
Sambutan Hari Jadi Untuk Ayah Yang Sangat Menyentuh Hati
Sambutan majlis hari jadi dilakukan untuk menzahirkan perasaan kasih sayang dan untuk menggembirakan insan yang menyambutnya. Sebuah kisah yang berlaku di negara jiran Filipina dimana sebuah keluarga menyambut hari jadi ayah mereka. Biarpun dalam keadaan serba kekurangan, mereka tetap berusaha untuk menggembirakan ayah mereka sempena hari lahirnya.
Kisah adik beradik ini telah dikongsikan seorang individu dipercayai jiran mereka, Melody Silang di Facebook sebelum dimuatnaik di portal berita tempatan Philnews.
Hanya menggunakan kantung plastik untuk menggantikan belon hari jadi, wajah kanak-kanak ini tetap ceria menyusun kejutan buat ayah mereka.
Tulis Melody, adik-beradik itu juga turut membuat sebuah kek telur buat lelaki itu.
“Walaupun hidup susah, mereka tetap berusaha menjayakan hari lahir ayah mereka. Mereka merancang untuk membuat kejutan sebaik sahaja si ayah pulang dari kerja. Suasana ini sememangnya menyentuh hati.
“Disebabkan tiada duit untuk membeli belon, mereka gunakan kantung plastik dan tulis “Happy Birthday Papa”. Mereka juga buatkan kek telur,” kongsinya.
Kiriman itu telah mendapat lebih 82 ribu tanda suka daripada warga maya. Rata2 warganet tersentuh dengan tindakan kanak-kanak tersebut. Berikut merupakan antara respond warganet:
Terinspirasi, syukuri apa yang kita ada
Anak yang baik
Moga semuanya dirahmati
Sumber: Philnews via siakapkeli
Leave a Reply