Setelah Panas Diperkatakan, Akhirnya Fipper Jawab Isu Selipar ‘Muslim Friendly’ Edisi Khas TheNoor

Setelah Panas Diperkatakan, Akhirnya Fipper Jawab Isu Selipar ‘Muslim Friendly’ Edisi Khas TheNoor

Sehingga ke hari ini, nama Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Nor menjadi sebutan hangat netizen selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Pada 5 April yang lalu, Neelofa telah melancarkan selipar ‘Mesra Muslim’ bersama jenama selipar tempatan, Fipper. Selipar berkenaan yang dijual pada tanda harga RM79.90 sepasang dirasakan mahal oleh sesetengah individu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TheNoor™ (@thenoor.co)

Namun, apa yang menarik perhatian serta menjadi persoalan netizen ialah spesifikasi selipar tersebut yang dikatakan ‘Mesra Muslim’ sedangkan apabila dilihat reka bentuk selipar tersebut boleh dikatakan lebih kurang sama sahaja dengan selipar lain yang ada di pasaran.

Lantaran isu ini menjadi bualan serius netizen, Fipper dalam satu kenyataan media telah menyatakan bahawa terma ‘Mesra Muslim’ itu merujuk bahawa produk selipar Slip On Fipper x TheNoor ini sesuai untuk kegunaan serta imej Muslimah yang memakai stokin. Fipper juga memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.

Semoga Neelofa terus cekal menghadapi dugaan ini dan berharap situasi tegang antara beliau dan netizen akan segera pulih dalam masa terdekat.

sumber: thevocket

ARTIKEL PILIHAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*