Connect with us

GLOBAL

Tak Dapat Tidur Selama 7 Tahun Sejak 2014, Wanita Berharap Dapat Pulih Seperti Sediakala

Published

on

Tak Dapat Tidur Selama 7 Tahun Sejak 2014, Wanita Berharap Dapat Pulih Seperti Sediakala

Seorang wanita yang dikenali sebagai Cucu ternyata sudah tujuh tahun tidak boleh tidur, lapor Tribunnews.

Keadaan badannya mulai mengalami perubahan di mana dia dikatakan selalu bergerak dan tidak boleh duduk diam sehingga menyebabkan dia tidak boleh tidur walaupun sudah memakan ubat tidur.

Menurut anaknya, keadaan Cucu sebelum ini normal tetapi sempat berubat kerana susah tidur. Setelah berubat dan sering mengambil ubat tidur, dia malah semakin susah untuk tidur sehinggalah saat ini, lapor portal.

Media melaporkan bahawa Unit Kesihatan Daerah Bandung Barat (KBB) bakal bertindak untuk menangani masalah Cucu yang berusia 45 tahun itu. Setiausaha Unit Kesihatan, Aam Wiriwan pula mengatakan bahawa pihaknya akan meminta Pusat Kesehatan Masyarakat (PUSKEMAS) untuk memeriksa keadaan wanita itu.

“Nanti kami akan minta PUSKEMAS untuk buat pemeriksaan agar kami boleh menentukan tindakan yang selanjutnya.”

Tambah beliau, setelah melakukan pemeriksaan, pihaknya juga akan menangani kes tersebut dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang sesuai dengan autoriti yang dimiliki oleh Unit Kesihatan. Namun begitu, hingga saat ini pihaknya masih belum menerima laporan mengenai kes Cucu ini, baik secara lisan mahu pun tulisan.

Sementara itu, Cucu menceritakan kepada media bahawa dia berasa gelisah setiap kali hendak tidur sejak tahun 2014 yang lalu. Dia hanya mampu tidur untuk 2 hingga 3 jam sahaja. “Awalnya tak boleh tidur sejak tahun 2014. Dek kerana kesal tak tidur-tidur, saya pun jalan-jalan pada pukul 1 pagi. Kalau nak tidur pun mesti rasa gelisah” ujarnya.

Cucu sama sekali tidak tahu jenis penyakit yang dialaminya itu kerana tidak ada simptom sakit yang lain. Dia juga tidak tahu mengapa rasa gelisah setiap kali hendak tidur sedangkan dia tidak pernah memikirkan apa-apa masalah.

Menurut portal, Cucu sempat mengakui bahawa dia pernah jatuh dan kepalanya terhantuk, tetapi kejadian itu sudah sangat lama dan tidak pasti adakah ia salah satu punca penyebabnya. Kini, Cucu hanya berharap dia boleh kembali sembuh dan tidur dengan nyenyak.

Sumber: Tribunnews.com via siakapkeli

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GLOBAL

(video) Mama Penganut Kuat Kristian, Reza Rahadian Menganut Islam Secara Sukarela

Published

on

(video) Mama Penganut Kuat Kristian, Reza Rahadian Menganut Islam Secara Sukarela

Baru-baru ini, pelakon Indonesia Reza Rahadian menceritakan kisah dirinya dibesarkan dalam keluarga penganut Kristian, namun kini secara rela memilih untuk memeluk agama Islam.

Memetik laporan Gempak, pelakon berusia 34 tahun itu mengaku keluarganya terutama sekali ibunya adalah penganut tegar Kristian. Malah, dirinya juga pernah dihantar ke sekolah aliran Kristian dan sentiasa mengunjungi gereja setiap minggu.

“Mendiang Glenn Fredly (penyanyi) pernah jadi guru saya di gereja,” ujar lelaki berasal dari Bogor Indonesia itu.

Keputusan sendiri peluk agama Islam

Namun setelah meningkat dewasa, Reza membuat keputusan untuk menjadi seorang mualaf tanpa paksaan sesiapa.

“Perubahan saya memeluk Islam bukan atas paksaan atau mengikut orang, apa lagi kerana cinta misalnya. “Ia adalah keputusan saya sendiri. Bukan sebab kerja atau pasangan. Saya cuma yakin setelah ‘berdialog’ dengan Tuhan, saya mahu jadi mualaf,” katanya lagi.

Ibu menerima dengan terbuka

Tambah bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 itu, ibunya menerima baik keputusannya untuk memeluk Islam biarpun wanita berkenaan kuat berpegang dengan agama dianutinya.

“Mama kata jadi mualaf adalah hak saya. Dia cuma pesan, apabila memeluk Islam, jalani ibadah atau agama saya sebaiknya,” jelasnya.

Menurutnya, ibunya masih merayakan Krismas dan perayaan atau upacara lain di rumah dan dia okay sahaja.

Terdahulu, Reza pernah membuat pengakuan mengejutkan bahawa dia pernah berbohong tentang kematian ayahnya sejak kecil. Walhal, dia tidak pernah mengenali atau mengetahui ayahnya masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Sumber: Gempak, Daniel Menanta Network via mysumbermaya

Continue Reading

GLOBAL

(video) Ribuan Burung Pipit Jatuh Secara Tiba2, Fenomena Aneh Ini Mungkin Disebabkan Perkara Ini…

Published

on

(video) Ribuan Burung Pipit Jatuh Secara Tiba2, Fenomena Aneh Ini Mungkin Disebabkan Perkara Ini…

Sejumlah ribuan burung pipit didakwa gugur ke Bumi ‘menghujani’ sebuah kawasan tanah perkuburan di Banjar Sema Pring, Bali pada Khamis baru-baru ini.

Fenomena aneh tersebut disaksikan oleh seorang penduduk, Kadek Sutika yang ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke rumah kawannya sekitar pukul 8 pagi.

Jelas Kadek, yang anehnya ketika itu, hujan turun dengan lebat secara tiba-tiba sebelum disusuli kejadian ribuan jumlah burung pipit yang jatuh dari udara.

“Saya tengok kat kawasan kubur, ramai budak kecil dah ambil burung-burung tu. Saya lihat ada banyak burung kat bawah pokok, ada yang mati, ada yang masih hidup.

“Banyak sekali yang jatuh dan mati, jumlahnya lebih seribu,” katanya, memetik laporan Kompas.

Dalam pada itu Kadek berkata, burung-burung tersebut sering bertenggek di atas dua batang pokok berhampiran dengan tanah perkuburan itu sejak lima hari sebelumnya.

Sementara itu, fenomena aneh tersebut dimaklumi Ketua Jabatan Kesihatan Haiwan Wilayah Gianyar, Made Santiarka dan beliau mengesahkan bahawa jenis burung berkenaan ialah pipit.

Difahamkan, sejumlah bangkai burung pipit itu telah dibawa ke makmal sebagai sampel bagi tujuan diagnosis dan siasatan selanjutnya.

Made berpendapat, antara punca kejadian adalah kerana faktor cuaca yang ekstrim iaitu hujan lebat dan angin kencang hingga burung berkenaan tidak mampu bertahan sebelum lemah dan terjatuh.

“Kerana hujannya terlalu lebat, kan jelas ada tekanan udara yang rendah. Dengan rendahnya tekanan udara ini (maka) burung-burungnya enggan lari (selamatkan diri).

“Mereka bertahan saja, diam dan basah kuyup. Itu menyebabkan mereka sakit dan mati dan memang kekuatan burung itu berbeza dengan kekuatan lainnya,” katanya.

Jelas Made, cuaca ekstrim yang dimaksudkan adalah tempoh peralihan musim dari musim kemarau ke musim hujan lebat yang melewati kini.

Bagaimanapun difahamkan, masih ada sejumlah burung pipit itu yang berjaya bertahan hidup kerana dapat sinaran cahaya matahari selepas kejadian tersebut.

Dalam masa sama, Balai Konservasi dan Sumber Daya Alam Bali mengesahkan, punca sebenar kejadian belum dapat dikenal pasti dan masih dalam siasatan pihak mereka.

Sumber: Kompas via siakapkeli

Continue Reading

GLOBAL

Mengambil kira Keadaan Terkini COVID-19, Ini Kenyatan Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah

Published

on

Mengambil kira Keadaan Terkini COVID-19, Ini Kenyatan Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah

COPENHAGEN: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah, Hans Kluge, hari ini pesimis terhadap kemampuan vaksin untuk menamatkan pandemik COVID-19.

Ia berikutan kemunculan varian baharu yang melenyapkan harapan bagi mencapai imuniti kelompok kerana memiliki ciri-ciri yang boleh mengatasi keberkesanan vaksin.

“Mengambil kira kemungkinan coronavirus akan terus berada di sekeliling kita selama beberapa tahun lagi.

“Pihak berkuasa kesihatan kini perlu memikirkan bagaimana untuk menyesuaikan strategi vaksinasi secara berperingkat khususnya berhubung keperluan dos tambahan,” katanya kepada wartawan.

Pada Mei lalu, WHO berkata pandemik itu akan berakhir apabila sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk dunia sudah divaksinasi.

Ketika ditanya AFP jika angka itu masih menjadi sasaran atau memerlukan lebih ramai penduduk divaksinasi, Kluge mengakui keadaan kini berubah disebabkan kemunculan varian baharu yang lebih mudah tersebar seperti Delta.

“Saya fikir ini membawa kita kepada tujuan vaksinasi iaitu yang pertama dan paling utama untuk mencegah penyakit lebih serius serta risiko kematian.

“Jika kita sedar COVID-19 akan terus bermutasi dan berada bersama kita sebagaimana influenza, maka kita perlu menjangkakan bagaimana menyesuaikan strategi vaksinasi secara berperingkat ke arah endemik.

“Kita perlu mengumpulkan pengetahuan penting berhubung kesan suntikan penggalak,” katanya.

Pakar epidemiologi kini berpandangan, tidak realistik imuniti kelompok dapat dicapai melalui penggunaan vaksin walaupun ia tetap penting bagi mengekang pandemik.

Kluge berkata, kadar vaksinasi yang tinggi turut penting bagi mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan yang masih perlu merawat penyakit selain COVID-19.

Varian Delta lebih mudah tersebar iaitu 60 peratus berbanding varian dominan sebelumnya seperti Alpha dan dua kali lebih mudah menular berbanding virus asalnya. – AFP

sumber: bharian

Continue Reading

Trending