Ayah Meninggal Beberapa hari Sebelum Majlis Perkahwinan Adiknya. Apa Yang Dilakukannya bikin Netizen Sebak

Ayah Meninggal Beberapa hari Sebelum Majlis Perkahwinan Adiknya. Apa Yang Dilakukannya bikin Netizen Sebak

Upacara perkahwinan pastinya merupakan majlis yang ingin disambut dengan berbahagia bersama sama dengan semua ahli keluarga. Yang jauh pasti akan dtg utk meraikannya bersama. Namun sebagai manusia biasa, kita tidak mampu untuk menentang ketentuan Tuhan.

Seperti yang dikonsikan oleh seorang pengguna twitter dari Indonesia yang mendapat permintaan dari seseorang untuk mengedit gambar perkahwinan agar gambar ayahnya yang telah meninggal dunia dapat dimasukkan dalam gambar kahwin tersebut.

Dapat mesej minta pertolongan

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dari Indonesia apabila menerima mesej dari seorang pemuda yang meminta bantuan untuk mengedit gambar bapanya yang meninggal dunia beberapa hari menjelang hari pernikahan adiknya.

Dia meminta @pantungalimar untuk meletakkan wajah ayahnya agar dapat sama2 berdiri dengan pengantin diatas pelamin.

Ramai yang tampil bantu

Sehubungan dengan itu, pengguna Twitter tersebut telah menularkan mesej berkenaan dengan hasil editannya.

Menerusi laman komen pula, beberapa netizen juga tampil untuk membantu mengeditkan gambar keluarga mereka agar terlihat lebih jelas berbanding editan yang dilakukan.

Muat naik yang dibuat pada 3 April 2021 itu telah mendapat perhatian netizen apabila dikongsikan kembali lebih daripada 26 ribu RT dan 129 ribu tanda suka diruangan Twitter pantungalimar itu.

Semoga dengan gambar perkahwinan yang diedit akaun @pantungalimar dan warganet itu dapat mengubat kerinduan keluarga pengantin tersebut dengan sosok bapa mereka yang meninggal dunia beberapa hari sebelum majlis perkahwinan.

Sumber: @pantungalimar via borakdaily

ARTIKEL PILIHAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*