Connect with us

Uncategorized

(video) Bercakap Dgn Dialek Yang Istimewa, Nenek Sopan dan Ayu Ini Dapat Pujian Ramai

Published

on

(video) Bercakap Dgn Dialek Yang Istimewa, Nenek Sopan dan Ayu Ini Dapat Pujian Ramai

Meskipun masyarakat Melayu kaya dengan bahasa serta dialek yang cukup unik mengikut faktor geografi, namun kebanyakan generasi muda masa kini lebih gemar ‘merojakkan’ bahasa. Budaya tersebut agak normal memandangkan kini sudah menjadi bahasa pertuturan harian.

Namun sedarkah anda bahawa percampuran Bahasa Melayu dan Inggeris sebenarnya meletakkan identiti bangsa kita di hujung tanduk? Malahan saban hari, penghargaan masyarakat terhadap Bahasa Melayu semakin meniipis.

Dialek Melayu Pattani tanpa pengaruh bahasa Thailand

Namun melalui sebuah perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twiitter nazirshahmhd, seorang warga emas menjadi perhatian kerana masih menuturkan dialek yang semakin ditelan zaman. Menuturkan dialek Melayu Patani dengan lancar, nenek yang bertudung putih berkenaan sempat menceritakan serba sedikit mengenai kehidupannya pada zaman penjaajahan Jepun.

Umur 90 tahun tapi nampak sangat ayu

Selain tertarik dengan keunikan bahasa asli berkenaan, nampaknya netizen mula menyedari kecantikan awet muda yang dimiliki oleh warga emas ini. Walaupun umurnya sudah 92 tahun, namun dia masih kelihatan sihat tubuh badan dan mampu memberikan senyuman manis sewaktu berkongsikan cerita hidupnya.

Mesti masa muda dia lawa kan

Ketika warga emas lain mungkin sudah nampak lebih tua kerana semakin dimamah usia, namun netizen pula menyifatkan hakikat sebaliknya setelah melihat Mok Kak Ngoh. Ada juga yang berpendapat bahawa dia sebenarnya seorang rupawan ketika muda dahulu. Tidak ketinggalan, mereka sempat membandingkan nenek ini dengan diri mereka.

Sumber : Twiitter Munshi dan Zhafri via imuslimnetwork

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

“Dah S4k1t 10 Tahun, Lebih 20 Kali Kem0terapi, 30 Kali Radi0ter4pi. Jika anda ingin membantu, bantu dari segi perbuatan. Bukan comment dan complain. Rosak jiwa saya,” Luahan Hati Elyana

Published

on

“Dah S4k1t 10 Tahun, Lebih 20 Kali Kem0terapi, 30 Kali Radi0ter4pi. Jika anda ingin membantu, bantu dari segi perbuatan. Bukan comment dan complain. Rosak jiwa saya,” Luahan Hati Elyana

Pelakon dan penyanyi, Elyana meluahkan perasaan susulan ujian yang dihadapinya ketika ini. Menurut Elyana, dia meminta sokongan ramai, bukan mengkr1tik kerana ia hanya mer0sakkan jiwanya.

“Kalau boleh memang saya nak makan healthy food, fresh, real food, sayur, buah, no sugar, exercise, makan suppliment itu dan ini. Saya dah sak1t 10 tahun. Lebih 20 kali chem0, lebih 30 kali radi0teraphy.

“Apa yang saya tak pernah lakukan? Diet? Pantang? Makan ubat? Rebus daun? Berubat semua ceruk saya pergi. “Tapi… jika kamu jadi saya, baru kamu tahu apa alasan saya. Beza kalau kita ni pernah jaga orang yang sak1t dengan kita yang sedang mengalami dan berperang dengan sak1t lain…

“Jika anda ingin membantu, bantu dari segi perbuatan. Bukan comment dan complain. Rosak jiwa saya,” tulisnya menerusi satu entri yang dikemas kini di Instagram buat tatapan umum.

Meneruso fotonya yang dirakam bersandar lemah pada sofa, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut akui bukan satu perkara mudah buat pes4kit sepertinya untuk menjaga orang lain, termasuk diri- sendiri.

“Saya tiada yang bantu untuk menjaga saya. Malah saya yang harus menjaga orang lain. Saya tak complain just nak bagitau. Saya bukan ada superpower. Saya pun manusia biasa. Nak jaga diri sendiri pun tak ada masa.

“Tak campur lagi struggle saya yang tak ada selera nak makan nak minum, munt4h, nak bercakap. Tump4h darah bertahun-tahun, nak duduk, nak berjalan, nak jaga keluarga, nak cari duit, nak berfikir, tak boleh tidur, nak selalu tersenyum depan anda.

“Berat… terlalu berat. Kamu tak akan dapat memahami selagi kamu sendiri tidak pernah merasai sendiri,” tulisnya lagi.

Sekadar informasi, Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal menghidap k4nser limf0ma tahap empat sejak 2011 lalu. Kali pertama dia mendedahkan mengenai peny4kit yang dialaminya itu adalah menerusi konsert Gegar Vaganza musim keempat yang disertainya.

Sumber: MH via trendinggiler

Continue Reading

Uncategorized

(video) SubhaanAllah… Hujan Turun Pada Sebuah Kereta Sahaja Dan Tidak Pada Tempat Lain

Published

on

(video) SubhaanAllah… Hujan Turun Pada Sebuah Kereta Sahaja Dan Tidak Pada Tempat Lain

Fenomena hujan yang hanya membasahi satu kawasan kecil saja sememangnya sering berlaku. Namun, hujan yang melanda di Indonesia ini membuatkan orang ramai bingung kerana ia hanya membasahi sebuah kereta di parkir. Video mengenai kejadian itu telah tular di negara tersebut sejak minggu lalu.

Mendedahkan mengenai punca kejadian itu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisia (BMKG) telah menjelaskannya berdasarkan pemantauan keadaan cuaca. Menurut BMKG, ketika ianya berlaku, awan yang membentuk hujan sememangnya hanya tertumpu di Cikarang sahaja.

“Berdasarkan hasil pemantauan dari citra radar BMKG pada 31 Oktober lalu, memang menunjukkan bahawa terdapat awan hujan di wilayah Cikarang dan sekitarnya,” ujar pegawai BMKG.

Tambahnya lagi, hujan yang turun itu juga berlaku dalam tempoh yang singkat. Ia fenomena yang biasa terjadi. Bagaimanapun, BMKG juga mengatakan bahawa perlunya ada kajian khusus mengenai peristiwa tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Uryan Riana (@uryanriana)

“Hal tersebut biasa terjadi, tetapi perlu dikaji lagi apakah ia benar-benar disebabkan oleh hujan atau hal lain,” katanya.

Menurut Detik News, kejadian aneh itu telah berlaku di tempat parkir sebuah hotel di Cikarang pada minggu lalu.

Ketua Fraksi PKS DPRD Kabupaten Bekasi, Uryan Riana, yang merakam kejadian itu mengatakan bahawa dia terkejut saat melihatnya ketika keluar dari sebuah acara.

“Acara belum selesai, saya turun menuju parkir untuk pergi ke kereta. Tetapi ketika itu ada fenomena aneh luar biasa berlaku iaitu sebuah kereta berwarna hitam dibasahi air hujan,” kata Uryan kepada Detik News.

Menerusi video yang dirakamnya, kelihatan beberapa buah kenderaan lain yang turut berada di situ tetapi hanya kereta hitam itu sahaja yang terkena air hujan.

Sumber: Detik News via siakapkeli

Continue Reading

Uncategorized

(video) 8 Tahun Menanti Cahaya Mata Yang Tak Kunjung Tiba, Wanita ‘Masukkan’ Bantal Ubati Kerinduan

Published

on

(video) 8 Tahun Menanti Cahaya Mata Yang Tak Kunjung Tiba, Wanita ‘Masukkan’ Bantal Ubati Kerinduan

Setiap pasangan suami isteri pasti akan menanti kehadiran anak sebagai pengikat kebahagian rumah tangganya. Namun, tidak semua pasangan bertuah untuk dapat anak selepas berkahwin. Ada pasangan suami isteri sudah cuba pelbagai jenis perubatan dan ikhtiar namun rezeki masih tidak memihak kepada mereka.

Melalui akaun Tiktok AnggunAp, kelihatan seorang wanita dengan sengaja memasukkan bantal pada bahagian perut. Tujuan wanita itu berbuat demikian kerana ingin merasai bagaimana perut ibu mengandung.

Menurut video yang dipaparkan, wanita itu sudah 8 tahun menanti kehadiran cahaya mata tetapi masih tiada rezeki. Kadang sengaja masukkan bantal ke perut biar boleh rasakan bagaimana perut wanita hamil. Ya Allah lapan tahun menunggu.

lihat video

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai warganet turut tersentuh dan ada juga yang mendoakan wanita itu segera hamil. Ada juga pejuang garis dua saling yang memberikan kata-kata semangat dan mendoakan wanita tersebut.

sumber: siakapkeli

Continue Reading

Trending