Connect with us

KELUARGA

Ini Antara Kesalahan Yang Ibu Bapa Tak Sedar Dalam Mendidik Anak Yang Menyebabkan Anak Jadi Degil

Published

on

Ini Antara Kesalahan Yang Ibu Bapa Tak Sedar Dalam Mendidik Anak Yang Menyebabkan Anak Jadi Degil

Ada seorang kenalan, anaknya sangat dengar kata, tak mela wan cakap. Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga. Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.

Aku pun cuba korek rahsia di sebaliknya sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak. Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab ba ka dia. Aku gelak saja masa tu.

Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni. “Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun”

Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung. “Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia and nak letak dalam hutanlah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?”

Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu. “Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?”

Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.

“Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin.”

“Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!”

“Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!”

Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.

“Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita”

Kesalahan Ibu Bapa Mendidik Anak

Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja. Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.

1) Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas.

Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.

2) Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun.

Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja. Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni’. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.

Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.

3) Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.

Kata pada dia, “hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok.” Jangan Kesalahan ibu bapa mendidik anak ini terjadi disebabkan perkara yang temeh.

Esoknya bila kita suruh mandi, and dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.

4) Bila anak dengar kata, berikan reward.

Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.

5) Jangan lupa berdoa pada Allah swt.

Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri. Sebab tu la kita perlu sentiasa berdoa memohon kepada Allah SWT.

Aku kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedari. Harap-harap perkongsian ni membuka minda para ibubapa tentang cara-cara mendidik anak.

Perkongsian ni bukanlah segala-galanya. Masih banyak lagi panduan yang boleh dicari diluar sana. Namun hanya sebagai info tambahan kepada sidang pembaca sekalian.

sumber: mysumbermaya

Jangan lupa komen, share dan like page fb kami kalamindah

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KELUARGA

3 Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Menyesal Berhenti Kerja Dan Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa

Published

on

3 Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Menyesal Berhenti Kerja Dan Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa

“Tengok ramai wanita berkerjaya sekarang berani berhenti kerja untuk jaga anak. Macam seronok je, rasa teringin juga berhenti kerja. Kalau aku berhenti kerja macam mana ya, takut-takut nanti menyesal pula bila dah tak kerja dan jadi suri rumah.”

Mungkin kata-kata sebegini sering kali membelenggu fikiran ibu-ibu yang mengimpikan untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian terhadap rumah tangga yang dibina, lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah dikurniakan anak.

Terdapat pelbagai perkara perlu difikirkan sebelum membuat keputusan berhenti kerja untuk jaga anak, terutamanya dari segi ekonomi keluarga. Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bekerja dari rumah, ianya mungkin lebih merungsingkan fikiran. Apa tidaknya, sebelum ini anda pasti memiliki ribuan ringgit setiap bulan hasil daripada kerjaya anda.

Namun, apabila kelak anda sudah tiada sumber pendapatan lagi, keadaan pasti berbeza dan tidak akan sama ketika anda pernah bekerja sebelum ini. Dari segi sosial pula, anda akan meninggalkan rakan-rakan sekerja untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga.

Bersediakah anda untuk melepaskan jawatan yang dipegang kini demi menghadapi cabaran menjadi seorang suri rumah sepenuh masa kelak?

Wanita Berkerjaya Perlu Buat Persediaan

Persediaan dari segi mental, fizikal dan emosi perlu diberi perhatian sebelum anda mula bertindak untuk berhenti kerja. Ini kerana, walaupun anda hanya berada di rumah sepanjang hari, ia tidak bermakna anda tidak menghadapi tekanan sepertimana yang anda hadapi di tempat kerja. Istilah ‘goyang kaki’ juga tiada dalam kamus seorang suri rumah. Selain itu, wanita berkerjaya perlu bersedia untuk menghadapi kata-kata masyarakat sekeliling tentang keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah.

Bagi memastikan anda dapat membiasakan diri dengan gelaran seorang suri rumah kelak, persediaan mental, fizikal dan emosi yang kuat adalah sangat penting.

Sekiranya anda bertekad untuk meletak jawatan dan menjadi suri rumah, usah ragu dengan keputusan anda. Walaupun anda memegang jawatan yang tinggi dalam kerjaya anda, berikut merupakan 3 sebab anda tidak perlu menyesal untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

1. Allah Yang Menggerakkan Hati

Setiap sesuatu yang berlaku di dunia ini adalah dengan izin Allah. Allah yang menggerakkan hati anda untuk menerima jawatan yang ditawarkan sebelum ini sebagai wanita berkerjaya. Allah jua yang menggerakkan hati anda untuk melepaskan jawatan tersebut demi sebuah keluarga yang anda cintai.

Usah khuatir dengan rezeki yang akan Allah kurniakan kelak apabila anda telah menjadi seorang suri rumah. Rezeki bukanlah dilihat pada wang ringgit semata-mata. Kebahagiaan bersama keluarga juga merupakan rezeki yang sangat bernilai daripada Allah.

Letakkan sepenuh kebergantungan kepada Allah, nescaya anda akan berasa tenang menghadapi hari-hari mendatang.

2. Anggap Ia Peluang Memperkasakan Ibadah

Sewaktu bekerja, mungkin pelbagai persiapan menuju akhirat sering terpinggir dek kesibukan dunia yang kita lalui. Percayalah, dengan menjadi seorang suri rumah kelak, anda akan punya lebih waktu untuk beribadah kepada Allah.

Perkasakan diri dan luangkan masa untuk lebih dekat dengan Allah. Dengan solat, membaca Al-Quran, berzikir, berselawat, memperbanyakkan doa, mendengar nasyid, dan menonton ceramah agama di rumah, In Sha Allah anda akan berasa lebih tenang berbanding sewaktu anda bekerja dahulu.

3. Dapat Berkhidmat Untuk Keluarga

Jika sebelum ini, anda sebagai wanita berkerjaya mungkin tidak pernah terfikir untuk berhenti kerja kerana ingin memberikan khidmat menerusi bidang kerjaya anda. Tetapi kini, tiba masanya untuk anda ‘move on’ daripada alam pekerjaan tersebut demi berkhidmat untuk keluarga tersayang.

Lakukan yang terbaik dalam segala urusan dan tugasan harian di rumah. Gunakan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang anda miliki untuk mendidik dan mengasuh anak-anak di rumah agar mereka menjadi anak yang soleh dan solehah kelak.

Apabila semua perkara dalam keadaan teratur dan anda dapat melihat perkembangan anak dari semasa ke semasa hasil didikan anda di rumah, anda pasti dapat merasakan bahawa usaha anda itu sangat berbaloi. Anda juga tidak akan pernah menyesal berhenti kerja untuk menjaga anak dan menguruskan keluarga.

Ada Hikmah Di Sebalik Sesuatu Yang Berlaku

Kepada wanita berkerjaya yang berjaya memberikan yang terbaik buat keluarga tercinta, tahniah diucapkan! Anda wanita hebat! Bukan mudah menjadi seorang pekerja serta seorang isteri dan ibu dalam satu-satu masa.

Buat ibu-ibu yang telah atau bakal meninggalkan alam pekerjaan dan menjadi suri rumah sepenuh masa tidak lama lagi, semoga urusan anda dipermudahkan. Kunci paling utama adalah keyakinan terhadap Allah.

Menjadi wanita berkerjaya atau suri rumah, kedua-duanya punya alasan tersendiri dalam memilih jalan hidup masing-masing. Percayalah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati perjalanan kita semua agar kita bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat.

sumber: SirapLimau via karyabestari

Continue Reading

GLOBAL

(video) Ketika Isteri Sudah Berusaha Untuk ‘Mengikhlaskan Hati’, Namun Jatuh Juga Air Mata Di Majlis Perkahwinan Suaminya

Published

on

(video) Ketika Isteri Sudah Berusaha Untuk ‘Mengikhlaskan Hati’, Namun Jatuh Juga Air Mata Di Majlis Perkahwinan Suaminya

Sebvah klip video menjadi tul4r di media sosial Indon3sia kerana memaparkan aksi se0rang wanita sed4ng menangis semasa m4jlis persandi­ngan su4minya, lap0r laman be­rita Suara.com sem4lam.

Vid3o yang dimuat n4ik dalam apl1kasi TikTok oleh seorang penggvna bernama @herikanatasya itu menvnjukkan wanita tersebvt men4ngis teresak-es4k di svdut sebuah rum4h.

P4da masa yang sama, s3bilangan tetamu m3menuhi rumah tersebvt dan meraikan pasangan peng4ntin baharu.

W4nita yang didakwa ist3ri pertama itu beberapa k4li dilihat mengusap air matanya dan cvba untuk menahan diri dar1pada menangis ketika m3lihat suami diraikan bers4ma madunya.

“Ket1ka isteri pertama seikhl4s hati mengizinkan svami untuk berkahwin l4gi,” tulis @herikanatasya pada hantaran tersebut.

Sem3ntara itu, suami wan1ta berkenaan yang mervpakan pe­ngantin lel4ki, dilihat sibuk me­lay4n para tet4mu bersama isteri bah4ru dan ibu bapanya.

Rak4man video tersebut men3rima ber1bu-r1bu komen darip4da pengguna media s0sial. Rata2, mereka melvahkan perasaan simp4ti dan sedih terhadap nasib ist3ri pertama.

“Ya Tuhan, s4ya turut dapat mer4sa sakitnya hati wan1ta tersebut. “S3moga dia diberi k3kuatan,” tulis se0rang netiz3n.

Sumber : TikTok | MyKmu via newsnow21z

Continue Reading

INSPIRASI

(video) “Sungguh, Naluri Seorang Ibu Itu Sangat Kuat” Setahun Terpisah Dengan Anak, Anak Menyamar Jadi Rider Hantar Bunga Kpd Emak. 

Published

on

(video) “Sungguh, Naluri Seorang Ibu Itu Sangat Kuat” Setahun Terpisah Dengan Anak, Anak Menyamar Jadi Rider Hantar Bunga Kpd Emak.

Berpisah dengan ahli keluarga kerana ingin mencari rezeki halal di negara orang lain merupakan satu pengorbanan yang besar buat sesetengah individu. Namun, ramai yang terkandas & tidak dapat pulang menjenguk keluarga sendiri akibat wabak COVID-l9 melanda.

Setelah sekian lama terkandas di Singapura akhirnya seorang lelaki yang dikenali sebagai Fais Ismail telah pulang ke pangkuan ibu bapanya membuatkan warganet berasa sebak.

Setahvn tidak balik

M3nerusi video yang t3lah dimuat naik oleh dirinya di Facebo0k, Fais m3mbuat kejutan kepada buat ibv bapanya setelah setahun tidak dapat pvlang. Kelihatan dirinya menyamar sebagai rider yang menghantar bunga.

Ket1ka dia memberi jamb4ngan bunga berkenaan, ibunya se4kan sudah dapat meras4kan sesuatu yang ‘pelik’ sebelum mengalirkan air mata apabila membaca kad ucapan yang diterima. Rider tadi bagaimanapun masih lagi tidak beredar dan menvnggu di luar rumah.

Selang b3berapa saat, Fais membuka t0pi keledarnya lalu terus memeluk dan mencium ibunya set3lah lama memendam r1ndu. Ibunya seakan tid4k percaya bahawa anaknya sud4h pulang dan berada di d3pan matanya.

Ayahnya yang kelihatan ‘kaku’ & menahan air mata apabila dipeluk dan dicium oleh anaknya seperti tidak percaya bahawa anaknya sudah pulang ke pangkvannya. M0men indah serta sebak itu membuatkan ramai yang mengalirkan air mata.

Video

Sumber : Fais Ismail Via OhBulan via newsnow21z

Continue Reading

Trending