(video) Pengantin Baru Dapat Hadiah Special Dari Kawan. Isteri Hanya Senyum Lihat Hadiah Tersebut

(video) Pengantin Baru Dapat Hadiah Special Dari Kawan. Isteri Hanya Senyum Lihat Hadiah Tersebut

Sudah menjadi kebiasaan untuk memberikan hadiah kepada pengantin apabila kita menghadiri majlis perkahwinannya. Ada yang memberikan hadiah berupa barangan keperluan harian, wang tunai dan sebagainya.

Hadiah tersebut secara tidak langsung sebagai ‘simbolik’ mengucapkan tahniah atas masjid yang telah terjalin dan pada masa yang sama hadiah tersebut dapat digunakan pada masa akan datang.

Hadiah istimewa buat pengantin

Tapi apa yang melucukan, seperti satu video dikongsikan seorang lelaki dikenali sebagai Engku Faris di laman TikTok yang memberikan hadiah lain daripada yang lain kepada rakannya yang bergelar raja sehari.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pengantin lelaki itu pada mulanya ‘terhibur’ dengan hadiah yang diberikan berupa kopi segera yang dipercayai mampu memberi tenaga ‘luar biasa’ buat pengantin lelaki.

Tidak berakhir di situ, ketika sesi penyerahan hadiah ‘istimewa’ ini rata-rata mereka turut terhibur dan bergelak sesama sendiri. Kelihatan pengantin perempuan yang berada di belakang turut tergelak kecil melihat hadiah tersebut.

Antara komen netizen:

Rata rata netizen meluahkan rasa lucu dengan pemberian hadiah tersebut. Ada juga yang berpendapat perkara seperti ini tidak patut dibuat kerana boleh mendatangkan malu.

Tudia malam2 kajung

Pergh kopi cap songkok

Minum sepeket esok tak turun

Abis la bini dia, dah risau dah tu malam nanti

Apa pun selamat pengantin baru kepada mereka dan semoga kekal bahagia sehingga Jannah. Selamat menjamu selera kopi.

Sumber : OH BULAN via two.e-kesah

ARTIKEL PILIHAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*