Connect with us

AUTOMOTIF

(video) Kereta Myvi kelihatan ‘terbang’ secara tiba-tiba, Cetus Perbahasan di kalangan Netizen

Published

on

(video) Kereta Myvi kelihatan ‘terbang’ secara tiba-tiba, Cetus Perbahasan di kalangan Netizen

Walaupun pelaksanaan PKP dikuatkuasakan sehingga awal bulan Jun nanti, keadaan jalan raya agak ‘sesak’ ekoran sektor ekonomi masih berjalan seperti biasa.

Sehingga kini, beberapa kemalangan jalan raya telah berlaku dan baru-baru ini seorang pemandu berjaya merakam sebuah kereta Myvi terbang terpelanting ke bahu kiri jalan secara tiba-tiba.

Video yang berdurasi sekitar 23 saat itu menunjukkan sebuah kereta Perodua Myvi memandu dalam keadaan biasa sebelum kereta tersebut secara tiba-tiba meluru ke pembahagi jalan lalu menuju ke bahu kiri jalan.

Menurut komen-komen dari pengguna media sosial, terdapat sebuah kemalangan sudah berlaku terlebih dahulu sebelum Perodua Myvi melalui jalan tersebut.

Menurut mereka, terdapat dua kemungkinan sama ada kereta tersebut hilang kawalan akibat ‘bekas minyak’ yang tertumpah dari kemalangan sebelum ini ataupun pemandu kereta tersebut kelam-kabut ‘brek mengejut’ apabila ternampak polis trafik pada bahagian kiri jalan.

Bahkan ada yang mengatakan jalan tersebut memang kerap berlaku kemalangan sehinggakan setiap minggu pasti ada sekurang-kurangnya satu kes kemalangan.

Sehingga kini tidak dipastikan bagaimana Perodua Myvi itu tiba-tiba sahaja meluru ke pembahagi jalan sebelum menuju ke bahu kiri jalan.

Nasib baik kereta Myvi tersebut tidak merempuh beberapa buah kenderaan yang berada pada bahagian kiri jalan, termasuklah seorang polis trafik yang baru sahaja mahu meninggalkan tempat kemalangan yang berlaku sebelum itu.

Lihat video di sini 

sumber: thevocket

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

AUTOMOTIF

(video) Buat u-turn sesuka hati, Volvo r3mpuh Perdana sehingga bergegar CCTV

Published

on

(video) Buat u-turn sesuka hati, Volvo r3mpuh Perdana sehingga bergegar CCTV

Jam 1.23 petang, 15 Mei 2021, berlaku kemalangan yang membabitkan dua buah kenderaan sedan di Jalan Berek 12, Kota Bharu, Kelantan, akibat kecuaian salah seorang pemandu terbabit.

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit itu menunjukkan, kereta Proton Perdana terdahulu dilihat memperlahankan keretanya dan masuk ke bahu jalan. Selepas kereta Perodua Myvi (putih) keluar dari simpang, pemandu Perdana dipercayai membuat pusingan U secara perlahan.

Dalam masa yang sama, kereta Volvo (hitam) dari laluan yang sama dipandu dengan laju sehingga terlompat ketika melalui bonggol jalan. Kehadirannya di jalan itu gagal disedari oleh pemandu Perdana.

Terkejut melihat kereta Perdana membelok secara tiba-tiba, pemandu Volvo cuba menekan brek kecemasan sehingga keempat-empat tayarnya berasap. Malangnya, usahanya gagal lalu merempuh kereta Perdana dari bahagian kanan pemandu Perdana.

Rempuhan itu menyebab kereta Volvo hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebahagian bangunan di situ. Manakala kereta Perdana mengalami kerosakan teruk di bahagian kanan dan tersadai di tengah jalan.

Dua kenderaan itu juga nyaris dilanggar sebuah kereta Perodua Viva yang kebetulan melalui jalan tersebut, tetapi pemandunya sempat memperlahankan kenderaan. Tidak diketahui bagaimana keadaan dua pemandu kenderaan terbabit.

Di media sosial, banyak reaksi dari netizen. Ada yang rata-rata menyalahkan pemandu Perdana yang membuat pusingan U di tempat yang tidak sepatutnya, tidak kurang juga yang menyalahkan pemandu Volvo memandu terlalu laju di jalan itu.

Walaupun begitu, ramai yang mendoakan agar kedua-dua pemandu kereta itu selamat dan orang ramai wajar menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran serta mematuhi peraturan jalan raya ketika memandu.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS via thereporter

Continue Reading

AUTOMOTIF

(video) Cekap Mengelak Dari Berlaku Kemalangan, Pemandu Proton Satria Dapat Pujian Netizen.

Published

on

(video) Cekap Mengelak Dari Berlaku Kemalangan, Pemandu Proton Satria Dapat Pujian Netizen.

Baru-baru ini tular satu rakaman dashcam sebuah kereta Mazda RX-7 dan Proton Satria sedang ‘layan’ memandu di sekitar kawasan Tropicana Golf & Country Resort di Ara Damansara. Namun nasib tidak menyebelahi pemandu kereta Mazda RX-7 apabila kereta tersebut telah berpusing terbabas semasa mengambil selekoh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by VOCKET Car Club (@vocketcarclub)

Ramai pengguna internet kagum dengan kecekapan pemandu Proton Satria kerana dia berjaya mengelak daripada merempuh kereta Mazda RX-7 yang terbabas di hadapannya. Pada masa yang sama peminat-peminat kereta telah berkongsi pandangan sesama mereka mengenai insiden ini.

Mereka memuji kereta Proton Satria kerana menggunakan teknologi daripada Lotus yang memberikan handling yang baik kepada pemandu. Pada masa yang sama mereka menerangkan kereta Mazda RX-7 tersebut terbabas semasa memecut di selekoh kerana kereta tersebut menggunakan transmisi rear-wheel-drive yang agak sukar dikawal jika tidak pengalaman.

Walaupun video ini menunjukkan kereta Proton mampu mengambil selekoh dengan kadar kelajuan yang agak tinggi, janganlah anda meniru ‘aksi’ tersebut kerana Vin Serento dari filem Superfast! pernah berkata — “It’s not the car you drive. It’s the driver who’s driving the car that’s doing the driving.”

sumber: thevocket

Continue Reading

AUTOMOTIF

(video) Dengan Hanya Satu Klik, Kereta Menjadi GR Vios. Video Kreatif Sofyank96 Sangat Mengujakan

Published

on

(video) Dengan Hanya Satu Klik, Kereta Menjadi GR Vios. Video Kreatif Sofyank96 Sangat Mengujakan

Sofyank96 bukanlah satu nama asing bagi pengguna media sosial, terkenal dengan menghasilkan video-video kreatif dalam durasi pendek sehinggakan dia digelar sebagai ‘Zach King Malaysia’.

Terbaru, Sofyank telah berkongsikan satu video hasil kerjasama dengan seorang lagi influencer terkenal, Aiman Salim. Dalam video kali ini, Sofyank mengetengahkan kebolehan model Toyota Vios dan GR Vios.

Transition video ini begitu smooth, dari pertukaran set diorama ke kawasan lot kedai sebenar, pita pelekat menjadi jalur jalan dan ditambah pula dengan gelak tawa jenaka ‘Liverpool’ oleh Aiman Salim menceriakan video kali ini.

Bahagian yang anda kena tonton adalah apabila Sofyank ‘upgrade’ model kereta Vios biasa menjadi GR Vios. Alangkah indahnya dunia jika kita boleh menukar kenderaan dengan fungsi ‘futuristik’ semudah itu.

Rata-rata video yang dikongsikan ini telah mendapat puluhan ribu reaksi dari segi pujian mahupun sokongan moral oleh peminat Sofyank di pelbagai platform media sosial seperti Twitter, Instagram dan TikTok.

Ramai netizen teruja dan berharap lebih banyak jenama-jenama lain akan berkerjasama dengan Sofyank bagi menghasilkan video iklan yang ‘fresh’ selari dengan audien pengguna media sosial masa kini.

Tahniah kami ucapkan kepada Sofyank kerana sekali lagi berjaya menghasilkan video yang setaraf kualiti antarabangsa. Tidak hairanlah jika orang ramai mengelarkan Sofyank sebagai ‘Zach King Malaysia’.

sumber: thevocket

Continue Reading

Trending