Connect with us

HIBURAN

(video) Bosan Menunggu Order Siap, Rider Nekad Tebar Sendiri Roti Canai Pelanggan

Published

on

(video) Bosan Menunggu Order Siap, Rider Nekad Tebar Sendiri Roti Canai Pelanggan

Zaman sekarang memesan makanan secara online sudah menjadi kegemaran ramai

Ia lebih memudahkan dan tidak perlu keluar untuk membelinya. Semuanya akan dihantar terus di depan rumah. Malah, pilihan makanan di dalam aplikasi juga sangat banyak.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang abang rider memasak sendiri kerana menunggu order di kedai telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video tersebut, kendengaran seorang lelaki berkongsi situasi semasa dia sedang berada di salah sebuah kedai makan.

Dia menunjukkan seorang rider foodpanda sedang memasak di kedai tersebut. Difahamkan, rider itu mengambil keputusan memasak sendiri kerana telah lama menunggu order.

lihat video

Dengan muka yang selamba, lelaki itu juga kelihatan seperti mahir dan sudah biasa memasak makanan di kedai itu.

“Your rider are preparing your food” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut turut terhibur melihat gelagat rider itu. Malah, ramai yang memberikan pendapat mereka masing-masing mengenainya.

sumber: says

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

HIBURAN

(video) Awek Buat Hal Tepi Jalan, Tindakan Lelaki Ini Buat Ramai Tergelak

Published

on

(video) Awek Buat Hal Tepi Jalan, Tindakan Lelaki Ini Buat Ramai Tergelak

Lumrahnya, perselisihan faham di dalam hubungan cinta itu adalah perkara yang biasa. Semakin lama hubungan itu, semakin banyak perangai pasangan kita yang dapat dilihat baik yang elok ataupun tidak elok.

Tambahan pula jika mendapat pasangan yang manja dan sering inginkan perhatian sepanjang masa, para lelaki haruslah pandai mengawal situasi jika bergaduh dengan mereka.

Namun, baru-baru ini tular sebuah rakaman memaparkan sepasang kekasih bergaduh di tepi jalan telah mencuri tumpuan ramai di TikTok.

lihat video

Ingatkan motor habis minyak, rupa-rupanya tengah pujuk awek. Menerusi perkongsian video daripada @myname_myme, kelihatan lelaki itu sedang mengheret motornya di tepi jalan.

Pada awalnya, si perakam ingatkan motor lelaki itu kehabisan minyak. Rupa-rupanya bila dilihat, lelaki tersebut sedang memujuk kekasihnya yang merajuk.

Lebih menarik perhatian, setelah penat melayan kerenah kekasihnya, lelaki berkenaan akhirnya mengambil tindakan untuk mengangkat gadis itu ke atas motor secara paksa.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat cara lelaki itu menyelesaikan masalahnya. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka.

sumber: says

Continue Reading

HIBURAN

(video) Kebolehan Adik Ini Berbahasa Arab Buat Netizen Rasa Kagum

Published

on

(video) Kebolehan Adik Ini Berbahasa Arab Buat Netizen Rasa Kagum

Bukan senang untuk menguasai bahasa asing. Bahasa Inggeris pun susah nak fasih, inikan pula bahasa Arab.

Baru-baru ini tular kembali pautan video tentang seorang budak lelaki yang fasih berbahasa Arab di Langkawi. Video tersebut dirakam dan dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, Munirdinie.

Perkongsian video berkenaan budak hebat dari Langkawi ini telah mendapat 304K tontonan

Ikuti pengalaman berharga munirdinie bersama budak fasih berbahasa Arab ini.

“Saya datang sebagai pelancong je dan waktu tu saya dilayan oleh seorang lagi pekerja di situ. Cuma waktu tu saya perasan adik tu cakap dalam bahasa asing sebab tu saya pun datang menghampiri dia dan mula merakam video adik tu.”

Apa yang menarik, budak lelaki itu bukan sahaja boleh bersembang santai dengan pasangan pelancong asing tersebut, bahkan dia juga turut melawak dalam bahasa Arab.

Video yang dikongsi munirdinie turut mendapat perhatian netizen. Rata-rata berasa kagum dengan kebolehan adik itu bertutur dalam bahasa asing.

sumber: mysumbermaya

Continue Reading

HIBURAN

(video) Rakaman Mat Salih Santai Pakai Sarung Kain Batik Dan Selipar Ketika Konferensi Raih Perhatian Ramai

Published

on

(video) Rakaman Mat Salih Santai Pakai Sarung Kain Batik Dan Selipar Ketika Konferensi Raih Perhatian Ramai

Kain batik dianggap sebagai simbolik kepada personaliti wanita Melayu yang sopan dan klasik. Sehingga kini, ‘tradisi’ memakai kain batik masih lagi dikekalkan dan menjadi ‘kegilaan’ ramai.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu video yang memaparkan seorang ‘mat saleh’ yang memakai kain batik ketika sedang melakukan konferensi secara maya.

Lebih menghiburkan adalah apabila dia dilihat menggayakan kain batik tersebut dengan blazer dan selipar.

lihat video

Merupakan seorang ahli perniagaan dan personaliti TV yang berasal dari Kanada, Kevin O’Leary dilihat sangat santai semasa duduk bercakap mengenai masalah kewangan.

Namun, menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai yang lebih tertarik dan fokus melihat kain batik biru yang dipakai olehnya.

Sumber: Kevinolearytv via siakapkeli

Continue Reading

Trending