Rakaman Kereta Disambar Api, Tindakan TENANG Abg Berbaju Hitam Dapat Pujian Netizen

Rakaman Kereta Disambar Api, Tindakan TENANG Abg Berbaju Hitam Dapat Pujian Netizen

Semua orang sedia maklum stesen minyak merupakan salah satu tempat yang berisiko tinggi untuk mengalami kemalangan lebih-lebih lagi semasa mengisi minyak.

Terbaru, tular satu rakaman CCTV menunjukkan sebuah Perodua Kenari terbakar pada bahagian bawah kereta. Kejadian tersebut berlaku di Stesen Minyak Petron ML1.5 Sandakan.

Rakaman video tersebut bermula dengan pemandu sedang memandang pada bahagian bawah kereta sebelum dia mengambil bekas siram pokok yang berada berhampiran untuk memadamkan api.

Beberapa staf stesen minyak dan orang awam datang memberikan bantuan dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya sebelum sempat merebak memusnahkan kereta tersebut.

Rata-rata ramai pengguna media sosial memuji ‘abang motor helmet merah’ kerana tenang memadam api tersebut sebelum menjadi lebih marak.

Rakaman CCTV telah ‘membuka mata’ banyak pihak betapa pentingnya mematuhi peraturan dan larangan semasa berada di stesen minyak. Sebagai pengguna stesen minyak, kita dikehendaki mematikan enjin kereta dan berhenti menggunakan telefon pintar dahulu sebelum mengisi minyak

Pada masa yang sama jika berlaku perkara yang tidak diingini, kita juga perlu ‘bertenang’ dan jangan panik supaya kita dapat mengawal keadaan dengan bertindak dengan waras.

sumber: thevocket

ARTIKEL PILIHAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*