Connect with us

GLOBAL

Pergolakan Perebutan Takhta Arab Saudi Benarkan Hadis Nabi 1400 Tahun Lalu. Al-Mahdi Bakal Keluar Pada Bila-bila Masa

Published

on

Pergolakan Perebutan Takhta Arab Saudi Benarkan Hadis Nabi 1400 Tahun Lalu. Al-Mahdi Bakal Keluar Pada Bila-bila Masa

Antara peristiwa penting yang perlu diperhatikan oleh umat IsIam akhir zaman ini ialah perkembangan yang berlaku di Tanah Hijaz (Saudi Arabia). Kerana antara tanda-tanda dekatnya kemunculan lmam Mahdi ialah berlakunya peristiwa seperti dikhabarkan dalam riwayat berikut;

عن رسول الله (ص):
(يحكم الحجاز رجل اسمه اسم حيوان ، إذا رأيته حسبت في عينه الحول من البعيد ، وإذا اقتربت منه لاترى في عينه شيئاً ، يخلفه أخ له اسمه عبدالله. ويل لشيعتنا منه ، أعادها ثلاثاً ؛ بشروني بموته أبشركم بظهور الحجة )
مئتان وخمسون علامة: 122

Akan diperintah tanah Hijaz(Saudi) oleh seorang lelaki bernama haiwan, jika kamu melihatnya dari jauh, kamu mengira matanya kuyu, jika kamu dekatinya kamu tidak lihat ada sebarang masalah pada matanya. Dia keIak akan digantikan oleh abangnya bernama Abdullah. CeIakalah sesiapa yang menjadi pengikutnya! – diulanginya 3 kali – Berikan khabar gembira kepadaku tentang kem4tiannya, dan aku akan memberi tahu kamu khabar gembira tentang munculnya hujjah (lmam Mahdi).

Sedia kita maklum bahawa Raja Abdullah sekarang ini adalah raja yang menggantikan Fahd, makna Fahd adalah nama seekor haiwan iaitu harimau kumbang.

Raja Abdullah sekarang ini berusia lanjut dan dalam keadaan uzur oleh itu siapakah calun penggantinya sedang hangat diperkatakan dan diperhatikan oleh masyarakat dunia terutamanya oleh kuasa-kuasa besar kerana kedudukannya strategik dalam percaturan mereka untuk menguasai umat IsIam.

Kemati4n Putera Mahkota Nayef Abdul Aziz al-Saud sekali lagi menimbulkan tandatanya terhadap masalah pengganti takhta pemerintah Saudi Arabia yang semakin genting. Saudi Arabia ataupun nama asalnya Hijaz adalah tempat terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat umat Islam, pastinya pergoIakan yang berlaku disini akan memberi kesan yang besar terhadap dunia Islam.

 

Putera Nayef merupakan putera mahkota bakal pewaris takhta yang kedua meninggal dalam masa setahun ini selepas kemat4n Putera Sultan. Raja Abdullah yang berusia 88 tahun berada dalam keadaan kesihatan yang tidak menentu, masa nampaknya makin suntuk untuk mencari pengganti bagi putera-putera kerajaan beraja tersebut yang memerintah sejak tahun 1953.

Kemat4n pimpinan yang berpengaruh sejak sekian lama itu tiba pada waktu kebimbangan Saudi menghadapi keb4ngktan arab yang telah menumbangkan negara-negara arab yang lain. Kebanyakan waris pengganti adalah muka-muka lama dan ramai yang mempersoalkan sepatutnya ia diambil alih oleh generasi baru, yang kebanyakannya adalah cucu-cucu kepada pengasasnya Raja Abdul Aziz al-Saud, dan kebanyakkanya dalam lingkungan umur 50an dan 60an. Setakat ini bagaimana dan bila mereka akan melakukannya tidak diketahui.

Keputusan melantik pengganti dibuat oleh anggota keluarga yang paling tua dalam keadaan tertutup. Pemilihan Putera Salman bin Abdul Aziz al-Saud pada Isnin lepas sebagai Putera Mahkota yang baru dan pewaris takhta adalah tidak memeranjatkan.

Putera Salman yang 12 tahun muda dari Raja Abdullah, memegang kuasa sebagai gabenor Riyadh berdekad lalu sebelum menjadi menteri pertahanan selepas kematian Putera Sultan tahun lepas. Semasa menjadi gabenor beliau telah menukarkan Riyadh (Najd) ibukota Saudi itu dari sebuah bandar biasa kepada kotaraya metropolis seperti Dallas, lengkap dengan bangunan pencakar langit futuristik, seperti bangunan tertinggi didunia, Kingdom Tower yang dimiliki Putera al-Waleed bin Talal.

 

Pemilihan seterusnya untuk pengganti putera mahkota dan takhta raja menjadi semakin sulit. Buat masa ini terdapat 16 orang putera kepada pengasasnya masih hidup, sebahagiannya tidak lagi layak atau tidak mempunyai pengaruh yang kuat dalam keluarga diraja tersebut.

Yang tinggal hanyalah dua orang sahaja yang sering dikatakan sebagai raja pengganti, iaitu Putera Ahmad bin Abdul Aziz, 72 yang menggantikan Putera Nayef sebagai menteri dalam negeri, dan Putera Muqrin bin Abdul Aziz, 69 sebagai ketua Agensi Perisikan Saudi; walaupun begitu terdapat keraguan terhadap Putera Muqrin kerana ibunya seorang Yaman.

Satu kemungkinan yang perlu diberi perhatian ialah bakal pemimpin de facto untuk takhta tersebut apabila terpilih sebagai timbalan perdana menteri pertama. Raja juga memegang jawatan perdana menteri dan putera mahkota sebagai timbalannya.

Namun begitu, di negara yang terkenal dengan “Piagam Abdul Aziz” yang tertulis, “selama anak-anak saya masih hidup, kekuasaan tidak akan berpindah ke cucu-cucu saya”, bahaaya perteIingkahan terbuka mengenai siapa yang akan mewarisi tahta sekiranya kedua-dua Raja dan Putera Mahkota meninggal dunia. Ini kerana kesemua saudara Raja Abdulah yang masih hidup telahpun lanjut usianya.

Mungkinkah selepas ini, tahta Arab Saudi bakal diwarisi oleh cucu Ibn Saud. Masalahnya sekarang siapakah di antara cucu-cucu Ibn Saud itu yang berkelayakan bagi mengambil alih tahta pemerintahan. Sudah pasti kesemua anak Raja-Raja yang pernah memerintah akan menuntut hak.

Pastinya Amerika Syarikat dan sekutunya akan memastikan bakal pewaris tahta negara tersebut sebulu dengannya. Amerika Syarikat sudah pasti tidak mahu kehilangan sekutu utamanya itu. Menguasai Arab Saudi bermakna menguasai seluruh Dunia Islam dan yang lebih penting ialah akan dapat memastikan keselamatan kewujudan negara lsr4eI dan pendudukannya ke atas BaituImaqdis.

Penguasaan ke atas BaituImaqdis pula akan memastikan penguasaan Amerika Syarikat dan lsraeI ke atas dunia keseluruhannya. Justeru pembebasan Baitulmaqdis daripada cengkaman Zi0n!s pastinya tidak akan tercapai tanpa terlebih dahulu membebaskan “2 Tanah Suci” dari penguasaan Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya.

Mungkinkah apa yang sedang dan akan berlaku di Arab Saudi kini adalah “permulaan kepada pengakhiran” yang mana bakal menyaksikan kemunculan Imam Mahdi sebagaimana hadis di bawah;

Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Manusia akan berbalah setelah kewaffatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafatt dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].

Hadis di bawah ini juga mungkin berkaitan dengan apa yang telah diperbincangkan di atas. Sabda Rasululullah SAW;

“Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”,(Rasulullah diam dan kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kami..??”, beliau SAW kemudian menjawab : “Dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!” (Sahih Al Bukhari)

sumber: mymediamaya

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GLOBAL

(video) Mama Penganut Kuat Kristian, Reza Rahadian Menganut Islam Secara Sukarela

Published

on

(video) Mama Penganut Kuat Kristian, Reza Rahadian Menganut Islam Secara Sukarela

Baru-baru ini, pelakon Indonesia Reza Rahadian menceritakan kisah dirinya dibesarkan dalam keluarga penganut Kristian, namun kini secara rela memilih untuk memeluk agama Islam.

Memetik laporan Gempak, pelakon berusia 34 tahun itu mengaku keluarganya terutama sekali ibunya adalah penganut tegar Kristian. Malah, dirinya juga pernah dihantar ke sekolah aliran Kristian dan sentiasa mengunjungi gereja setiap minggu.

“Mendiang Glenn Fredly (penyanyi) pernah jadi guru saya di gereja,” ujar lelaki berasal dari Bogor Indonesia itu.

Keputusan sendiri peluk agama Islam

Namun setelah meningkat dewasa, Reza membuat keputusan untuk menjadi seorang mualaf tanpa paksaan sesiapa.

“Perubahan saya memeluk Islam bukan atas paksaan atau mengikut orang, apa lagi kerana cinta misalnya. “Ia adalah keputusan saya sendiri. Bukan sebab kerja atau pasangan. Saya cuma yakin setelah ‘berdialog’ dengan Tuhan, saya mahu jadi mualaf,” katanya lagi.

Ibu menerima dengan terbuka

Tambah bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 itu, ibunya menerima baik keputusannya untuk memeluk Islam biarpun wanita berkenaan kuat berpegang dengan agama dianutinya.

“Mama kata jadi mualaf adalah hak saya. Dia cuma pesan, apabila memeluk Islam, jalani ibadah atau agama saya sebaiknya,” jelasnya.

Menurutnya, ibunya masih merayakan Krismas dan perayaan atau upacara lain di rumah dan dia okay sahaja.

Terdahulu, Reza pernah membuat pengakuan mengejutkan bahawa dia pernah berbohong tentang kematian ayahnya sejak kecil. Walhal, dia tidak pernah mengenali atau mengetahui ayahnya masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Sumber: Gempak, Daniel Menanta Network via mysumbermaya

Continue Reading

GLOBAL

(video) Ribuan Burung Pipit Jatuh Secara Tiba2, Fenomena Aneh Ini Mungkin Disebabkan Perkara Ini…

Published

on

(video) Ribuan Burung Pipit Jatuh Secara Tiba2, Fenomena Aneh Ini Mungkin Disebabkan Perkara Ini…

Sejumlah ribuan burung pipit didakwa gugur ke Bumi ‘menghujani’ sebuah kawasan tanah perkuburan di Banjar Sema Pring, Bali pada Khamis baru-baru ini.

Fenomena aneh tersebut disaksikan oleh seorang penduduk, Kadek Sutika yang ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke rumah kawannya sekitar pukul 8 pagi.

Jelas Kadek, yang anehnya ketika itu, hujan turun dengan lebat secara tiba-tiba sebelum disusuli kejadian ribuan jumlah burung pipit yang jatuh dari udara.

“Saya tengok kat kawasan kubur, ramai budak kecil dah ambil burung-burung tu. Saya lihat ada banyak burung kat bawah pokok, ada yang mati, ada yang masih hidup.

“Banyak sekali yang jatuh dan mati, jumlahnya lebih seribu,” katanya, memetik laporan Kompas.

Dalam pada itu Kadek berkata, burung-burung tersebut sering bertenggek di atas dua batang pokok berhampiran dengan tanah perkuburan itu sejak lima hari sebelumnya.

Sementara itu, fenomena aneh tersebut dimaklumi Ketua Jabatan Kesihatan Haiwan Wilayah Gianyar, Made Santiarka dan beliau mengesahkan bahawa jenis burung berkenaan ialah pipit.

Difahamkan, sejumlah bangkai burung pipit itu telah dibawa ke makmal sebagai sampel bagi tujuan diagnosis dan siasatan selanjutnya.

Made berpendapat, antara punca kejadian adalah kerana faktor cuaca yang ekstrim iaitu hujan lebat dan angin kencang hingga burung berkenaan tidak mampu bertahan sebelum lemah dan terjatuh.

“Kerana hujannya terlalu lebat, kan jelas ada tekanan udara yang rendah. Dengan rendahnya tekanan udara ini (maka) burung-burungnya enggan lari (selamatkan diri).

“Mereka bertahan saja, diam dan basah kuyup. Itu menyebabkan mereka sakit dan mati dan memang kekuatan burung itu berbeza dengan kekuatan lainnya,” katanya.

Jelas Made, cuaca ekstrim yang dimaksudkan adalah tempoh peralihan musim dari musim kemarau ke musim hujan lebat yang melewati kini.

Bagaimanapun difahamkan, masih ada sejumlah burung pipit itu yang berjaya bertahan hidup kerana dapat sinaran cahaya matahari selepas kejadian tersebut.

Dalam masa sama, Balai Konservasi dan Sumber Daya Alam Bali mengesahkan, punca sebenar kejadian belum dapat dikenal pasti dan masih dalam siasatan pihak mereka.

Sumber: Kompas via siakapkeli

Continue Reading

GLOBAL

Mengambil kira Keadaan Terkini COVID-19, Ini Kenyatan Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah

Published

on

Mengambil kira Keadaan Terkini COVID-19, Ini Kenyatan Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah

COPENHAGEN: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah, Hans Kluge, hari ini pesimis terhadap kemampuan vaksin untuk menamatkan pandemik COVID-19.

Ia berikutan kemunculan varian baharu yang melenyapkan harapan bagi mencapai imuniti kelompok kerana memiliki ciri-ciri yang boleh mengatasi keberkesanan vaksin.

“Mengambil kira kemungkinan coronavirus akan terus berada di sekeliling kita selama beberapa tahun lagi.

“Pihak berkuasa kesihatan kini perlu memikirkan bagaimana untuk menyesuaikan strategi vaksinasi secara berperingkat khususnya berhubung keperluan dos tambahan,” katanya kepada wartawan.

Pada Mei lalu, WHO berkata pandemik itu akan berakhir apabila sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk dunia sudah divaksinasi.

Ketika ditanya AFP jika angka itu masih menjadi sasaran atau memerlukan lebih ramai penduduk divaksinasi, Kluge mengakui keadaan kini berubah disebabkan kemunculan varian baharu yang lebih mudah tersebar seperti Delta.

“Saya fikir ini membawa kita kepada tujuan vaksinasi iaitu yang pertama dan paling utama untuk mencegah penyakit lebih serius serta risiko kematian.

“Jika kita sedar COVID-19 akan terus bermutasi dan berada bersama kita sebagaimana influenza, maka kita perlu menjangkakan bagaimana menyesuaikan strategi vaksinasi secara berperingkat ke arah endemik.

“Kita perlu mengumpulkan pengetahuan penting berhubung kesan suntikan penggalak,” katanya.

Pakar epidemiologi kini berpandangan, tidak realistik imuniti kelompok dapat dicapai melalui penggunaan vaksin walaupun ia tetap penting bagi mengekang pandemik.

Kluge berkata, kadar vaksinasi yang tinggi turut penting bagi mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan yang masih perlu merawat penyakit selain COVID-19.

Varian Delta lebih mudah tersebar iaitu 60 peratus berbanding varian dominan sebelumnya seperti Alpha dan dua kali lebih mudah menular berbanding virus asalnya. – AFP

sumber: bharian

Continue Reading

Trending