Connect with us

INFORMASI

(video)Bersyukurlah Kita Dengan Apa Yang Ada, Kerana Ada Orang Lain Yang Terpaksa Makan Lumpur Kerana Miskin

Published

on

Bersyukurlah Kita Dengan Apa Yang Ada, Kerana Ada Orang Lain Yang Terpaksa Makan Lumpur Kerana Miskin

Tergambarkah dalam fikiran kita bagaiman keadaan orang yang miskin meneruskan hidup.? Bagaiman yang kita gambarkan? Adakah mereka hanya makan sekali dalam sehari, Makan nasi tak berlauk, hanya makan maggi, atau macam-macam lagi gambaran yang mungkin bermain di fikiran kita.

Haiti adalah negara pertama merdeka di benua Amerika Latin, pasca-kolonial selepas pemberontakan hamba abdi. Dikenali sebagai negara paling miskin, Haiti terpaksa menggunakan lumpur sebagai sumber makanan mereka.

Haiti pernah dilanda bencana gempa bumi besar pada 2010, menyebabkan kebanyakkan daripada rakyat dinegara ini terpaksa merempat.

Menurut Press TV, masalah ekonomi negara ini sangat teruk dan rakyatnya menjadi terlalu miskin, hingga ada yang membuat kek daripada lumpur kering untuk meneruskan hidup.

“Lumpur ini juga kami gunakan untuk buat pinggan, rantai, sabun, krim dan serbuk bedak,” kata seorang warga Haiti yang ditemu ramah Press TV.

“Mereka memakannya seperti anda makan roti, bagi mereka ia sama sahaja,” Lesly Guillaume jurucakap WHP Haiti.

Kek lumpur berkenaan juga dijadikan ubat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit oleh orang tempatan.

Apabila melihat keadaan masyarakat di Haiti, seolah-olah tak boleh diterima oleh akal fikiran. Negara yang sangat miskin sehingga masyarakat terpaksa membuat apa sahaja yang difikirkan boleh untuk meneruskan hidup.

Lupur yang dikeringkan menjadi makanan mereka untuk meneruskan hidup. Bagaimana pula dengan keadaan kita di malaysia? Rasanya tidak ada keluarga yang sampai kepada tahap macam tu.

Kita seharusnya bersyukur kerana negara kita masih dapat menangani kemiskinan dikalangan rakyat dengan memberikan bantuan, peluang pekerjaan dan bermacam-macam lagi inisiatif yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.

Tonton video di bawah:

Akhir kata, bersyukurlah kita dengan apa yang ada sekarang ni dan ringan-ringankanlah tangan untuk membantu orang-orang yang susah.

sumber: era.je

jangan lupa komen, share dan like page fb kami kalamindah

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

AGAMA

(video) Rakaman Bunyi Misteri “Bintang Mengetuk” Oleh Angkasawan China Buktikan Kebenaran Al-Quran

Published

on

(video) Rakaman Bunyi Misteri “Bintang Mengetuk” Oleh Angkasawan China Buktikan Kebenaran Al-Quran

Manusia sememangnya mempunyai kekurangan dan keterbatasan yang tertentu. Contohnya dalam mendengar frequensi bunyi yang sangat halus. Umumnya manusia hanya mampu mendengar golombang suara antara 20 hertz sehingga 20 ribu hertz dimana ia dikenali dengan istilah audiosonik.

Manakala bagi gelombang suara dibawah daripada 20 hertz, manusia tidak mampu untuk mendengarnya. Gelombang suara ini dikenali sebagai infrasonik. Biasanya sesetengah haiwan seperti anjing boleh mendengan gelombang suara yang kurang dari 20 hertz.

Begitu juga dengan gelombang suara ultrasonik. Dengan frequensi yang melebihi 20 ribu hertz menyebabkan manusia tidak mampu untuk mendengarnya. Gelombang suara ini biasanya terdapat di luar angkasa.

Beberapa waktu yang lalu, seorang angkasawan daripada China, Yang Liwei mengaku mendengar suara ketukan misteri yang beliau tidak dapat jelaskan ketika berada di luar angkasa. Kedengaran suara tersebut seperti seseorang yang sedang mengetuk pintu.

Namun siapa sangka islam telah menjelaskan tentang suara tersebut sejak 1400 tahun yang lalu seperti yang tertulis dalam kitab suci Al-Quran

Mari saksikan video yang sangat menarik ni…

Kredit video; Mengenal Islam

Continue Reading

INFORMASI

Anda Bakal Menghadapi Temuduga ‘Online’? Lelaki Ini Kongsi 10 Tips Penting Nak Berjaya Hadap Temuduga SPA ‘Online’

Published

on

Anda Bakal Menghadapi Temuduga ‘Online’? Lelaki Ini Kongsi 10 Tips Penting Nak Berjaya Hadap Temuduga SPA ‘Online’

Menerusi laman FB Muhammad Ashraf Che Ani, beliau telah berkongsi tips penting bagaimana menghadapi temuduga secara ‘online’. Tips ini beliau amalkan sendiri sehingga beliau berjaya diterima dalam pekerjaan yang dipohon.

Berikut perkongsiannya;

Alhamdulillah, dengan izin Allah, pada awal tahun 2021 saya telah diterima bekerja dalam sektor awam setelah berjaya melepasi 1 ujian bertulis (secara online) dan 2 sesi temuduga (secara online).

PKP 3.0 menyebabkan semua sesi Temuduga SPA/Badan Berkanun/Swasta mungkin terpaksa kembali dijalankan secara online. Oleh itu, disini saya ingin berkongsi 10 perkara penting yang perlu kita tahu sebelum menghadiri temuduga (secara online).

1.) MENGGUNAKAN TELEFON YANG BERKUALITI

Telefon antara alat yang penting dalam sesi temuduga online. Jika kita menggunakan telefon baru risiko untuk telefon “Hang” adalah lebih rendah berbanding telefon lama. Jadi, pastikan phone ada berada dalam keadaan yang baik.

2.) MENGGUNAKAN KAMERA TELEFON YANG HIGH REVOLUTION (HD)

Saya pastikan kamera telefon saya berada dalam yang sangat baik supaya panel dapat melihat saya dengan jelas. Anda bayangkan jika ada menggunakan kamera yang berkualiti rendah, kemungkinan besar untuk panel temuduga tidak dapat melihat anda dengan jelas adalah tinggi

3.) WIFI/LINE TELEFON YANG LAJU

Wifi/Line Telefon sangat penting semasa sesi temuduga (online) supaya sesi temuduga dapat berjalan dengan lancar. Wifi/Line Phone yang bermasalah akan menganggu perjalanan sesi temuduga.

4.) LOKASI YANG SESUAI

Lokasi sangat penting semasa sesi temuduga. Kita kena cari lokasi yang tidak bising, kawasan yang terang dan lapang. Cuba anda bayangkan semasa anda sedang di temuduga tiba-tiba ada bunyi hon kereta atau bunyi jiran bergaduh, confirm akan menggangu konsentrasi anda, betul tak?

5.) MENGGUNAKAN MINI MICROPHONE & WIRELESS EARPHONE

Saya membeli mini microphone untuk pastikan suara saya dapat didengari dengan jelas oleh panel temuduga. Mini microphone ini sangat penting pada saya kerana apabila suara kita tidak jelas ia akan menganggu tumpuan panel temuduga.

Saya juga menggunakan wireless earphone supaya dapat mendengar soalan yang dikemukan oleh penemuduga dengan jelas dan lebih fleksibel untuk memposisikan kedudukan saya lebih selesa dari jarak telefon pintar yang digunakan

6.) POSISI BADAN YANG SESUAI DAN MENARIK

Saya letakkan kamera telefon agak jauh sedikit agar panel temuduga dapat melihat saya dengan jelas sekurang -kurangnya dari paras perut hingga kepala. Walaubagaimanapon, saya memilih posisi penuh badan (dari kepala hingga hujung kaki) untuk dilihat dan dinilai oleh penemuduga sekaligus menunjukkan keseriusan dan kesediaan saya untuk ditemuduga. Mini Microphone yang saya beli sangat memudahkan walaupun kedudukan telefon pintar agak jauh.

7.) BERPAKAIAN LENGKAP SEPERTI TEMUDUGA SEBENAR

Saya berpakaian lengkap dari atas hingga bawah dan memastikan memilih rona warna tidak lebih dari 3 warna termasuk warna baju kemeja,blazer,tali leher,seluar,stokin dan kasut. Bagi calon lelaki,elakkan memakai baju kemeja berwarna gelap dan bercorak. Dan bagi calon perempuan elakkan memakai baju bercorak bunga besar,dan perhiasan yang sarat. simple but nice

8. HUJAHAN JAWAPAN YANG KEMAS, PADAT & BERKEYAKINAN TINGGI

Setiap hujahan jawapan perlulah padat dan kemas. Pastikan anda membuat preparation awal dan menyemak latar belakang majikan anda secara terperinci. Selain itu,anda juga boleh menyediakan sekurang- kurangnya 50 soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga beserta jawapan yang tepat dan padat. Lakukan latihan bersama orang yang terdekat atau dihadapan cermin berulang kali.Persediaan awal ini akan meningkatkan lagi keyakinan anda semasa ditemuduga. Practice make perfect!

9. RESUME YANG MENARIK

Resume yang hebat akan menarik perhatian panel temuduga. Maklumat dalam resume pastikan lengkap tapi ringkas. Design terpulang ikut citarasa masing-masing cuma pastikan ia simple dan tidak serabut bila dibaca oleh panel temuduga.

10. DOA DARI IBU BAPA & TAWAKAL

Saya bukan siapa-siapa kalau bukan kerana berkat doa dari ibubapa saya. Memandangkan saya tinggal berjauhan dari mak dan abah, hampir setiap hari saya menelefon mereka untuk berdoa dan solat hajat kepada Allah semoga urusan saya dipermudahkan.

Saya sangat beruntung kerana didoakan oleh 2 mak dan 2 abah dikampung (ibubapa kandung dan mentua). Mereka sangat-sangat suportive dan sentiasa berada dibelakang saya ketika saya di bawah dan di atas.

Saya ada 1 prinsip hidup yang saya pegang hingga saat ini iaitu “Usaha kerja kita, Nak Bagi Rezeki kerja Tuhan. Bila kita dah usaha, kita serahkan bulat-bulat pada Tuhan. Insya Allah, hati kita lebih tenang sama ada diterima atau ditolak untuk bekerja.

P/S : Bangun awal pagi pada hari temuduga,hubungi ibubapa untuk mohon restu dan jangan lupa bersedekah sebelum temuduga bermula. Moga catatan ini bermanfaat untuk rakan-rakan yang akan menjalani temuduga (secara online).

Sumber: Muhammad Ashraf Che Ani

Continue Reading

INFORMASI

‘Ghairah’ Sangat nak masuk Malaysia, Ini sebabnya kenapa Warga 1sra3l nak sangat masuk Malaysia

Published

on

‘Ghairah’ Sangat nak masuk Malaysia, Ini sebabnya kenapa Warga 1sra3l nak sangat masuk Malaysia

Umum mengetahui bahawa warga 1sra3l diharamkan untuk melawat ke negara kita, Malaysia termasuk 20 buah negara yang lain.

Namun, dengan adanya servis ‘membeli’ kerakyatan negara Belanda atau negara Caribbean, warga 1sra3l misalnya vloger terkenal, Nas Daily kini boleh memasuki Malaysia. Namun persoalannya, mengapakah warga 1sra3l terlalu ingin melawat dan memasuki ke Malaysia?

Jawapan bagi persoalan itu telah dijelaskan menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter @Harris yang memetik perkongsian pengalaman seorang pengguna Facebook bernama Haim Katri, warga 1sra3l yang mempunyai status kerakyatan Belanda dan pernah berkunjung ke Malaysia pada awal tahun 2020 yang lalu melalui pasport negara tersebut.

Berdasarkan catatan pengalaman sewaktu melawat Malaysia seperti yang ditulis oleh Haim Katri, beliau berasa terkejut setelah melihat perbezaan negara Malaysia yang amat ketara sekali tidak sama seperti yang digambarkan dan disangkakan sebelum ini.

Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan negara Islam yang paling lantang bersuara menentang k3k3jam@n 1sra3l dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan negara h@ram itu. Oleh itu, Haim serta warga 1sra3l yang lain menggambarkan Malaysia sebagai negara ‘r@dikal agama’ (fahaman agama yang dikaitkan dengan k3gan@san) yang mundur dan miskin.

Namun persepsi Haim berubah setelah beliau berjaya memasuki Malaysia melalui pasport negara Belanda. Beliau terkejut setelah mengetahui bahawa Malaysia merupakan negara yang bebas menganut mana-mana sahaja agama. Rakyat kita juga dikatakannya bertoleransi malahan negara kita dianggap lebih maju berbanding negara-negara Islam yang lain.

“Saya tiba di Kuala Lumpur dan penyambut tetamu di hotel menyambut saya dengan tutur bahasa Inggeris yang lebih baik daripada saya. “Malah, remaja serta seluruh lapisan umur tidak segan mengucap ‘selamat tahun baharu’ dan bertanya khabar mengenai saya,” tulis Haim.

Sepanjang empat hari di Malaysia, Haim menggambarkan perasaan damai kerana dapat berbual dengan ramai orang termasuk lelaki dan wanita. Katanya Malaysia merupakan sebuah negara demokratik serta berbilang budaya dan agama yang sempurna jika dibandingkan dengan Israel, negara diktator yang hanya mementingkan satu agama sahaja iaitu Yahudi Zionis.

Sebelum ini Nas Daily berjaya memiliki pasport yang membenarkan beliau memasuki Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

(video) Nas Daily Pemegang Passport Israel Kini Boleh Memasuki Negara Malaysia

sumber: thevocket

Continue Reading

Trending