Connect with us

KELUARGA

“Menitis air mata saya apabila mendapat tahu saya dijumpai di perhentian bas.” Lelaki Sebak Apabila Mengetahui Bahawa Dia Dijumpai Di Perhentian Bas

Published

on

“Menitis air mata saya apabila mendapat tahu saya dijumpai di perhentian bas.” Lelaki Sebak Apabila Mengetahui Bahawa Dia Dijumpai Di Perhentian Bas

Seorang lelaki yang mencari ibu dan bapa kandungnya tular di laman sosial selepas dia memuat naik keratan akhbar mengenai dia yang pada masa itu berusia 10 hari ditinggalkan di perhentian bas di Kampung Megat, Jalan Maran, dekat Tasik Paya Bungor, Kuantan pada 23 September 1996.

“Menitis air mata saya apabila mendapat tahu saya dijumpai di perhentian bas. Bagaimanapun, pasti ada sebab mengapa ibu bapa kan dung saya buat begitu,” kata Mohamad Putera Zainuddin, 21 yang sedang menuntut di Kolej Perubatan di Seremban, Negeri Sembilan.

Menurut Mohamad Putera, dia telah pergi ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan yang menjadi tempat tinggalnya sebelum dijaga oleh keluarga angkatnya pada Jun lalu selepas tergerak hati untuk menjejaki semula ibu dan bapa kandungnya.

“Keluarga angkat mengambil saya sebagai anak angkat sejak saya berusia sembilan bulan lagi. Ibu bapa angkat saya memang berterus-terang memberitahu saya adalah anak angkat sejak di tadika lagi

“Saya boleh menerima kenyataan itu,” katanya yang juga anak tunggal dalam keluarga angkatnya itu.

Mohamad Putera bersama ibu angkatnya.

Bagaimanapun, jauh di sudut hati lelaki yang dibesarkan di Muar, Johor ini, dia ingin mengetahui keadaan kedua ibu bapanya sama ada masih hidup.

“Saya kembali ke Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah untuk membuka semula fail saya bagi mendapatkan petunjuk lokasi tempat tinggal ibu bapa saya.

“Bagaimanapun, kakitangan rumah kanak-kanak itu hanya menyerahkan fail sebelum meminta saya baca sendiri,”katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.

Jelas Mohamad Putera, hatinya menjadi luluh selepas membaca keratan akhbar yang disimpan di dalam buku rekod berkenaan.

“Saya ingat akan jumpa keluarga kan dung dengan mudah sebaik melihat rekod berkenaan, namun sangkaan saya meleset. “Tak sangka, saya dijumpai di perhentian bas oleh seorang bidan kampung atau kini dikenali jururawat masyarakat ketika berusia 10 hari,” ujarnya.

Tidak pernah menyalahkan tindakan ibu dan bapa kan dungnya itu, Mohamed Putera akan terus berusaha mencari mereka.

“Mereka (ibu bapa kandung) tinggalkan saya dapat keadaan baik, lengkap berselimut, sarung tangan serta sarung kaki bayi dan baju yang comel.

“Mesti mereka menantikan kelahiran saya dan pasti ada sebab mereka lakukan begitu,” katanya.

Mohamad Putera berkata, jika tidak dapat mencari ibu bapa kandung sekurang-kurangnya dia ingin bertemu dengan bidan kampung itu.

“Jika bukan kerana wanita itu jumpa saya, tidak tahu sama ada saya masih hidup atau tidak,” katanya.

Sumber: blogmazeer via mysumbermaya

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INSPIRASI

Anak Bakal Menjadi Doktor, Johan dan Ozlynn Titip Doa Untuk Anak Sebelum Bertolak Ke Ireland

Published

on

Anak Bakal Menjadi Doktor, Johan dan Ozlynn Titip Doa Untuk Anak Sebelum Bertolak Ke Ireland

Anak sulung kepada pasangan selebriti Johan dan Ozlynn Wati, Ariq, telah berangkat ke luar negara pada Ahad bagi melanjutkan pengajiannya.

Difahamkan Ariq menyambung pengajiannya ke Dublin, Ireland dalam bidang perubatan. Menerusi laman sosial Instagram, Ozlynn berkongsi momen-momen Ariq bersama keluarga di rumah beserta titipan doa buat anaknya itu.

“Ya Allah peliharalah anak kami Ariq, permudahkanlah segala urusannya terangkanlah hatinya dalam menimba ilmu, kuatkan imannya dalam beribadah, cekalkan hatinya dalam menempuh ujianmu, dan berkatilah setiap ilmu dan rezeki yang kau berikan amin YRA.

“Abang Ariq, papa dan mama sayang kamu. Jadilah anak yang sentiasa mengutamakan akhirat. Doa papa dan mama tak kan pernah henti selagi bernyawa. We love you Ariq Hanania,”

tulis Ozlynn di ruangan kapsyen foto.

Menerusi perkongsian tersebut, Ariq dilihat sangat manja dengan Johan sehingga masih mahu didukung. Tidak hanya itu, Ozlynn turut berkongsi sesi mengaji bersama Ariq, Johan dan anak-anaknya yang lain.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan selamat maju jaya buat Ariq dalam menempuh alam pengajian untuk bergelar seorang doktor yang berjaya.

Malah, ada juga wargamaya yang memuji suka melihat keluarga Johan dan Ozlynn yang serba sederhana serta pandai mendidik anak-anak dari segi dunia dan akhirat.

“Tanda tangan tu macam Yusuf. Maybe Yusuf boleh jadi anak yang soleh macam abg Ariq. Btw belajar rajin-rajin dekat Dublin, jadi doktor,” komen aktor Hairul Azreen.

“Ramai datang jumpa abg Ariq harini ye. All the best abg Ariq, pasni sape nak bawa Moleiq dengan kakak chantiq naik motor pusing taman huhu,” kata seorang wargamaya.

“Semoga abg Ariq terus kuat, terus dipermudahkan segalanya dari segi ilmu, ibadah dan urusan dunia akhirat. Good luck abg Ariq, teruskan jadi kebangsaan papa mama dan kami semua. Doa kami tetap bersama abg Ariq,” tulis seorang wargamaya.

“Semoga Ariq dapat ilmu yang bermanfaat dunia dan akhirat,” ujar seorang wargamaya.

“Wah dukung lagi. Nak jadi doc dah tu hehe. Tapi one day pastu dia dukung papa dia. Tahniah Johan, pandai didik anak. Bertuahnya,” puji seorang wargamaya.

“Good luck dan all the best abg Ariq. Timbalah ilmu yang mendatangkan faedah yang baik dalam kehidupan,” doa seorang wargamaya.

“Boleh dijadikan contoh pada keluarga lain yang terlibat dalam dunia glamor. Dunia dikendong tapi akhirat tetap dicari. Salute pada keluarga Jozlynn,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 133,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekadar info, Johan dan Ozlynn mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009 dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Lembah Jaya, Ampang.

Selain Ariq, perkahwinan pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan.

Sumber: Gempak via trendinggiler

Continue Reading

KELUARGA

‘Maafkan Ayah Sayang” Anak Berumur 1 Thn Yang Hilang Dari Kereta Ditemukan L3m4s

Published

on

‘Maafkan Ayah Sayang” Anak Berumur 1 Thn Yang Hilang Dari Kereta Ditemukan L3m4s

MARAN – Seorang kanak-kanak Ielaki berusia setahun yang hiIang ketika dibawa bapanya ke sebuah Iadang kelapa sawit di Felda Jengka 4 semalam ditemui Iemas di Sungai Jemp0l di sini hari ini.

Difahamkan sebeIum kejadian, mngsa, Muhammad Abdullah Saiful Bahari bersama kakak dan abangnya yang berusia lapan dan enam tahun berada di dalam kereta sebeIum mngsa hiIang tnpa disedari.

Ketua BaIai Bomba Jen.gka, Raja Mohd Arif Raja Shamsuddin berkata, myat mngsa dit3mukan kira-kira jam 10.37 pagi hari ini oleh pasukan menc4ri dan menyeIamat.

“Myat mngsa yang dalam keadaan tenggeIam ditemui tersngkut pada r3ba kira-kira satu kiIometer dari lokasi mngsa dipercayai terjtuh.

“Myat yang dalam keadaan sempurna dan baik itu telah dibawa na1k dan diserahkan kepada pihak poIis sebeIum dibawa ke hspital,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Raja Mohd Arif 0perasi menc4ri dan menyeIamat mngsa dimulakan petang semalam melibatkan bomba, poIis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (ReIa) dan penduduk kampung sebeIum ditan.gguhkan serta disa.mbung semula hari ini.

Sementara itu Ketua PoIis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd. Rahman berkata, berdasarkan si.asatan awal, ayah mngsa menye.dari kehiIangan mngsa pada jam 1 petang apabila mngsa tlada di dalam kereta.

Katanya, kakak dan abang mngsa yang berada di dalam kereta tldak menye.dari mngsa keIuar dari kereta dan semasa kejadian pintu kereta berkenaan terbu.ka.

“Ayah mngsa bersama anaknya telah menca.ri mngsa di kawasan sekitar dan menemui kesan ta.pak kakl kanak-kanak di tepi sungai berhampiran tempat tersebut.

“Ayah mngsa yang menges.yaki mngsa terjtuh ke dalam sungai kemudiannya telah meminta bntuan orang kampung untuk menc4ri mngsa,”ujarnya.

Allahuakhbar, salam tkziah. Semoga keluarganya tbah. Syurga buatmu sayang. Al fatihah.

Sumber: K! ONLINE via dbongkar

Continue Reading

GLOBAL

(video) Seorang Ibu Hanya Mampu Melepaskan Kerinduan Terhadap Anaknya Yang Telah Lama Meninggal Melalui ‘Alam Maya’

Published

on

(video) Seorang Ibu Hanya Mampu Melepaskan Kerinduan Terhadap Anaknya Yang Telah Lama Meninggal Melalui ‘Alam Maya’

Sebuah film dokumenter dari Korea Selatan yang berjudul ‘I Met You’ mempertemukan seorang ibu dan anaknya yang telah meninggal melalui teknologi VR (virtual reality).

Diketahui sang anak meninggal dunia pada usia 6 tahun pada 2016 lalu akibat leukemia. Dalam video terzebut sang ibu (Jang Ji-sung) yang memakai alat VR dan melihat anaknya yang bernama Nayeon di dalam VR.

“Bu, dari mana saja kamu?” . Aku sangat merindukanmu. Apakah kamu merindukanku?,” ucap anak itu. Air mata sang ibu seketika mengalir, lalu menjangkau anaknya. “Aku merindukanmu, Nayeon,” katanya sambil mendekati putrinya.

Di dunia nyata, sang ibu berdiri di depan layar berwarna hijau mengenakan headset VR dan sarung tangan peka terhadap sentuhan. Film dokumenter tersebut’ menjadi perbincangan karena mengundang haru dan kesedihan seperti yang dialami sang ibu.

sumber: pikiran-rakyat

Continue Reading

Trending