Connect with us

AGAMA

(video) 3 Langkah Mudah Untuk Mencari Permulaan Mukasurat Setiap Juzuk Dalam Al Quran

Published

on

(video) 3 Langkah Mudah Untuk Mencari Permulaan Mukasurat Setiap Juzuk Dalam Al Quran

Dalam bulan ramadan yang mulia ini, kita dituntut untuk melipat gandakan amal kebaikan. Selain dari ibadah puasa yang sememangnya wajib dilaksanakan, kita juga dianjurkan untuk membanyakkan amalan membaca alquran.

Bangun malam (qiamullail), solat sunat, bersedekah, membaca al-Quran hingga khatam 30 juzuk, menziarahi orang miskin dan sebagainya, semua itu boleh dibuat sebanyak mana yang boleh. InsyaAllah besar ganjarannya.

Menyentuh tentang membaca al-Quran, tahukah anda bahawa kita boleh khatam 30 juzuk selama 30 hari di bulan suci ini? Sifirnya sangat mudah dan rasanya mungkin ramai yang mengamalkan seperti ini:-

  • 1 hari 1 juzuk
  • 1 juzuk = 20 muka surat
  • 20 muka surat dibahagikan 5x solat fardhu = 4 muka solat per waktu

Hanya empat muka surat sahaja yang kita perlu baca setiap kali solat fardhu. Senang kan? Biasanya kalau ikut ‘tempo’ bacaan yang standard, empat muka surat itu memakan masa kira-kira 10 minit saja.

Cara nak cari permulaan muka surat setiap juzuk

Memandangkan kita ‘berhadapan’ dengan ribuan muka surat dalam mushaf al-Quran, pasti akan ada banyak halaman penting yang wajib kita tahu supaya lebih mudah untuk membacanya.

Tahukah anda, ada satu formula mudah macam mana nak cari permulaan muka surat bagi setiap juzuk. Bukan apa, kadang-kadang kita terpaksa selak secara rambang untuk mencarinya.

Biasanya ada panduan senarai halaman muka surat mengikut juzuk yang sudah disediakan di halaman belakang mushaf. Tapi ‘formula’ yang dikongsikan oleh Idris Shamsuddin ini mungkin juga sangat membantu.

Jom saksikan video ini.

Sumber: TikTok Idris Shamsudin via siakapkeli

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

AGAMA

“Rezeki Suami Datang Daripada Redha Isteri” Ramai wanita yang sebut-sebut perkara ini, Namun benarkah dakwaan tersebut atau saja2 mahu ‘mengikat’ suami

Published

on

“Rezeki Suami Datang Daripada Redha Isteri” Ramai wanita yang sebut-sebut perkara ini, Namun benarkah dakwaan tersebut atau saja2 mahu ‘mengikat’ suami

Assalamualaikum ustaz. Maaf mengganggu masa ustaz. Baru-baru ini kecoh tentang kenyataan seorang instafamous yang menyebut bahawa rezeki suami atau lelaki datang dari redha isteri. Ini bukan kali pertama ustaz, sebelum ini saya banyak dengar daripada couch bisnes yang sebut benda yang sama. Adakah ini ucapan yang benar?. Saya lihat ramai wanita yang sebut-sebut perkara ini. Mohon pencerahan ustaz?

Jawapan ringkas

Pada asasnya, Allah SWT adalah pemberi rezeki yang mutlak. Tiada siapa yang dapat menghalang sekiranya dikehendaki oleh-Nya, dan tiada pula sesiapa yang dapat memberi, sekiranya tidak diizinkan oleh-Nya.

Ucapan rezeki suami atau lelaki datang dari redha isteri boleh membawa salah faham jika tidak diperjelaskan dengan betul. Dari satu sudut, tidak dapat dinafikan bahawa pertambahan rezeki seseorang itu juga bergantung kepada hubungannya sesama manusia khususnya ahli keluarga.

Berlaku baik dengan ahli keluarga termasuk juga isteri adalah antara sebab rezeki diluaskan oleh Allah SWT. Ini yang disebutkan sebagai sebab dan musabbab. Ia juga sebagai satu motivasi agar para suami tidak mengambil ringan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Adapun rezeki suami atau lelaki bukanlah terletak pada redha isteri atau wanita secara langsung, namun ia berkait rapat dengan aspek menjaga silaturrahim dengan ahli keluarga atau ketaatan kepada ibu dalam perkara yang dibenarkan oleh syarak sebagai antara asbab keberkatan dan punca turunnya rezeki daripada Allah SWT seperti mana yang disebut di dalam hadith yang sahih.

Wallahu’alam.

Huraian jawapan

Perkara asas akidah yang wajib diketahui adalah Allah SWT adalah pemilik sebenar rezeki. Tidak ada yang boleh memberi atau menahan rezeki melainkan Allah SWT. Firman Allah SWT :

قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ قُلِ اللَّـهُ ۖ

Maksudnya : “Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” Terangkanlah jawabnya: “Ialah Allah…”[1]

Imam Fakhruddin Al-Razi apabila menafsirkan ayat 24 daripada Surah Saba’, beliau menyebut :

إِشَارَةً إِلَى أَنَّ جَرَّ النَّفْعِ لَيْسَ إِلَّا بِهِ وَمِنْهُ

“ (Ayat tersebut) memberikan isyarat bahawa tiada manfaat melainkan dengan izin Allah dan ianya datang daripada Allah”[2]

Setiap makhluk yang hidup termasuk haiwan, Allah telah menetapkan rezekinya. Allah SWT berfirman :

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّـهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

Maksudnya : “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”[3]

Ayat ini menjelaskan bahawa tiada satu pun makhluk yang diberikan kehidupan oleh Allah, kemudian dibiarkan tanpa ada jaminan rezeki. Al-Hafiz Ibn Kathir menyatakan :

أَخْبَرَ تَعَالَى أَنَّهُ مُتَكَفِّلٌ بِأَرْزَاقِ الْمَخْلُوقَاتِ، مِنْ سَائِرِ دَوَابِّ الْأَرْضِ، صَغِيرِهَا وَكَبِيرِهَا، بَحْرِيِّهَا، وَبَرِّيِّهَا،

Maksudnya : “Allah SWT memberitahu bahawa Dia menjamin rezeki kesemua makhluk termasuk kesemua binatang. Yang kecil, besar,di laut mahupun di darat.”[4]

Nabi SAW juga pernah menjelaskan berkenaan kejadian manusia. Setelah menjelaskan peringkat kejadian manusia, Nabi SAWw bersabda :

ثم يبعث الله ملَكًا فيؤمر بأربع كلماتٍ، ويقال له: اكتُبْ عمله ورزقه وأجله، وشقي أو سعيد، ثم ينفخ فيه الروح

Maksudnya : “…Kemudian Allah mengutuskan malaikat, lalu diperintahkan agar ditulis empat kalimah. Dikatakan kepada Malaikat : Tulis lah amalannya, rezekinya, ajalnya dan (pengakhirannya) sama ada duka atau gembira. Kemudian ditiupkan roh ke dalamnya…”[5]

Walaupun begitu, manusia dituntut untuk bekerja, berusaha dan beramal. Allah SWT berfirman :

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّـهِ وَاذْكُرُوا اللَّـهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya : “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”[6]

Nabi SAW bersabda :

إن الرِّزقَ ليطلُب العبدَ أكثرَ مما يطلبه أجله

Maksudnya : “Sesungguhnya rezeki mencari seseorang lebih banyak daripada ajal mencari seseorang.”[7]

Dalam ayat yang lain, Allah SWT menegaskan bahawa apa yang di langit mahupun di bumi adalah milik mutlak Allah SWT. Sifat tidak percaya bahawa Allah SWT bukan pemilik rezeki adalah sifat orang munafik. Pada ketika Nabi SAW masih hidup, mereka percaya bahawa Allah tidak menurunkan rezeki kepada golongan Muhajirin. Perkara ini ditempelak oleh Allah SWT.Allah berfirman :

وَلِلَّـهِ خَزَائِنُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَفْقَهُونَ

Maksudnya : “…Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendak-Nya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).”[8]

Sheikh Dr Wahbah Al-Zuhaili menjelaskan berkenaan ayat ini :

أي إن الله هو الرزاق لهؤلاء المهاجرين، وبيده مفاتيح أرزاق العباد، يعطي من يشاء، ويمنع من يشاء، ولكن المنافقين يجهلون أن خزائن الأرزاق بيد الله، فظنوا أن الله لا يوسّع على المؤمنين.

“Iaitu sesunggguhnya Allah adalah pemberi rezeki kepada golongan Muhajirin. Dalam kekuasaan-Nya terkandung rezeki hamba-Nya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan juga menghalang rezeki daripada sesiapa yang Dia kehendaki akan tetapi orang Munafik yang jahil bahawa perbendeharaan harta sebenarnya milik Allah. Mereka menyangka bahawa Allah tidak meluaskan rezeki kepada golongan yang beriman.”[9]

Ayat ini seharusnya memberikan kefahaman kepada kita bahawa pemilik mutlak rezeki itu ialah Allah SWT. Tiada siapa yang mampu untuk menandingi Allah SWT. Walaupun tanpa redha sesiapa, jika Allah berkehendak untuk memberikan rezeki kepada hamba-Nya, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Begitu juga sebaliknya.

Bahkan dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman:

وَلِلَّـهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya : “Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”[10]

Dalam ayat yang lain pula, Allah SWT berfirman :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ ۚ هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللَّـهِ يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ فَأَنَّىٰ تُؤْفَكُونَ

Maksudnya : “Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembah-Nya)?”[11]

Imam Ibn Kathir menjelaskan ayat ini dengan ucapan yang begitu baik sekali. Beliau menyebut :

يُنَبِّهُ تَعَالَى عِبَادَهُ وَيُرْشِدُهُمْ إِلَى الِاسْتِدْلَالِ عَلَى تَوْحِيدِهِ فِي إِفْرَادِ الْعِبَادَةَ لَهُ، كَمَا أَنَّهُ الْمُسْتَقِلُّ بِالْخَلْقِ وَالرِّزْقِ

“Allah SWT memperingatkan hamba-Nya dan memberikan petunjuk bahawa ayat ini memberikan maksud agar mengesakan Allah dalam beribadat seperti mana juga sifat mencipta dan memberi rezeki adalah khusus bagi Allah.”[12]

Tidak mempercayai atau meragui bahawa Allah adalah pemilik rezeki sama sahaja seperti meragukan bahawa Allah adalah Pencipta alam. Ayat-ayat yang disebutkan adalah sebahagian petunjuk dan dalil bahawa Allah SWT adalah pemilik mutlak rezeki. Bukannya manusia. Allah penentu rezeki seseorang. Bukannya manusia.

Tidak dapat dinafikan bahawa rezeki adalah sumber kehidupan. Allah SWT menyediakan rezeki sebagai sumber dan bekalan dalam kehidupan seharian manusia. Ini dapat difahami menerusi firman Allah SWT :

وَلَقَدْ مَكَّنَّاكُمْ فِي الْأَرْضِ وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ ۗ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ

Maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”[13]

Namun, rezeki itu bukan hanya terhad kepada harta. Ketenangan dalam kehidupan adalah rezeki. Memperoleh anak yag soleh dan solehah adalah rezeki. Mendapat sahabat dan jiran yang baik adalah rezeki. Dikurniakan kecerdasan akal dan minda adalah rezeki. Dapat menunaikan ibadah dengan tenang dan baik adalah rezeki. Dijauhkan daripada bala bencana adalah rezeki. Ringkasnya, rezeki Allah itu luas dan merangkumi kesemua aspek kehidupan manusia.

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, ucapan seperti rezeki lelaki atau suami datangnya dari redha isteri atau wanita adalah ucapan yang perlu diteliti. Tanpa penjelasan lanjut ianya boleh menimbulkan salah faham. Dari satu sudut, tidak dapat dinafikan bahawa pertambahan rezeki seseorang itu juga bergantung kepada hubungannya sesama manusia khususnya ahli keluarga. Ini yang disebutkan sebagai sebab dan musabbab. Nabi SAW bersabda :

مَنْ سَرَّهُ أَنْ ‌يُبْسَطَ ‌لَهُ ‌فِي ‌رِزْقِهِ، أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya : “Barangsiapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan ditambah hidupnya, maka sambunglah hubungan kekeluargaan.”[14]

Oleh kerana itu, Nabi SAW menyifatkan lelaki yang terbaik adalah orang yang melakukan kebaikan kepada ahli keluarganya. Nabi SAW bersabda :

خيركم خيركم لأهله

Maksudnya : “Orang yang terbaik dari kalangan kalian adalah orang yang melakukan kebaikan kepada ahli keluarganya.”[15]

Apa sahaja perkara yang dilakukan yang boleh meregangkan hubungan kekeluargaan boleh menyebabkan rezeki seseorang itu sempit. Termasuklah sifat bakhil atau kedekut dengan ahli keluarga. Oleh itu, Nabi SAW memberikan amaran berkenaan sifat bakhil. Nabi SAW bersabda:

‌إيَّاكم ‌والشُّحَّ، فإنما هَلَكَ مَن كان قَبلَكم بالشُّحِّ: أمرهم بالبُخلِ فبَخِلُوا، وأمرَهم بالقَطيعةِ فقَطَعُوا، وأمرَهم بالفُجُور ففَجَرُوا

Maksudnya : “Jauhilah sifat bakhil. Sesungguhnya orang sebelum kalian binasa disebabkan sifat bakhil. Ia membawa kepada sifat kedekut, mereka menjadi kedekut. Ia membawa kepada terputusnya hubungan kekeluargaan dan membawa kepada dosa.”[16]

Namun, para isteri juga perlu rasional agar tidak meminta sesuatu yang berada di luar kemampuan para suami.

Banyak juga cara lain untuk memperoleh dan ditambah rezeki. Antaranya :

Beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah. Dosa dan maksiat adalah antara penghalang rezeki. Allah SWT berfirman :

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ﴿١٠﴾ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا ﴿١١﴾ وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا

Maksudnya : “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. “(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; “Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”[17]

Nabi SAW bersabda :

مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا ، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا ، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Maksudnya : “Barangsiapa yang sentiasa melazimi istighfar, Allah SWT menjadikan baginya setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap keluh kesah itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”[18]

Bersedekah. Allah SWT berfirman :

وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ

Maksudnya : “ dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya.”[19]

Imam Al-Syaukani menjelaskan bahawa ganti yang Allah berikan itu boleh jadi di dunia ataupun di akhirat. Beliau menyebut

وَذَلِكَ الْبَدَلُ إِمَّا فِي الدُّنْيَا وَإِمَّا فِي الْآخِرَةِ

“ Begitu juga ganti (Yang Allah janjikan) sama ada di dunia mahupun di akhirat.”[20]

Menanamkan sifat ketakwaan dalam diri. Firman Allah SWT :

وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ﴿٢﴾ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

Maksudnya : “dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).”[21]

Sheikh Tahir Bin ‘Asyur menjelaskan :

أَعْلَمَهُمَا اللَّهُ بِأَنَّهُ وَعَدَ الْمُتَّقِينَ الْوَاقِفِينَ عِنْد حُدُوده بِأَن يَجْعَلَ لَهُمْ مَخْرَجًا مِنَ الضَّائِقَاتِ

“ Allah memberitahu para suami dan isteri bahawa Dia menjanjikan orang yang bertakwa dan yang teguh berdiri di batasan yang Allah telah tetapkan, bahawa Allah akan memberikan mereka jalan keluar dari setiap kesempitan yang mereka hadapi.”[22]

Justeru, ucapan tersebut boleh membawa salah faham jika tidak diperjelaskan. Dari satu sudut, tidak dapat dinafikan bahawa pertambahan rezeki seseorang itu juga bergantung kepada hubungannya sesama manusia khususnya ahli keluarga.. Berlaku baik dengan ahli keluarga termasuk isteri juga adalah sebab rezeki diluaskan.

Ini yang disebutkan sebagai sebab dan musabbab. Kepada para suami, jalankan tanggungjawab kepada isteri. Seorang suami bukan sahaja bertanggungjawab memberi nafkah atau mencari harta, akan tetapi juga bertanggungjawab mendidik isteri dan keluarga agar menjadi keluarga yang diredhai oleh Allah. Inilah kunci sebenar keberkatan dan punca turunnya rezeki daripada Allah SWT. Allah SWT berfirman :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ

Maksudnya : “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.”[23]

Wallahu’alam.

Nota hujung

[1] Surah Saba’ : 24 [2] Al-Razi, Muhammad Bin ‘Umar Bin Hasan, Mafatih Al-Ghaib,Dar Ihya’ Turath Al-‘Arabi, Beirut,j.25 h.205 [3] Surah Hud : 10. [4] Tafsir Al-Quran Al-‘Azim, j. h.305. [5] Riwayat Muslim no 2643. [6] Surah Al-Jumu’ah : 10. [7] Riwayat Al-Tabarani no 1630. [8] Surah Al-Munafiqun : 7. [9] Al-Zuhaili,Wahbah Bin Mustafa, Tafsir Al-Munir Fi Al-‘Akidah Wa Al-Syari’ah Wa Al-Manhaj, Dar AL-Fikr Al-Mu’asir, Damsyik, j.28 h.225. [10] Surah Al-Maidah : 17. [11] Surah Fatir : 3. [12] Ibn Kathir, Ismail Bin Umar, Tafsir Al-Quran Al-‘Azim, Tahkik : Sami Bin Muhammad Salamah, Cetakan Dar AL-Tayyibah, j.6 h.533. [13] Surah Al-‘Araf : 10. [14] Riwayat Al-Bukhari no 5986 dan Muslim no 2557. [15] Riwayat Al-Tirmizi no 3895. [16] Riwayat Abu Daud no 1698. [17] Surah Nuh : 10-12. [18] Riwayat Abu Daud no 1518, Ibn Majah no 3819. [19] Surah Saba : 39. [20] Al-Syaukani, Muhammad Bin Ali,Fath Al-Qadir,Dar Ibn Kathir,j.4 h.379. [21] Surah Al-Talak : 3. [22] Ibn ‘Asyur, Muhammad Tahir, Tahrir Ma’na Al-Sadid Wa Tanwir Al-‘Aql Al-Jadid,Cetakan Al-Dar Al-Tunisiyah,j.28 h.311. [23] Surah Al-‘Araf : 96

Kredit: https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/4669-al-afkar-113-rezeki-suami-datang-dari-redha-isteri

sumber: karyabestari

Continue Reading

AGAMA

“Patutlah nabi suka kucing. Di akhirat kelak akan ada satu level khas untuk haiwan” Benarkah Kucing Akan Membantu Tuannya Di Akhirat?

Published

on

“Patutlah nabi suka kucing. Di akhirat kelak akan ada satu level khas untuk haiwan” Benarkah Kucing Akan Membantu Tuannya Di Akhirat?

Soalan:

Assalamualaikum Datuk Mufti, saya ada terbaca satu posting tentang kucing di media sosial, kenyataan dalam posting tersebut adalah seperti berikut:

“Patutlah nabi suka kucing. Di akhirat kelak akan ada satu level khas untuk haiwan. Mereka sedang beratur menunggu giliran. Dibawahnya ada banyak manusia yang menunggu giliran untuk meniti satu titian. Apa haiwan itu buat?

Mereka meminta izin pada Allah untuk menolong manusia-manusia yang pernah menolong mereka semasa hidup didunia.”

Mohon pencerahan daripada pihak mufti terima kasih.

Ringkasan Jawapan:

Tidak ada nas dan dalil yang khusus tentang kedudukan haiwan seperti kucing di hari akhirat kelak terutama sekali dalam membantu manusia yang menolongnya semasa di dunia. Namun, umat islam dituntut untuk berbuat baik kepada semua makhluk seperti mana Allah SWT mewajibkan untuk berbuat baik kepada setiap sesuatu kerana setiap kebaikan yang dikerjakan di atas dunia ini akan dijanjikan dengan ganjaran pahala yang mungkin akan membantu kita untuk ke syurga di akhirat kelak.

Huraian Jawapan:

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Sesungguhnya hari akhirat ini termasuk di dalam perkara sam’iyyat iaitu perkara ghaib dan tidak dapat ditanggapi oleh akal manusia melainkan dengan adanya penerangan tentangnya daripada nas-nas al Quran dan as Sunnah. Begitu juga dengan kisah tentang hari kebangkitan yang akan berlaku nanti, telah dikhabarkan kepada kita bahawasanya setiap makhluk yang pernah hidup di atas dunia ini akan dibangkitkan di akhirat kelak untuk dihisab dan dibicarakan. Firman Allah S.W.T: (1)

يَوْمَ يَبْعَثُهُمُ اللَّـهُ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوا ۚ أَحْصَاهُ اللَّـهُ وَنَسُوهُ ۚ وَاللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

Maksudnya: “Semasa mereka semuanya dibangkitkan (dihidupkan) semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu.”

(Surah al Mujadalah: 6)

Oleh itu, berdasarkan persoalan dan kenyataan di atas, tidak ada dalil khusus yang menyatakan bahawasanya kucing ataupun haiwan yang lain akan diberikan tempat yang khusus dan keistimewaan untuk membantu manusia di hari akhirat kelak. Sebaliknya, binatang-binatang dibangkitkan untuk memenuhi tuntutan dan hak sesama makhluk seperti mana yang telah yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. Rasulullah S.A.W bersabda: (2)

لَتُؤَدُّنَّ الْحُقُوقَ إِلَى أَهْلِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، حَتَّى يُقَادَ لِلشَّاةِ الْجَلْحَاءِ، مِنَ الشَّاةِ الْقَرْنَاءِ

Maksudnya: “Semua hak itu pasti akan dipenuhi pada hari kiamat kelak, hingga kambing bertanduk pun akan dituntut untuk dibalas oleh kambing yang tidak bertanduk.”

(Riwayat Muslim: 2582, j4, h1997)

Berdasarkan riwayat tersebut, Imam Nawawi menyatakan bahawa haiwan akan dibangkitkan pada hari kiamat seperti mana bangkitnya golongan taklif (diberi anggungjawab) iaitu golongan yang terdiri daripada anak-anak adam dan jin. Namun, beliau menjelaskan lagi bahawa dibangkitkan haiwan bagi memenuhi hak qisas sesama haiwan tersebut seperti mana di dalam syarahnya: (3)

وَأَمَّا الْقِصَاصُ مِنَ الْقَرْنَاءِ لِلْجَلْحَاءِ فَلَيْسَ هُوَ مِنْ قِصَاصِ التكليف إذلا تَكْلِيفَ عَلَيْهَا بَلْ هُوَ قِصَاصُ مُقَابَلَةٍ

Maksudnya: “Adapun qisas bagi haiwan bertanduk terhadap haiwan tidak bartanduk bukanlah seperti qisas taklif kerana haiwan tersebut tiada pentaklifan akan tetapi bagi haiwan itu ada qisas muqabalah (balas membalas).”

(Syarah Sohih Muslim: 16/136)

Walaubagaimanapun, ia bukanlah untuk menafikan kebaikan dan kelebihan dalam berbuat baik kepada binatang kerana agama Islam menuntut umatnya untuk berbuat baik terhadap semua makhluk dan setiap kebaikan yang dilakukan akan di beri ganjaran pahala. Ini berdasarkan riwayat oleh Syadad Bin ‘Aus:(4)

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan untuk berbuat kepada setiap sesuatu.”

(Riwayat Muslim: 1955)

Begitu juga terdapat hadis yang mana diampunkan dosa seorang wanita kerana memberi minum kepada anjing yang haus. Kisah ini dapat kita hayati melalui hadis yang diriwayat oleh Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW: (5)

أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ، قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنَ الْعَطَشِ، فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا

Maksudnya: “Seorang wanita yang melacur telah melihat seekor anjing pada suatu hari yang panas sambil mengelilingi sebuah perigi. Anjing tersebut juga menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Wanita tersebut menanggalkan kasutnya lalu memberinya minum maka telah diampunkan dosanya”.

(Riwayat Muslim: 2245)

Berdasarkan dalil dan hujah-hujah di atas, berkelakuan baik sesama makhluk akan diberikan ganjaran pahala pada hari kiamat bahkan dengan rahmat dan reda Allah SWT boleh membawa kita ke syurga melalui ihsan kita terhadap haiwan. Oleh itu, perlulah kita cermati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang melibatkan kelebihan sesuatu perkara supaya tidak bercanggah dengan al Quran dan as Sunnah.

Kesimpulannya:

Tidak ada nas dan dalil yang khusus tentang kedudukan haiwan seperti kucing di hari akhirat kelak terutama sekali dalam membantu manusia yang menolongnya semasa di dunia. Namun, umat islam dituntut untuk berbuat baik kepada semua makhluk seperti mana Allah SWT mewajibkan untuk berbuat baik kepada setiap sesuatu kerana setiap kebaikan yang dikerjakan di atas dunia ini akan dijanjikan dengan ganjaran pahala yang mungkin akan membantu kita untuk ke syurga di akhirat kelak.

Semoga kita terus istiqamah di dalam mengerjakan amal dan kebaikan serta berbuat baik sesama makhluk di dunia ini.

Wallahu a’lam..

Nota Hujung:

(1) Surah al Mujadilah (2) Muslim Bin al-Hajaj Abu al-Hasan al-Qusyairi an-Naisaburi, Sohih Muslim, Tahqiq: Muhamad Fuad Abdul Baqi, Dar al-Ihya’ al-Turath: Beirut, J4 H1997, No;2582. (3) Abu Zakaria Muhyiddin Yahya Bin Syaraf an-Nawawi, al-Minhaj Syarah Sohih Muslim Bin al-Hajaj, Dar al-Ihya’ al-Thaniah, J16, H136. (4) Sohih Muslim: j3, H1548, no: 1955 (5) Sohih Muslim: no 2245
Kredit: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4751-al-kafi-1785-adakah-benar-kisah-tentang-kucing-boleh-membantu-tuannya-di-hari-akhirat

sumber: karyabestari

Continue Reading

AGAMA

Waspada Dengan Golongan Ini. Mulia Di Dunia Namun Hina Di Akhirat

Published

on

Waspada Dengan Golongan Ini. Mulia Di Dunia Namun Hina Di Akhirat

Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api nera ka… Nauzubillah…

1. Seorang mujahid yang berjuang dan akhirnya dia ma ti syahid

Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,

“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku ma ti syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “

Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kema tianmu..”

Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api nera ka.

2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang

Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya, “Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Lalu si guru pun menjawab, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”

Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.”

3. Si kaya raya yang suka bersedekah

Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya, “Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?”

Maka dijawab olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “

Sekali lagi ALLAH menjawab;

“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.”

Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha sik sa dan pe dih a zab sik sanya.

4. Ikhlas

Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat.

Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.

Marilah bersama kita fikir dan renungkan sama ada perbuatan kita, amalan kita pada hari ini, adalah demi mendapat redha hamba atau redha dari ALLAH.

Dan jika terselit walau sezarah pun niat ingin riak dan bermegah dengan perbuatan kita, sebaiknya kita bertaubat dan berdoa agar kita dijauhkan darinya, kerana ia mungkin satu hari nanti menjadi penghalang kita dari mencapai Syurga yang abadi.

Sumber: semuanyajdt via bicarakini

Continue Reading

Trending