pergerakannya yang terbatas demi kebaikan diri.

“Sekarang, saya perlu hadirkan diri untuk program-program yang ditetapkan AADK. “Sebulan sekali tetapi kadang-kadang sebulan dua tiga kali (melaporkan diri). Bergantung pada program-program yang ditetapkan AADK Johor Bahru.

“Pergerakan saya pun terhad,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran Album Live Exists Reunion di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Kata Mamat, dia tidak dibenarkan bergerak sesuka hati dari satu kawasan ke satu kawasan. Pun begitu, pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza musim pertama itu positif untuk mendisiplinkan demi membersihkan daripada belenggu masalah penggunaan d4d4h.

“Saya perlu ada surat kebenaran daripada AADK. Tak boleh bergerak ke sana sini sesuka hati. “Baru mula tahun ini. Insya-Allah, boleh saya buat dan mendisiplinkan diri,” katanya lagi.

Terdahulu, Mamat pernah dit4han polis pada 8 September 2019 ketika menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru kerana memiliki sejumlah d4d4h jenis sy4bu.

Hasil pemeriksaan dilakukan, polis menemui peket berisi serbuk putih disy4ki d4d4h di dalam dompet miliknya. Ujian saringan awal air kencing mendapati dia dan seorang kawan lelakinya positif d4d4h.

Pada 2009 dan 2011, dia juga pernah diberk4s polis sebanyak dua kali berhubung isu sama.

Dalam pada itu, mengulas tentang aktiviti seni yang memerlukan komitmen dirinya bersama Exists, jelas Mamat, semuanya akan diuruskan oleh pihak penganjur.

“Semua aktiviti yang membabitkan kumpulan Exists akan diuruskan oleh penganjur jadi saya tiada masalah untuk berulang-alik dari Johor.

“Lagi pun saya memang ada menjalankan perniagaan kedai makan (bistro) dan memang ada keperluan untuk berulang-alik,” ujarnya.

Sumber:K! ONLINE via trendinggiler

Continue Reading

TEMPATAN

(video) Dakwaan Guru Diasingkan Dlm ‘Bilik Zink’, JPN Perak Jalankan Siasatan

Published

on

(video) Dakwaan Guru Diasingkan Dlm ‘Bilik Zink’, JPN Perak Jalankan Siasatan

Tular baru-baru ini mengenai sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan reaksi seorang guru yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan pihak sekolah kepadanya.

Hal itu selepas dipercayai guru tersebut belum divaksin dan telah dipindahkan dalam bilik stor tukang cuci yang diperbuat dari 100 peratus zink dan dilihat kurang selesa untuk diduduki.

Lebih menyedihkan, hanya meja serta kipas sahaja disediakan serta keadaan bilik tersebut yang sangat panas membuatkan guru berkenaan hanya duduk di dalam kereta miliknya.

Menerangkan dirinya tidak mengambil vaksin, guru tersebut mendedahkan bahawa dia mengalami masalah kesihatan dan tidak mahu mengambil sebarang risiko jika menerima suntikan.

JPN Perak jalankan siasatan isu guru diasingkan

Berhubung dengan kejadian itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak akan menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang guru yang tular tersebut.

Pengerusinya, Ahmad Saidi Mohamad Daud menyatakan bahawa pihaknya telah memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai situasi guru berkenaan.

Menurutnya, JPN Perak telah membuat siasatan terperinci dan laporan penuh akan dimaklumkan dalam masa terdekat oleh pihak KPM.

Kata Saidi, kerajaan negeri akan memandang serius mengenai isu ini kerana ia berkait rapat tentang kebajikan guru tersebut serta memastikan semua pihak dalam keadaan yang sihat serta bebas dari jangkitan.

Kerajaan negeri mahu memastikan semua pihak sama ada guru, pelajar dan ibu bapa berada dalam keadaan sihat.

lihat video

Sekadar info, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sebelum ini pernah mendedahkan jumlah penuh guru di Perak yang menolak untuk mendapatkan suntikan vaksin iaitu seramai 279 orang.

Berdasarkan ketetapan KPM, guru yang gagal berbuat demikian tidak akan dibenarkan untuk mengajar secara face to face selain pihaknya akan menggantikan tugas tersebut dengan tenaga pengajar yang lain.

Kredit: Utusan Malaysia I Harian Metro

sumber: ohmedia

Continue Reading

Trending