(video) Kantoi si Bulus buat ‘Hal’ Ketika si Pengantin Tengah Baca Doa Atas Pelamin

(video) Kantoi si Bulus buat ‘Hal’ Ketika si Pengantin Tengah Baca Doa Atas Pelamin

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang mempunyai sifat yang manja dan suka dibelai. Aksinya yang mencuit hati dengan wajah yang comel sering membuatkan ramai pencinta kucing cair.

Namun, kadang-kala ada telatah nakal anak bulus yang membuatkan pemilik geram seperti video yang dikongsikan di TikTok oleh seorang individu menggunakan akaun Noor Suzana.

Manakan tidak, anak bulus berkenaan sempat dirakam sedang ‘melepas’ di belakang pelamin ketika tuannya sedang khusyuk membaca doa di atas pelamin. Memang buat hal betul lah!

Perkongsian tersebut ternyata menarik perhatian ramai dengan meraih 231 ribu tontonan dan dibanjiri ribuan komen oleh warganet yang terhibur dan geram dengan aksi anak bulus berkenaan.

Lepas 10 minit bau semerbak

Nasib tak berak kat kain perempuan tu..

Yang rakam tu kasi ‘chance’ ke?

Sumber: TikTok Noor Suzana via siakapkeli

ARTIKEL PILIHAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*