Connect with us

INSPIRASI

Nasihat ‘Padu’ Khabib Kepada Peminatnya. “Ada sebab kenapa kita ada di sini…. Berapa lama saya akan hidup?”

Published

on

Nasihat ‘Padu’ Khabib Kepada Peminatnya. “Ada sebab kenapa kita ada di sini….. Berapa lama saya akan hidup?”

Selain ketangkasan dan kecekapannya beraksi di atas gelanggang, imej Khabib sebagai seorang Muslim yang warak, bersih dan merendah diri telah menyebabkan jutaan peminat menghormati dan menjadikannya sebagai idola.

Nama Khabib Nurmagomedov semakin popular selepas kemenangannya ke atas Conor McGregor. Walaupun telah menjadi ‘superstar’, tidak ramai yang mengetahui tentang kehidupan peribadi Khabib.

Menariknya tiada apa yang istimewa tentang aktiviti seharian Khabib ketika tiada sebarang perlawanan atau latihan.

Beliau hanya meluangkan masa bersama isteri, anak dan ibu bapanya di sebuah apartment di Russia di samping tidak melupakan ibadah dan juga mendengar muzik Rusia.

Sebagai seorang Muslim, Khabib telah memberikan nasihat yang cukup bermakna dan jitu buat para peminatnya di luar sana.

Menurut beliau, dia harus menjadi idola yang baik buat remaja Muslim di luar sana dan tidak menunjukkan contoh yang boleh memalukan agama Islam. Kata Khabib:

Kamu pergi ke masjid sebab tiada sesiapa pun yang sempurna. Semua buat silap dan mesti mohon keampunan dengan Allah. Kita harus bersikap jujur dan ia adalah perkara paling penting dalam hidup. Saya lihat Nate Diaz menghisap ganja dalam TV. Saya tak mahu anak-anak saya hisap ganja.

Ada sebab kenapa kita ada di sini. Saya tak hisap rokok dan minum. Bukan kerana saya jaga kesihatan untuk kerjaya sukan tetapi kerana saya Muslim. Saya ada keluarga, anak, kawan dan kerjaya. Saya dah umur 30. Berapa lama saya akan hidup?

Saya tak nak hidup gila-gila. Saya percaya apabila meninggal, Allah akan tanya segala perbuatan saya.

Memang ternyata Khabib bukan sahaja hebat sebagai seorang pejuang di gelanggang, malah begitu hebat sahsiah dan peribadi sebagai seorang Muslim.

Sikap merendah diri dan sentiasa mengingati mati ini haruslah kita semua contohi, tanpa mengira pangkat, bangsa dan usia. Terima kasih Khabib atas nasihat yang berguna ini. Semoga terus maju jaya.

sumber: mysumbermaya

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INSPIRASI

(video) “Masuk masjid dalam keadaan ramai orang, takde escort, takde apa-apa keistimewaan”

Published

on

(video) “Masuk masjid dalam keadaan ramai orang, takde escort, takde apa-apa keistimewaan”

Perkongsian seorang individu di TikTok dengan menggunakan username @rahimazhari menarik perhatian netizen apabila berkongsi foto dipercayai seorang sosok terhormat sedang mendirikan solat di Masjid Putrajaya yang difahamkan tanpa pengiring.

Nak tanya semua, kenal tak siapa dalam gambar ni? Tadi saya solat Jumaat di Masjid Putrajaya, saya nampak sosok tubuh ni dia masuk masjid, mula-mula saya tak perasan siapa dia, tapi bila dia bentang sejadah, dalam hati saya, ish Ya Allah…Ini dia.

Lama saya tengok. Betul dia…Pemimpin tertinggi di negara kita, antara yang tertinggi masuk masjid dalam keadaan ramai orang, takde escort, takde apa-apa keistimewaan…

lihat video

Menjengah komen pada post yang sama, segilintir netizen berpendapat sosok itu adalah Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Ismail Sabri.

Salah seorang pengguna juga berkongsi gambar Dato’s Sri Ismail Sabri yang mengenakan sepasang baju melayu berwarna biru dengan songkok berwarna hitam, persis seperti gambar yang diambil

Diruang komen yang sama, rata-rata netizen memuji dan kagum dengan perilaku tersebut.

Sumber: TikTok @rahimazhari via siakapkeli

Continue Reading

INSPIRASI

(video) Bimbang Masjid Dibiarkan Tanpa Ibadah, Imam Muda Ini Sanggup Berenang Utk Azan Dan Tunaikan Solat Di Masjid

Published

on

(video) Bimbang Masjid Dibiarkan Tanpa Ibadah, Imam Muda Ini Sanggup Berenang Utk Azan Dan Tunaikan Solat Di Masjid

Biarpun kawasan sekitar ditengg3lami air, lelaki ini s4nggup berenang untuk laung azan dan tnai solat di masjid. Awal bulan lalu, tular satu video yang memperlihatkan seorang lelaki muda menyeberangi sungai dengan cara berenang.

Semasa ditanya, rupa-rupanya beliau menyeberangi sungai untuk melaungkan azan dan menunaikan solat di masjid selepas banjir me.lan.da su.su.lan ri.but Gu.lab.

Hafiz Moinul Islam yang merupakan imam muda di wilayah Sathkira, Bangladesh menceritakan sudah dua minggu beliau berenang untuk ke masjid yang mana laluannya ditenggelami air.

Bimb4ng rumah suci itu dibiarkan tanpa ibadah, Hafiz akan menaiki bot untuk ke masjid, namun sekiranya tiada bot beliau akan berenang.

Semuanya demi memastikan bahawa masjid berkenaan terus hidup.

“Oleh kerana ini adalah masjid, saya tidak dapat meningg4lkannya. Sehingga hari ini, saya telah melaungkan azan dan bersolat di sana demi Allah.”

Menurut Hafiz, kadang-kadang ada seorang atau dua orang jemaah di sana. Bagaimanapun, lima daripada solat yang ditunaikan, beliau hanya bersendirian.

sumber: online.diariviral

Continue Reading

INSPIRASI

(video) Jaga Sendirian Sejak Umur 8 Bulan, Bapa Tunggal Gigih Melayan Kehendak Puteri Tersayang.

Published

on

(video) Jaga Sendirian Sejak Umur 8 Bulan, Bapa Tunggal Gigih Melayan Kehendak Puteri Tersayang.

“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.” Begitulah kisahnya mengenai bapa tunggal ini yang cekal membesarkan satu-satunya anak perempuan yang berusia empat tahun sembilan bulan.

Video memaparkan Ilyas Farid Mohamad yang sedang menata rias anaknya, Rania Fariya turut tular sehingga meraih ratusan ribu tontonan menerusi aplikasi TikTok.

video: @farismohamed_91,

Bercerita kepada mStar, lelaki berusia 30 tahun yang bekerja dalam bidang Hospitaliti itu mengakui terkejvt ketika kali pertama video dia dan anaknya tular dan meraih perhatian ramai.

“Saya berkongsi video di TikTok untuk disimpan sebagai kenangan. Kebetulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masing-masing bosan. Selain itu, saya juga nak tunjukkan aktiviti yang boleh dibuat oleh bapa tunggal.

“Biasanya kita tengok ibu tunggal dengan anak saja. Apabila video pertama kami viral dan meraih hampir sejuta tontonan, saya memang terkejvt.

“Baca komen-komen netizen, saya pun makin terharu. Saya tengok ramai yang doakan kami, terus rasa hari saya lebih bermakna dan bersemangat,” ujarnya.

Faris rajin melayan kehendak puteri tunggalnya yang gemar bersolek.

Mesra disapa Faris, dia yang menetap di Kota Tinggi, Johor mendedahkan sudah berpisah dengan isterinya pada tahun 2017.

Tambah Faris, puteri sulung yang senang disapa Rania itu berada dalam jagaannya sejak berusia lapan bulan dan disifatkan sebagai anak yang baik dan tidak pernah menyusahkan dirinya.

Saya nak beri inspirasi kepada bapa tunggal atau ibu tunggal supaya tabah dan fokus 100 peratus terhadap anak.

“Tak susah nak jaga Rania. Saya dengan ibunya juga masih baik dan kami banyak bertolak ansur demi Rania. Dia tak pernah menyusahkan saya sejak kecil sehinggalah ke hari ini.

“Rania seorang yang banyak cakap. Pada masa sama, dia suka bergaul dengan orang dewasa. Jadi, pemikirannya lebih matang berbanding usia sebenar. Rania juga sudah dihantar ke tadika sejak usia tiga tahun dan bercita-cita untuk jadi angkasawan suatu hari nanti,” ujar Faris lagi.

Menurut Faris, dia bukanlah seorang yang mahir mengenai bab fesyen mahupun solekan, namun mempelajari semua kemahiran itu demi melunaskan tanggungjawabnya sebagai bapa.

Faris berharap video yang dikongsi dapat memberi inspirasi kepada golongan ibu atau bapa tunggal yang lain.

Tambah Faris, dia juga mahu memberi inspirasi kepada golongan ibu bapa di luar sana yang sudah berpisah dengan pasangan masing-masing agar tidak leka dalam memberikan yang terbaik buat anak-anak.

“Bab mekap dan tudung misalnya, saya kurang berminat. Tambahan pula saya sibuk dengan kerja. Tapi anak saya suka berhias, dia suka tengok benda cantik. Sebagai bapa, saya layankan saja.

“Saya nak beri inspirasi kepada bapa tunggal atau ibu tunggal supaya tabah dan fokus 100 peratus terhadap anak. Apa yang kita tak tahu, kita kena belajar demi anak.

Video dua beranak ini meraih ratusan ribu tontonan di TikTok.

“Selagi mampu, saya cuba buat yang terbaik untuk dia. Selain itu, ia juga merupakan tanggungjawab saya. Susah atau senang, saya tetap kena buat.

“Dulu selalu tak jadi ketika pakaikan tudung untuk Rania. Tapi saya berlatih sampai boleh. Mula-mula dulu memang susah.

“Rania pula suka layan YouTube, tengok tutorial mekap dan tudung. Saya sebagai ayah kena sentiasa pantau apa yang dia tengok. Jadi, saya tumpang tengok sekali,” ujarnya berseloroh.

Sumber : mStar , @farismohamad_91 via trendinggiler

Continue Reading

Trending