Connect with us

HIBURAN

(video) Pandang atas bawah berkali-kali sebelum tampar Mannequin Di UNIQLO Buat Netizen Rasa Pelik

Published

on

(video) Pandang atas bawah berkali-kali sebelum tampar Mannequin Di UNIQLO Buat Netizen Rasa Pelik

Khidmat penghantaran atau rider sememangnya telah memudahkan urusan orang ramai. Bukan saja hantarkan makanan untuk kita, tapi kini mereka boleh belikan groceries dan pelbagai barang harian yang diperlukan. Pekerjaan sebagai rider ini tidaklah mudah dan perlu kita hargai pengorbanan mereka ketika menghantar pesanan.

Baru-baru ini tular video lucu daripada TikTok yang memaparkan abang rider menampar mannequin di sebuah kedai baju mencuri tumpuan netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mdsyahmiiiii di laman TikToknya, kelihatan seorang abang rider sedang bersiar-siar di kedai baju UNIQLO.

Apa yang lebih melucukan apabila langkahnya terhenti di hadapan sebuah patung mannequin lalu dia pandang atas bawah berkali-kali. Kemudian, dengan selambanya dia menampar mannequin tersebut sebanyak dua kali.

“Kalau dia stay lama sikit, maybe patung tu kena smackdown” – Netizen

Lihat video penuh itu di bawah:

Video

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut terhibur dengan aksi abang rider tersebut. Malah, ada yang pelik tertanya-tanya kenapa abang itu berbuat demikian. Kemudian, ramai yang membuat spekulasi masing-masing terhadap rider itu.

Ketika artikel ini ditulis, video itu meraih sebanyak 467K views, 55K likes dan 1K comments di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

sumber: says.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

HIBURAN

“Artis tidak memberi manfaat untuk negara dan nampak seperti peminta sedekah” Dikecam Seperti Peminta Sedekah, Ameng Spring Tampil Beri Penjelasan

Published

on

“Artis tidak memberi manfaat untuk negara dan nampak seperti peminta sedekah” Dikecam Seperti Peminta Sedekah, Ameng Spring Tampil Beri Penjelasan

Mengulas mengenai konsert secara maya di Facebook, penyanyi Ameng Spring berkata sambutan di Artiste Voice Of Legend (AVOL) sangat menggalakkan.

Selain dapat menghiburkan peminat, Ameng berkata cara tersebut merupakan salah satu alternatif bagi mereka menjana pendapatan ketika ini.

Tonton secara maya kena bayar, bukan percuma

Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng Spring berkata nilai RM1 itu hanyalah sumbangan dan sebagai syarat sahaja untuk menonton konsert secara maya itu. Tetapi jika penonton mahu memberikan jumlah yang lebih, ianya sangat dialu-alukan.

Selain Ameng Spring, ada beberapa lagi penyanyi yang turut serta dalam konsert secara maya ini. Setiap seorang akan diberikan masa 15 minit sahaja.

Ada yang kata tak ubah macam peminta sedekah?

Menerusi sambutan konsert yang menggalakkan ini, Ameng berkata mereka tidak terlepas daripada menerima komen-komen yang negatif. Kongsinya ada juga yang berpendapat golongan artis ini tidak perlu dibantu dan hanya tak ubah seperti peminat sedekah.

“Apabila saya memuat naik iklan persembahan, ada yang berpendapat artis tidak layak dibantu. Artis tidak memberi manfaat untuk negara dan nampak seperti peminta sedekah”, kongsinya.

Malah dia juga berkata sekiranya orang membayar golongan penyanyi ini bermaksud mereka menghargai usaha dan bakat seseorang.

Tegas Ameng pada sebelum ini mereka sering mendapat royalti daripada stesen radio, TV, YouTube, penjualan album dan sebagainya. Jadi tak salah untuk mereka gunakan platform sosial media yang lain sebagai tempat menjana pendapatan.

Melihatkan dengan keadaan negara sekarang, Ameng berkongsi dia tidak kisah berapa penonton mahu membayarnya. Jika mereka tidak mahu menonton konsert tersebut, mereka boleh buat pilihan dengan menonton tayangan yang lain.

Selain daripada Ameng Spring, antara penyanyi yang turut serta dalam konsert maya ini adalah Fredo Flybaits, Hasnol, Jatt Ali, Ibnor Riza dan Ramziela.

sumber: murai

Continue Reading

GLOBAL

(video) Pengantin Baru Nak ‘pose’ Untuk Fotografi, Sekali Tetamu ‘Tak Diundang’ Datang Bertandang

Published

on

(video) Pengantin Baru Nak ‘pose’ Untuk Fotografi, Sekali Tetamu ‘Tak Diundang’ Datang Bertandang

Korang lebih suka majlis kahwin indoor ke outdoor? Bagi yang buat majlis indoor macam kat hotel atau dewan, selalunya kita boleh jangka masalah macam mana yang mungkin timbul. Tapi kalau yang pilih untuk buat majlis outdoor pulak, memang kena bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Macam pasangan pengantin dari Indonesia ni, lain macam cabaran majlis perkawinan mereka. Mana taknya, tengah posing untuk sesi fotografi tiba-tiba kena berhenti sebab ada kerbau lalu depan pelamin.

Video yang diunggah di akaun TikTok @salsya_42 ini mendapat soroton warga net apabila ditonton 751.3 ribu kali dan mendapat 21.2 ribu sukaan.

Salsya, pengunggah video tersebut berkata kepada Tribunnews, video ini dimuatnaik hanya sekadar hiburan dan tidak berniat mempermalukan pengantin sekeluarga.

Pada awalnya, kedua mempelai sedang pose untuk sesi fotografi dengan arahan jurugambar. Kemudian tiba-tiba ada kerbau yang lalu di depan pelamin, diikuti beberapa orang warga setempat.

Oleh kerana di tempat tersebut masih banyak petani yang membajak sawah menggunakan kerbau, maka mereka sudah sedia maklum akan hal itu.

“Melihat kerbau yang lalu di depan pelaminnya, pengantin hanya tersenyum dan tak komen apa-apa,” kata Salsya yang juga merupakan kru perancang majlis perkahwinan itu.

Menjawab persoalan warga net yang tertanya-tanya kenapa jalan tersebut tidak ditutup untuk memberi ruang kepada majlis, Salsya menegaskan bahawa pernikahan tersebut tidak menggunakan jalan umum.

“Mereka mengadakan perkahwinan di halaman rumah, cuma halamannya tak terlalu luas hingga memakan sedikit jalan,” kata Salsya kepada Tribunnews.

Lihat video

Sumber: Tribunnews via siakapkeli

Continue Reading

HIBURAN

(video) “Satu kampung aku boleh lawan tau” Dua Budak Bergaduh Di Halaman Rumah Bikin Hibur Netizen

Published

on

(video) “Satu kampung aku boleh lawan tau” Dua Budak Bergaduh Di Halaman Rumah Bikin Hibur Netizen

Zaman kanak-kanak mungkin akan menjadi satu memori yang tersemat dalam hidup seseorang. Dewasa nanti pasti akan terkenangkan apa yang korang buat masa kecil dulu. Malah saat gaduh, gelak tawa dan kenalan masa kanak-kanak dulu akan sentiasa diingati.

Namun begitu, baru-baru ini satu rakaman dua budak bergasak di halaman rumah telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman itu kelihatan seorang kanak-kanak tidak puas hati dengan seorang lagi budak lelaki. Tidak tahu apakah yang menjadi punca pergaduhan itu, tapi gelagat mereka cukup mencuit hati.

Kedengaran seorang budak bercakap, “Satu kampung aku boleh lawan tau”. Mereka terus bergaduh sebelum yang berlagak berani tadi terjatuh. Seorang lagi budak berkata, “Ini satu kampung? Ini sampah!”. Amboi! Berikut adalah rakaman telatah dua budak bergasak yang mendapat perhatian ramai ini:

Biarpun nampak agak ganas, tapi dialog masing-masing boleh buat dekah! Perkongsian tersebut telah meraih lebih 166 ribu tontonan dan 10 ribu retweets serta 9,800 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen perkongsian tersebut seperti berikut:

“Dah macam bunyi dari citer klasik dah”

“Dia punya borak tu dah macam dialog P.Ramlee”

“Udah gaya bercakap macam dalam cerita P.Ramlee”

sumber: himpunanceritalawak

Continue Reading

Trending