Connect with us

GLOBAL

(video) Ribuan Burung Pipit Jatuh Secara Tiba2, Fenomena Aneh Ini Mungkin Disebabkan Perkara Ini…

Published

on

(video) Ribuan Burung Pipit Jatuh Secara Tiba2, Fenomena Aneh Ini Mungkin Disebabkan Perkara Ini…

Sejumlah ribuan burung pipit didakwa gugur ke Bumi ‘menghujani’ sebuah kawasan tanah perkuburan di Banjar Sema Pring, Bali pada Khamis baru-baru ini.

Fenomena aneh tersebut disaksikan oleh seorang penduduk, Kadek Sutika yang ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke rumah kawannya sekitar pukul 8 pagi.

Jelas Kadek, yang anehnya ketika itu, hujan turun dengan lebat secara tiba-tiba sebelum disusuli kejadian ribuan jumlah burung pipit yang jatuh dari udara.

“Saya tengok kat kawasan kubur, ramai budak kecil dah ambil burung-burung tu. Saya lihat ada banyak burung kat bawah pokok, ada yang mati, ada yang masih hidup.

“Banyak sekali yang jatuh dan mati, jumlahnya lebih seribu,” katanya, memetik laporan Kompas.

Dalam pada itu Kadek berkata, burung-burung tersebut sering bertenggek di atas dua batang pokok berhampiran dengan tanah perkuburan itu sejak lima hari sebelumnya.

Sementara itu, fenomena aneh tersebut dimaklumi Ketua Jabatan Kesihatan Haiwan Wilayah Gianyar, Made Santiarka dan beliau mengesahkan bahawa jenis burung berkenaan ialah pipit.

Difahamkan, sejumlah bangkai burung pipit itu telah dibawa ke makmal sebagai sampel bagi tujuan diagnosis dan siasatan selanjutnya.

Made berpendapat, antara punca kejadian adalah kerana faktor cuaca yang ekstrim iaitu hujan lebat dan angin kencang hingga burung berkenaan tidak mampu bertahan sebelum lemah dan terjatuh.

“Kerana hujannya terlalu lebat, kan jelas ada tekanan udara yang rendah. Dengan rendahnya tekanan udara ini (maka) burung-burungnya enggan lari (selamatkan diri).

“Mereka bertahan saja, diam dan basah kuyup. Itu menyebabkan mereka sakit dan mati dan memang kekuatan burung itu berbeza dengan kekuatan lainnya,” katanya.

Jelas Made, cuaca ekstrim yang dimaksudkan adalah tempoh peralihan musim dari musim kemarau ke musim hujan lebat yang melewati kini.

Bagaimanapun difahamkan, masih ada sejumlah burung pipit itu yang berjaya bertahan hidup kerana dapat sinaran cahaya matahari selepas kejadian tersebut.

Dalam masa sama, Balai Konservasi dan Sumber Daya Alam Bali mengesahkan, punca sebenar kejadian belum dapat dikenal pasti dan masih dalam siasatan pihak mereka.

Sumber: Kompas via siakapkeli

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GLOBAL

(video) ‘Dijemput’ Ketika Sujud. Semoga ‘husnul khotimah’ Untukmu Saudara..

Published

on

(video) ‘Dijemput’ Ketika Sujud. Semoga ‘husnul khotimah’ Untukmu Saudara..

Antara impian seorang muslim sejati adalah hendak m4ti dalam keadaan husnul khotimah atau pemergian yang baik. Kalau boleh hendak dipanggil pergi dalam keadaan bersih dari dosa, apatah lagi bila dapat pergi dalam keadaan sedang beribadah kepada Allah SWT.

Pemergian seorang lelaki ini pasti akan membuat ramai cemburu. Menerusi sebuah perkongsian rakaman video di instagram Ilmfeed, kelihatan seorang lelaki yang dipercayai pekerja dari Mesir sedang solat di tempat kerjanya.

Pada rakaat pertama solat dilaksanakan seperti biasa, namun pada sujud rakaat seterusnya kelihatan lelaki tersebut tidak dapat bangun sebelum tertiarap dan men1nggal dunia.

Subhanallah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para solihin yang mulia dan syuhada’. Berikut rakaman video tersebut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IlmFeed (@ilmfeed)

Sumber : Instagram Ilmfeed via mypendidik

Continue Reading

GLOBAL

Pernah Timbulkan Kem4rahan Umat Islam, Pelukis Gambar Nabi Terk0rban Dalam Nahas Ng3ri

Published

on

Pernah Timbulkan Kem4rahan Umat Islam, Pelukis Gambar Nabi Terk0rban Dalam Nahas Ng3ri

ST0CKHOLM: Kartunis Sweden yang mencet.uskan kontr0versi dan kemar.ahan umat Islam apabila melukis gambar Nabi Muhammad SAW, ma.ut dalam kemaIangan ng3ri jalan raya.

Daily Mail meIaporkan, Lars Vilks, 75, terb.unuh ketika kereta poIis yang dinaikinya terbaIik dan terba.bas ke Iorong berte.ntangan dan bertmbung dengan sebuah trak.

Kedua-dua kenderaan itu terbkar dan pemandu trak berusia 45 tahun dike.jarkan ke hspital seIepas mengaIami ced3ra prah. Dua angg.ota poIis yang ditugaskan mengawaI ViIks di dalam kereta poIis itu turut terk0rban, menurut Iaporan Expressen.

Kejadian berlaku pada jam 3 petang semalam (waktu tempatan) di Markaryd, wilayah Kron0berg. Vilks menc3tuskan kema.rahan gIobal apabila meIukis gambar Nabi Muhammad pada 2007.

Sumber: utusan via dbongkar

Continue Reading

GLOBAL

(video) Menangis ‘Air Mata Batu’. Gadis Didakwa Mampu Mengeluarkan Batu Kecil Daripada Matanya

Published

on

(video) Menangis ‘Air Mata Batu’. Gadis Didakwa Mampu Mengeluarkan Batu Kecil Daripada Matanya

Seorang remaja perempuan di India menarik perhatian ramai apabila dikatakan mengeluarkan ‘air mata’ batu. Kongsi Oddity Central, Chandni, 15 telah mengeluarkan sekitar 10 hingga 15 biji batu-batu kecil daripada matanya setiap hari sejak 17 Julai lalu.

Pun begitu, kejadian pelik itu tidak dapat dijelaskan menurut perubatan, tulis portal itu.

Sejak fenomena itu berlaku, sekitar 70 biji batu telah dikumpul dalam tempoh dua bulan. Dipercayai, remaja itu mengeluarkan batu tersebut bermula sekitar 6 pagi sehingga petang. Tiada batu terbentuk atau dikeluarkan pada waktu malam, lapor Oddity Central.

Menerusi video tular, Chandni dilihat mengeluarkan satu ketulan kecil pada kelopak mata kirinya melalui urutan. Selepas batu itu keluar, satu lagi batu muncul pada mata kanannya dan turut dikeluarkan.

Hal ini meyakinkan ahli keluarga remaja itu yang dia menangis ‘air mata’ batu, namun pakar oftalmologi menegaskan perkara itu adalah mustahil.

Salah seorang pakar, Dr Awadhesh Kumar mendakwa kejadian itu tidak mempunyai penjelasan saintifik dan percaya remaja itu memasukkan batu tersebut ke dalam matanya sendiri atau disuruh orang lain untuk mendapatkan perhatian.

Seorang pengarah hospital mata tempatan, Dr Neeraj Gupta pula mendakwa fenomena itu tidak berasaskan perubatan dan termasuk dalam penipuan.

Dipercayai kerana kesusahan, keluarga Chandni dikatakan tidak mampu untuk menjalani ujian oleh pakar perubatan, justeru sehingga kini keadaannya tidak mendapat penjelasan.

Sumber: Oddity Central, The Mirror Time via siakapkeli

Continue Reading

Trending