Connect with us

KESIHATAN

Beginilah 8 Cara Merawat Bisul, Terutama Di Punggung, Ketiak & Kepala

Published

on

Beginilah 8 Cara Merawat Bisul, Terutama Di Punggung, Ketiak & Kepala

Malunya ada bisul di dahi. Nak keluar rumah pun susah, nanti kawan-kawan gelak” Yang peliknya dengan bisul ni, pandai pula dia cari tempat yang strategik. Susah kita dibuatnya.

Kalau bisul dah besar, ia akan bernanah. Ramai yang bertindak memecahkan bisul tersebut dengan menggunakan jarum. Tindakan tersebut sebenarnya boleh menyebabkan jangkitan kuman atau bakteris yang menyebabkan lambat proses sembuh.

Apa langkah rawatan sepatutnya yang perlu diambil. Dalam artikel ini dikongsikan panduan untuk merawat bisul. Harap bermanfaat.

BAGAIMANA LANGKAH RAWATAN BISUL YANG SEBENAR?

1) TUAM DENGAN TUALA PANAS

Petua merawat bisul yang pertama ialah dengan merendam tuala dalam air panas, perah dan tuam pada bisul dalam lima hingga 10 minit. Lakukan tiga atau empat kali sehari.

Ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana haba panas meningkatkan circulation pada sekeliling kawasan bisul, menambah lagi antibodi dan sel darah putih, mengurangkan rasa sakit dan membuang darah serta nanah dalam bisul.

2) JANGAN SESEKALI PECAHKAN BISUL

Memang geram tengok nanah yang berkumpul dalam bisul. Warna kekuningan buat rasa nak cucuk dengan jarum bagi pecah dan hilang nanah. Seeloknya tuam dengan tuala panas sehingga nanah keluar sendiri dan bisul kering semula.

3) CUCI DENGAN SABUN ANTIBAKTERIA

Bersihkan bisul dengan sabun antibakteria dan air suam hingga tiada baki nanah atau darah. Kemudian kesat hingga kering.

4) SAPU KRIM ANTIBAKTERIA

Sapu krim antibakteria pada bisul dan balut dengan kemas. Ia akan mengeringkan bisul dan dalam masa sama balutan perlu diganti dengan kerap.

Selain krim antibakteria, boleh juga gunakan tea tree oil, epsom salts, cuka epal (apple cider) dan minyak kastor.

5) JAGA KEBERSIHAN DIRI

Guna sabun antibakteria jika anda kerap terkena bisul. Sebaiknya guna berus atau loofah untuk membersihkan daki, kotoran dan minyak dari berkumpul di kulit.

7) RAWAT LUKA DENGAN SEGERA

Meskipun luka kecil dan tidak memudaratkan, ia perlu dibersihkan, dicuci dengan sabun antibakteria, disapu ubat dan dibalut hingga kering kerana bakteria mudah masuk ke dalam badan melalui luka seterusnya menyebabkan bisul.

8) ELAK DUDUK TERLALU LAMA

Bisul juga boleh terjadi di bahagian punggung disebabkan duduk terlalu lama. Bangun dan lakukan sedikit pergerakan.

BISUL AKAN CEPAT MENGECUT DENGAN RAWATAN YANG BETUL

Lakukan petua merawat bisul yang mudah ini setiap hari hingga bisul kering sepenuhnya. Biasanya dalam tempoh seminggu dua, jika dijaga dengan betul, bisul akan kering dan mengecut.

Sekiranya bisul anda tidak sembuh setelah melakukan petua di atas malah semakin teruk, eloklah anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Nota: Elakkan dari berkongsi tuala, sabun, baju untuk mengelakkan jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan bisul.

sumber: siraplimau

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INSPIRASI

Menerima Anugerah Nobel Perubatan. S4intis Jepun Membuktikan Puasa Dapat Mencegah K4nser

Published

on

Menerima Anugerah Nobel Perubatan. S4intis Jepun Membuktikan Puasa Dapat Mencegah K4nser

Oktober 2016 yang lalu, seorang s4intis daripada Jepun, Yoshinori Ohsumi telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah N0bel Perub4tan yang membawa pulang w4ng tunai sebanyak RM3.9 juta. Anugerah tersohor itu dianugerahkan kepada beliau atas penemuan beliau mengenai bagaimana proses pemec4han oleh sel-sel badan berlaku dan mengitar semula komponen-komponennya yang dikenali sebagai autophagy.

Penemuan itu yang dinamakan mechanism for autophagy adalah mengenai proses asas dalam sel-sel yang mana para s4intis mempercayai bahawa boleh dimanfaatkan untuk melawan b4rah dan dem3ntia.

Autophagy berasal dari perkataan Greek iaitu auto (sendiri) dan juga phagein (memakan), yang membawa maksud memakan diri sendiri. Ia adalah satu proses pengitaran semula sel dalam badan.

S4intis jepun membuktikan berpuasa dapat mencegah bar4h

Sel-sel di dalam badan kita sememangnya telah diprogramkan mempunyai jangka hayat tertentu. Setelah sel-sel ini r0sak dan menjadi tua di mana tiada lagi tenaga untuk mengekalkan fungsinya, ia perlu dibu4ng dari badan.Bagaimana b4rah boleh berlaku?

Bar4h boleh terjadi sekiranya sel-sel lama tidak m4ti. Bagaimana? Jika sel-sel yang telah lama dan tua tidak m4ti dan tidak digantikan dengan sel-sel baru, sel-sel lama ini akan terus berkembang dan bertambah. Ia akan menghasilkan sel-sel yang tidak normal yang tidak melakukan fungsi asal mereka. Lebih buruk lagi, sel-sel ini akan berkembang tanpa henti seterusnya mengganggu fungsi sel-sel lain di sekitar mereka. Perkara ini akan merangsang mut4si sel dan akan memberikan kesan buruk kepada sistem organ.

Apabila sel-sel ini termut4si dan berkembang diluar kawalan, ia akan membentuk satu tisu yang besar yang dikenali sebagai tum0r atau ketum.buhan (sebagai contoh leukemi4). Ini lah merupakan titik permulaan terjadinya bar4h, yang dibahagikan kepada lima kategori utama, iaitu karsinom4, sarkom4, leukemi4, limfom4 dan CNS, bergantung kepada di kawasan di mana terjadinya pertumbuhan sel-sel tidak normal ini.

Autophagy vs Apoptosis

Terdapat satu lagi proses yang sama seperti autophagy iaitu apoptosis yang juga dikenali sebagai proses sel m4ti. Bunyi macam tidak enak, namun untuk mengekalkan kesihatan yang baik, proses ini amat penting bagi badan kita. Setelah beberapa kali melalui proses pembahagian, sel-sel badan diprogramkan untuk m4ti. Jika proses apoptosis ini tidak berlaku, ia juga akan menyebabkan kemungkinan berlakunya bar4h.

Sebagai contoh mudah, jika anda mempunyai sebuah kereta, dan anda menggunakannya untuk beberapa ketika. Setelah berlalunya masa, kereta anda pasti akan mengalami ker0sakan. Setelah berkali-kali diperbaiki, akhirnya anda perlu menukar kepada kereta baru kerana k0s-k0s membaiki akan menjadi semakin mahal jika kereta anda sudah berumur dan melalui pelbagai keros4kan. Jika anda tidak membeli kereta baharu, pasti w4ng anda akan melayang kerana dihabiskan untuk membaiki kereta.

Apa kaintan proses autophagy dan berpuasa?

Namun, jika kereta anda r0sak, anda tidak lah perlu membeli kereta baharu serta-merta sebaliknya hanya menukarkan bahagian yang r0sak, sebagai contoh bateri. Ia juga sama kepada sel-sel ini. Daripada membunuh kesemua sel (proses apoptosis), badan kita hanya perlu membunuh sel-sel yang lama dan r0sak sahaja. Inilah yang dinamakan proses autophagy, di mana organel sub-selular dimusnahkan dan yang baru dibina semula untuk menggantikannya.

Pada tahun 1962, proses autophagy ini dinyatakan apabila s4intis menyedari pertambahan jumlah lysosomes iaitu bahagian sel yang mengh4ncurkan sel lain) di dalam hati tikus setelah disebatikan dengan glucagon.

Kekurangan nutrisi dan zat adalah pengaktif utama proses autophagy. Apabila kita makan, ins.ulin dalam badan akan meningkat, dan ini menyebabkan penurunan glucagon, dan apabila kita tidak makan (berpuasa) maka insulin akan menurun dan glucagon akan meningkat. Peningkatan glucagon inilah yang merangsang proses autophagy ini. Jadi, untuk mengaktifkan proses autophagy, kita perlu berpuasa!

Berpuasa bukan sahaja memberikan badan kita peluang untuk membuang “barang lama”, ia malah merangsang pertumbuhan hormon, yang memberitahu badan kita supaya mula untuk menghasilkan “barang baru”. Jadi dengan berpuasa dapat membenarkan badan kita untuk menjalani pengubahsuaian yang lengkap.

Islam mewajibkan puasa

Sebagai ringkasan, jika kita berpuasa, badan kita akan kekurangan nutrisi dan zat, ini akan merangsang proses autophagy. Apabila proses autophagy berlaku, ia akan menggantikan sel-sel yang lama dan jah4t, kepada sel-sel yang baru dan baik. Ini sekaligus menjadikan badan kita dapat berfungsi dengan lebih baik serta tidak terdedah kepada peny4kit berb4haya.

Kerana itulah Islam mewajibkan umatnya untuk berpuasa sebulan di dalam setahun iaitu ketika tibanya bulan Ramadan. Bukan di bulan Ramadan sahaja, malah ia adalah sunnah Rasulullah S.A.W untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis serta hari-hari tertentu. Dengan berpuasa, badan kita akan menjadi lebih sihat dan lebih terjaga daripada dij4ngkiti peny4kit berb4haya seperti b4rah. Ini amatlah penting untuk menjalani kehldupan yang berkualiti dan yang masih panjang. Jadi, berpuasa bukanlah untuk orang Islam sahaja, ia diperlukan oleh semua manusia di muka bumi ini.

Contoh mudah, setiap 3 bulan atau 5000 kilometer (mengikut jenis kenderaan), kereta kita perlu diservis bagi mengekalkan prestasinya. Sama seperti badan kita, ia juga memerlukan “servis”;, iaitu dengan berpuasa.

Jika bagi anda yang belum pernah mencuba berpuasa, dan baru mengetahui manfaat berpuasa, cuba lah melatih diri anda untuk berpuasa. Lihat apa kesannya pada diri anda.

sumber: imuslimnetwork

Continue Reading

KESIHATAN

Subhanallah… Inilah Sebabnya Kenapa Nabi Suruh Kita Tidur Mengiring Kekanan.

Published

on

Subhanallah… Inilah Sebabnya Kenapa Nabi Suruh Kita Tidur Mengiring Kekanan.

Islam merupaka agama yang sempurna. Setiap perilaku yang diajarkan pasti mempunyai kebaikan yang tersembunyi. Walaupun ada sesetengah perbuatan yang masih belum diketahui apa kebaikan disebaliknya, namun yakinlah bahawa ianya pasti ada kebaikan yang tersembunyi.

Berkaitan dengan cara tidur yang diajarkan oleh Nabi SAW, Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: Berbaringlah di atas rusuk kananmu. (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710). Satu diantara adab tidur yang dianjurkan adalah mengiring ke kanan, dan di sebalik sunnah Nabi ini ternata mempunyai hikmah yang besar untuk kesihatan manusia .

Inilah penjelasan 9 manfaat tidur mengiring ke kanan daripada segi perubatan.

1) Merehatkan otak kiri

Seperti kita tahu,otak manusia terbahagi kepada dua bahagian,iaitu bahagian kiri dan kanan. Otak sebelah kanan akan mengawal anggota badan sebelah kiri,manakala otak sebelah kiri akan mengawal anggota badan di sebelah kanan. Umumnya kita sering memakai organ sebelah kanan untuk makan,memegang atau mengangkat barang,maka otak kiri akan banyak berkerja. Apabila kita tidur mengiring sebelah kanan,otak sebelah kiri akan dapat berehat secukupnya sebelum meneruskan aktiviti seperti biasa untuk hari seterusnya.

2) Mengurangi tekanan jantung

Jantung terletak disebelah kiri dada manusia. Tidur mengiring sebelah kanan akan dapat mengurangi tekanan jantung untuk mengepam darah keseluruh badan,membantu pernafasan yang baik,merendahkan tekanan darah seterusnya dapat membantu seseorang mendapatkan tidur yang berkualiti. Sekiranya seseorang itu mengiring sebelah kiri,dada manusia akan terhimpit lalu mengakibatkan jantung menpunyai tekanan yang kuat untuk mengepam darah keseluruhan badan. Hal ini seterusnya akan mengakibatkan tekanan darah seseorang menjadi tinggi dan boleh menggangu kualiti tidur seseorang.Tapi awas,ini sangat bahaya kepada seseorang yang mempunyai masalah kesihatan jantung.

3) Merehatkan organ Esophagus

Hati manusia terletak dibahagian sebelah kiri. Apabila seseorang tidur tidur mengiring kesebelah kiri akan mengakibatkan masalah berkaitan dengan organ esophagus. Apabila seseorang tidur,sistem pengeluaran chime ( makanan yang telah diproses oleh esophagus akan bercampur dengan asid ) maka dengan ini akan menggangu sistem pengosongan esophagus.

4) Tingkatkan pengosongan kandung empedu dan pankreas

Ada aliran chime yang lancar bakal menyebabkan keluaran cairan empedu juga jadi tambah, hal semacam ini bakal mencegah pembentukan batu kandung empedu. Keluaran getah pancreas bakal jadi tambah dengan posisi mirin ke kanan.

5) Meningkatkan waktu penyerapan zat makanan

Saat tidur gerakan usus menigkat. Dengan posisi mengiring ke kanan, jadi perjalanan makan yang telah tercerna dan siap di serap bakal jadi lebih lama, hal semacam ini karena posisi usus kecil hingga usus besar ada dibawah.

6) Mempercepatkan sistem pencernaan buang air besar

Dengan tidur mengiring ke kanan, usus besar hingga ke bahagian dubur manusia akan lebih cepat dan mudah penuh.Apabila sudah penuh,ini akan mudah memudahkan seseorang untuk membuang air besar. Jika anda seseorang yang sering sembelit atau sukar membuang air besar,mungkin ini adalah salah satu jalan penyelesaian anda. Awas,sering sembelit dan tidak membuang air besar berhari-hari boleh mendatangkan banyak risiko penyakit.

7) Merehatkan kaki kiri

Seseorang yang bukan kidal, sering menggunkan anggota sebelah kanan akan menjadikan kaki kiri sebagai tongkat untuk menanggung beban badan sehinggakan kaki kiri kadang kala lebih rasa penat berbanding kaki kanan . Apabila tidur mengiring ke kanan,ini memberi ruang rehat untuk kaki kiri dan lenguh-lenguh di kaki juga akan cepat hilang.

8) Melindungi kesihatan paru-paru

Paru-paru kiri lebih kecil di banding dengan paru-paru kanan. Apabila tidur mengiring ke kanan, jantung bakal condong ke sebelah kanan. Hal ini tidak jadi persoalan karena paru-paru kanan makin besar. Lain tentang apabila bertumpu pada seb

9) Melindungi saluran pernafasan

Tidur mengiring menghindar jatuhnya lidah ke bawah yang dapat mengganggu saluran pernafasan. Tidur dengan posisi telentang, mengakibatkan saluran pernafasan terhalang oleh lidah. Yang juga mengakibatkan seseorang mendengkur. Orang yang mendengkur saat tidur menyebabkan badan kekurangan oksigen. Bahkan juga terkadang dapat mengakibatkan terhentinya nafas untuk beberapa detik yang bakal bangunkannya dari tidur. Orang itu biasanya bakal bangun dengan keadaan pening lantaran kurangnya oksigen yang masuk ke otak. Tentunya ini demikian mengganggu kualiti tidur.

Demikianlah kebaikan disebalik tidur mengiring ke kanan. Sungguh indah ajaran Islam yang penuh dengan kebaikan didalam setiap ajarannya. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada sidang pembaca sekalian.

Sumber : suaramedia via myinfomaya

Jangan lupa komen, share dan like page kami kalamindah

Continue Reading

KESIHATAN

ElaK Masalah Rabun Dan Kekalkan Kesihatan Mata Anda Dengan Tiga Cara Ini

Published

on

ElaK Masalah Rabun Dan Kekalkan Kesihatan Mata Anda Dengan Tiga Cara Ini

Ramai orang yang mempunyai masalah rabun penglihatan sebenarnya tidak suka untuk memakai cermin mata kerana bagi mereka memakai cermin mata akan kelihatan tidak cantik dan akan menambah kerosakan pada mata. Jadi tidak hairanlah jika ada diantara mereka yang tetap tidak memakai cermin mata.

Namun sebenarnya dewasa kini, teknologi perubatan semakin berkembang mengikut arus permodenan. Industri perubatan telah mempunyai tekologi yang canggih untuk merawat masalah mata seperti rawata Lasik, PRK dan sebagainya. Rawatan ini ternyata sangat berkesan untuk mengembalikan penglihatan yang jelas.

Walau bagaimanapun, tidak semuanya mampu menjalani rawatan surgeri la ser ini kerana kosnya adalah tinggi memakan lebih RM3000 hingga RM7000. penjagaan mata, mata rabun, penjagaan mata rabun, elak power spek meningkat, cara elak power spek meningkat, rawatan mata, senaman mata, rehatkan mata

Oleh itu, sebagai orang yang beragama, kita perlu yakin bahawa setiap penya kit ada penawarnya. Kalau tidak, takkanlah orang dulu-dulu boleh sembuh meskipun tiada teknologi moden kan?

Seperti yang dibincangkan dalam rancangan popular The Dr. Oz Show, kami kongsikan tiga cara untuk memulih di samping meningkatkan penglihatan dengan cara semula jadi. Orang yang tidak rabun pun boleh menggunakan cara-cara ini untuk mengekalkan kesihatan mata mereka!

1) Makan Untuk Penglihatan Yang Jelas

Pelihara mata anda melalui pemakanan. Mata memerlukan beberapa nutrien untuk berfungsi dengan baik. Vitamin A,C, E dan mineral seperti zink adalah nutrien asas untuk mata.

Makan banyak sayur berdaun hijau, kuning telur, lada benggala kuning, labu, ubi keledek dan lobak merah kerana ia mengandungi khasiat an tiok sida yang dapat mengelak keterjejasan yang disebabkan matahari.

Tahukah anda bahawa kajian mendapati mengambil sayuran warna kuning dan hijau dapat mengelak sebarang penyakit yang boleh sebabkan mata bu ta.

Bawang putih, bawang besar dan bawang merah pula mengandungi kandungan sulfur yang akan memelihara pembentukan katarak pada mata.
Beri biru, anggur secara tidak langsung mampu pulihkan penglihatan.

DHA iaitu sejenis asid lemak yang ditemui dalam ikan air sejuk seperti salmon, sardin, makerel dan kod pula boleh menyokong sel untuk menyumbang kesihatan pada mata.

2) Lakukan Senaman Mata

Senaman mata ringkas ini sekurang-kurangnya dapat mengekalkan penglihatan optimal. Lakukan senaman mata sejurus bangun tidur, sebelum tidur atau pada bila-bila masa ketika mata anda letih.

Tetapi pastikan jari anda bersih kerana mata mudah terkena jangkitan ku man. Lakukan setiap hari anda pasti dapat lihat kesannya dalam masa satu bulan!

  • Gosokkan tapak tangan anda untuk menghasilkan haba panas. Tekap tapak tangan pada kedua belah mata sambil mata ditutup selama 5 saat. Ulang sebanyak 3 kali.
  • Pusingkan bebola mata anda. Mulakan dengan mata pandang ke atas dan dengan perlahan putarkan ia sebanyak 10 kali mengikut arah jam.
  • Pegang pen pada aras bahu di hadapan anda. Fokuskan pandangan mata pada pen tersebut dan perlahan-lahan dekatkan pen sehingga ke bahagian batang hidung anda dan jarakkannya kembali ke posisi asal. Dekat dan jauhkan pen sebanyak 10 kali.
  • Urut penjuru dahi. Gunakan tulang sambungan ibu jari anda, tekan lembut penjuru dahi dan urut dalam gerakan membulat sebanyak 20 kali untuk arah jam dan 20 kali lagi untuk arah sebaliknya.
  • Ulang urutan di kawasan atas kening, di bawah mata dan di kedua belah penjuru sisi hidung.
  • Bersandar, pejam mata, relaks dan rehat selama 3 minit.

3) Peruntukan Waktu Rehat Mata

Dapatkan tidur yang cukup. Tidur akan membiarkan mata berehat sepenuhnya, membaiki dan memulih secara semula jadi kondisinya. Tidur yang tidak cukup hanya akan melemahkan penglihatan. Jadi, sila tidur 8 jam setiap malam.

Lebih-lebih lagi buat individu yang kerjanya perlu menghadap komputer setiap hari, sila cari sekurang-kurangnya 1 jam untuk alihkan pandangan mata anda ke tempat lain. Rehatkan penglihatan anda.

Jika mata anda terlalu penat, berasa perit dan tidak selesa, baring dan letakkan hirisan timun pada kelopak mata. Ia akan memberi sensasi kesejukan buat mata seterusnya melegakan kepenatannya.

Demikianlah beberapa tips yang boleh digunakan untuk menjaga mata kesihatan mata agar penglihatan anda sentiasa jelas dan baik. Sekiranya penglihatan anda sudah agak kabur, amalkan tips ini agar masalah mata anda tidak semakin teruk. Jangan lupa dapatkan rawatan doktor mata.

Sumber : nasihatpakcik via myinfomaya

Continue Reading

Trending