Connect with us

INSPIRASI

(video) “Nak bantu Ibu cari duit” Dua beradik gigih berjualan mempelam di tepi jalan demi membantu keluarga

Published

on

(video) “Nak bantu Ibu cari duit” Dua beradik gigih berjualan mempelam di tepi jalan demi membantu keluarga

Sejak wab4k Covid 19 mel@nda negara kita, ternyata ramai yang hIlang punca pendapatan dan suk4r untuk meneruskan kel4ngsungan hidup. Perniagaan kecil-kecilan menjadi pilihan ramai demi mencari sumber yang halal di dalam musim pndemik ini.

Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini, seorang lelaki berkongsikan detik dimana dia terjumpa dengan pasangan adik-beradik yang membantu ibu mereka.

Melalui posting di akaun TikTok Khaeirul Anuar ini, terlihat pasangan adik beradik yang masih kecil sanggup berp4nas menjual mempelam di tepi jalan. Selepas itu mereka mendekati Khaeirul dan isterinya lalu bertanya sama ada mereka mahu membeli buah yang dijual.

Lalu, kelihatan lelaki tersebut turun dari kereta dan membeli beberapa biji mempelam daripada kanak-kanak tersebut. Apa yang lebih menyentuh hati apabila ditanya kenapa menjual di tepi jalan ini, mereka berkata nak tolong ibu mereka cari duit.

Dalam posting yang lain, terlihat Khaeirul membayar buah yang dibeli selain memberikan duit raya kepada kanak-kanak tersebut. Posting tersebut menyentuh hati ramai orang kerana sehingga kini telah meraih lebih dari 400k views dan hampir 40k likes.

“Seronok anak2 ni happy”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netiizen hIba melihat perkara tersebut kerana merasa hiba dengan nasib anak-anak tersebut. Selain mereka turut gembira kerana Khaeirul sanggup untuk membantu mereka itu.

Sayu hati min tengok nasib mereka berdua ni, kita doakan supaya urusan adik beradik dan keluarga dipermudahkan.

Video

Kredit L.Merah, TikTok Khaeirul Anuar via dedah.site

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INSPIRASI

(video) Kegigihan Adik Ni Tebar Roti Canai Bantu Keluarga Buat Ramai Kagum

Published

on

(video) Kegigihan Adik Ni Tebar Roti Canai Bantu Keluarga Buat Ramai Kagum

Ibu bapa digalakk4n membentuk anak-anak ketika kecil kerana di waktu itu minda kanak-kanak mudah untuk menerima teguran serta belajar perkara baru.

Umpama pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitulah seperti kisah seorang kanak-kanak yang rajin menolong keluarganya berniaga di sebuah gerai roti canai tepi jalan ini.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di aplikasi TikTok oleh Zainy Hazmat, kelihatan seorang kanak-kanak sedang g1gih membantu keluarganya menyediak4n roti canai buat para pelanggan yang ramai.

Dalam video itu, dia dilihat begitu mahir menguli doh serta menebar roti canai sebelum dimasak di atas kuali rata. Biarpun masih kecil, tak dapat dinafikan bahawa skil menebar roti canai dia memang power!

Menurut perakam video tersebut, dia turut memuji didikan ayah kanak-kanak itu yang telah berjaya membentuk keperibadaan seorang anak soleh sepertinya.

video

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan terharu melihat kerajinan serta kemahiran kanak-kanak terbabit.

Anak itu diibaratkan seperti kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya sama ada baik atau buruk keperibadiannya kelak.

Sumber: TikTok Zainy Hazmat via coretan.diariviral

Continue Reading

INSPIRASI

(video) Terdesak Untuk Menyara Ibu Bapa, Pemuda Merayu Tuan Kedai Untuk Membeli Tong Gasnya

Published

on

(video) Terdesak Untuk Menyara Ibu Bapa, Pemuda Merayu Tuan Kedai Untuk Membeli Tong Gasnya

Baru-baru ini, seorang wanita yang sedang berniaga di kedai didatangi oleh seorang pemuda yang membawa tong gas untuk dijual.

Gelagat pemuda itu sudah tentu membuatkan ramai berasa pelik kerana situasi tersebut jarang berlaku, lebih-lebih lagi pemuda berkenaan dilihat seperti sedang ‘susah hati’.

Namun, siapa sangka rupa-rupanya tersembunyi kisah sedih di sebalik perbuatannya itu.

Segan nak kongsi masalah

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @rinie1181 di aplikasi TikTok, pada awalnya pemuda itu segan untuk memberitahu masalah yang dialaminya apabila ditanya kenapa mahu menjual tong gas itu.

Selepas berbual buat beberapa ketika dan melihat kesedihan pada raut wajahnya, barulah pemuda itu mendedahkan masalah sebenarnya.

Merayu minta tuan kedai beli

Sambil menahan air mata, pemuda itu berkata dengan nada sayu bahawa dia ingin wanita itu membeli tong gas berkenaan kerana ingin menyara orang tuanya.

Selain itu, dia turut merayu agar wanita yang juga merupakan tuan kedai tersebut, membeli tong gas yang dijualnya berkenaan.

Tak dapat kerja sebab PKP, sukar nak sara ibu bapa

Menurut pemuda itu lagi, dia terpaksa melakukan perkara tersebut kerana risau akan keadaan ibu bapanya tambahan lagi apabila dia tidak dapat bekerja setelah tempat kerjanya ditutup kerana PKP.

Simpati akan nasib pemuda tersebut, wanita itu membeli jualannya dan memberi beberapa barang keperluan supaya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebannya.

Video

Perkongsian terbabit telah meraih pujian netizen yang mana rata-rata mereka memuji tindakan wanita itu.

Malah, ada juga yang mempersoalkan ke mana hilangnya wakil rakyat yang sepatutnya menjadi orang bertanggungjawab membantu rakyat yang dalam kesusahan.

Sumber: TikTok @rinie1181 via ohmymedia

Continue Reading

INSPIRASI

(video) 3 Kali Bersalin, 3 Kali Anak ‘Pergi’ Dalam Dakapan, 3 Kali Berpantang Tanpa Baby.

Published

on

(video) 3 Kali Bersalin, 3 Kali Anak ‘Pergi’ Dalam Dakapan, 3 Kali Berpantang Tanpa Baby.

Setiap manusia tidak akan lari daripada diuji dengan pelbagai dugaan yang mendatang namun, kita sebagai hambaNya perlu akur dan reda dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Seperti kisah yang cukup meruntun hati dikongsi seorang wanita cekal dikenali sebagai Shaqudsi di laman TikTok menceritakan pengalamannya kehilangan ketiga-tiga anaknya.

Jelas wanita ini, dia menghidap penyakit cervical incompetence atau bahasa yang lebih mudah difahami keadaan rahim yang lemah yang boleh menyebababkan kelahiran bayi pramatang. Pada masa yang sama, dia sempat menceritakan pengalamannya mengandungkan tiga cahaya matanya dan proses-proses sebelum melahirkan.

Bagaimanapun, atas persuratan takdir ketiga-tiga cahaya mata yang terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki telah pergi menghadap Sang Pencipta tanpa sempat diberikan susu yang mengalir daripada tubuh badannya.

3 kali mengandung, 3 kali buku merah. 3 kali masuk labour room, 3 kali suami tunggu di luar dengan tabah. 3 kali balik rumah berdua tanpa baby. 3 kali suami uruskan baby sambil Sha kena tahan dalam wad.

Apa yang lebih menyedihkan, apabila kelahiran yang dinanti-nantikan selama ini tidak dapat dibawa pulang ke rumah seperti wanita-wanita lain, dan dia perlu berpantang seorang diri tanpa kehadiran bayi di sisi.

3 kali berpantang tanpa baby, 3 kali tak dapat susukan anak sendiri. 3 kali melihat nafasnya pergi dalam dakapan. 3 kali kenal erti rindu yang berpanjangan.

Pada masa yang sama, wanita cekal ini sempat memberikan pesanan kepada ibu bapa di luar sana supaya menyayangi dan menghargai anak sendiri kerana dia sama sekali tidak berkesempatan untuk berbuat demikian.

Korang ada anak? Peluklah selalu sebab Sha dah rindu sangat nak peluk anak-anak Sha. Sayangilah anak-anak kita.

video

Sumber: Shaqudsi via ohbulan

Continue Reading

Trending