Connect with us

PENGAJARAN

(video) Buang Sampah Sesuka Hati, Pemandu Terima ‘Pengajaran’ Dari Wanita Ini

Published

on

(video) Buang Sampah Sesuka Hati, Pemandu Terima ‘Pengajaran’ Dari Wanita Ini

Membuang sampah sesuka hati merupakan satu tindakan kurang bijak yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat yang tidak beretika.

Lebih-lebih lagi membuang sampah di kawasan awam seperti ketika menunggu lampu isyarat bertukar warna. Ia pastinya satu tindakan biadap dan sudah tentu mencemarkan kebersihan kawasan sekitar.

Hal ini dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @sitisitieliza apabila memuat naik video menghampiri seorang pemandu kereta yang sesuka hati mencampakkan sampah ke luar tingkap kereta ketika menunggu lampu isyarat.

Kutip balik sampah yang dibuang

Wanita tersebut bertindak mengutip sampah yang dibuang dan memberikan semula kepada pemandu kerana individu tersebut sudah dua kali melakukan hal sama ketika di lampu isyarat berkenaan.

“Jenis bebal! kereta besaq otok kecek! padan muka hang! tu sampah kedua hang buang tau dak? 1st sebelum hang buang tu aku tengok ja. Ingat tak buang dah. Ehhh hang buang 1 lagi rilek ja nohhh. bodo piang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

lihat video

Kita perlukan orang macam akak

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ruangan komen TikTok @sitisitieliza telah menerima pelbagai komen daripada warganet.

Rata-rata daripada mereka menyokong tindakan pengguna TikTok itu bagi memberi kesedaran kepada pemandu tidak bertanggungjawab tersebut.

Sumber: TikTok @sitisitieliza via ohmymedia

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PENGAJARAN

Sambutan Hari Jadi Bertukar Tragedi. Anak 6 Tahun Dihanyutkan Ombak. “Maafkan Ayah Nak”

Published

on

Sambutan Hari Jadi Bertukar Tragedi. Anak 6 Tahun Dihanyutkan Ombak. “Maafkan Ayah Nak”

PORT DICKSON – Kegembiraan sebuah keluarga menyambut hari keIahiran berakhlr tragedl apabila saIah seorang daripada mereka mninggaI dunia selepas Iemas di Pantai Seaview, Tanjung Gemuk, di sini petang tadi.

Mngsa, Muhammad Nurmubien Muhammad Miqdam, 6, ditemukan angg0ta penyeIamat dalam jarak 10 meter dari persisiran pantai tersebut kira-kira jam 6.40 petang sebelum diberikan bntuan pernfasan.

Mngsa bagaimanapun disahkan mninggaI dunia di Hspital Port Dickson.

Bapa mngsa, Muhammad Miqdam Bahtiar, 36, berkata, ketika kejadian dia dan keluarga baru sahaja meraikan sambutan uIang tahun seorang lagi anaknya yang berusia tiga tahun.

“Kami sekeluarga sampai pada jam 3 petang di pantai bagi menyambut hari keIahiran anak saya yang ketiga. Selepas makan, anak-anak saya duduk di tepi pantai untuk bermain air dan saya ada berpesan agar mandi di tepi pantai sahaja.

“Kejadian berlaku agak pantas, tldak sampai beberapa minit, saya lihat anak saya sudah berada di Iaut. Saya cuba berenang untuk mendapatkan anak saya namun tldak smpat kerana 0mbak agak kuat.

“0mbak terlalu kuat dan menoIak, dan saya juga hampir Iemas namun smpat berpa.ut pada batu,” katanya ketika ditemui di Hspital Port Dickson hari ini.

Menurut Muhammad Miqdam, ketika kejadian, terdapat orang awam yang turut berenang untuk menyeIamatkan anaknya.

“Terdapat orang awam yang membantu namun terpksa berpaut ke tepi batu kerana 0mbak kuat. “Selepas agensi penyeIamat datang mereka menjumpai anak saya terapung,” katanya.

Dalam pada itu, dia memberitahu, reda dengan kejadian tersebut dan menerimanya sebagai ketentuan tkdir. Katanya, jnazah anaknya itu akan dibawa ke rumahnya di Taman Nusari Bayu 1, Bandar Sri Sendayan, Seremban malam ini.

Salam tkziah. Semoga keluarganya k.uat dan tbah. Damailah disana anak syurga. Al fatihah

Sumber: K! ONLINE via dbongkar

Continue Reading

PENGAJARAN

(video) Buang Sampah Sesuka Hati, Doktor Gigi Bagi Pengajaran ‘Padu’ Kepada Pemandu Myvi

Published

on

(video) Buang Sampah Sesuka Hati, Doktor Gigi Bagi Pengajaran ‘Padu’ Kepada Pemandu Myvi

Sejak semakin banyak daerah serta negeri mula masuk ke Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 dan 3, jalan raya sudah kembali sesak semula dengan kehadiran kenderaan-kenderaan. Sekaligus, menyebabkan orang ramai terpaksa menghadapi kesesakan lalu-lintas semasa waktu puncak.

Baru-baru ini tular satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki turun daripada kenderaan untuk ‘mengajar’ pemandu Myvi yang membuang kotak rokok di atas jalan raya semasa terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas menunggu lampu isyarat merah.

Menurut lelaki ini yang merupakan seorang doktor gigi, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 6 petang. Beliau ternampak pemandu di dalam kereta Myvi berwarna oren yang sudah ‘modified’ dengan selambanya membuang keluar kotak rokok daripada kereta tersebut.

Oleh kerana beliau berasa ‘kurang senang’ dengan tindakan pemandu Myvi tersebut, beliau segera keluar dari kenderaannya lalu mengutip kotak rokok di atas jalan raya tersebut.

Kemudian, beliau memasukkan semula kotak rokok itu ke dalam kereta Myvi sambil memberikan sedikit ‘pesanan’ kepada pemandu tersebut.

Video yang berdurasi sekitar 20 saat itu telah mendapat ratusan perkongsian serta komen daripada netizen yang memberikan sangat bersetuju dengan tindakan spontan doktor tersebut.

Rata-rata orang ramai memuji doktor itu kerana berani menegur perbuataan pemandu Myvi terbabit yang kurang bertanggungjawab terhadap kebersihan jalan raya awam.

Semoga video ini menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan jalan raya bersama-sama agar tidak menyukar pihak lain yang terpaksa membahayakan diri mereka untuk membersihkan sampah-sarap di atas jalan raya.

sumber: thevocket

Continue Reading

PENGAJARAN

(video) Netizen Pelik Lihat Penunggang Motosikal Rempuh Myvi Secara Tiba-tiba

Published

on

(video) Netizen Pelik Lihat Penunggang Motosikal Rempuh Myvi Secara Tiba-tiba

Semua orang pasti cukup kenal dengan kawasan jalan ini, rasanya sudah lebih 10 kejadian kemalangan sudah terakam menggunakan CCTV berkualiti tinggi di Jalan Kampung Sireh, Kota Bharu yang telah melibatkan pelbagai jenis kenderaan.

Pada petang semalam, seorang penunggang motosikal dirakam merempuh sebuah Perodua Myvi yang diletakkan berhadapan kawasan kedai tepi jalan. Keadaan lelaki tersebut kelihatan agak teruk kerana setelah melanggar kereta, dia terus terpelanting dan mukanya terseret di atas jalan raya.

CCTV berkualiti tinggi itu bukan sahaja berjaya merakam kejadian yang terjadi, bahkan dapat menangkap bunyi kuat ketika penunggang motosikal melanggar kereta Myvi tersebut.

Rakaman video CCTV itu telah mencuri perhatian orang ramai yang hairan dengan situasi tersebut. Rata-rata semua orang berasa pelik mengapa lelaki tersebut merempuh kereta tersebut.

Ada memberi pendapat bahawa penunggang motosikal itu menghadapi microsleep kerana terlalu penat atau sleep apnea (masalah kesukaran tidur pada waktu malam) sehingga menyebabkan dia gagal mengawal kenderaannya.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa tempat tersebut agak ‘keras’ kerana kerap berlaku kemalangan di lokasi yang sama.

Sejurus lelaki tersebut terjatuh, kelihatan orang ramai yang berada di kawasan berhampiran segera meluru ke arahnya untuk melihat keadaan serta memberikan rawatan awal.

Semoga penunggang motosikal tersebut cepat pulih sediakala dan dapat berbincang dengan pemilik Myvi untuk menyelesaikan dengan baik mengenai kerosakkan kereta tersebut.

Orang ramai berasa kasihan melihat seorang penunggang motosikal terjatuh untuk mengelak daripada melanggar Myvi yang secara tiba-tiba mengubah laluan simpang. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

sumber: thevocket

Continue Reading

Trending