Connect with us

AGAMA

Inspirasi Kisah Penghijrahan Dua Pendakwah Terkenal

Published

on

Inspirasi Kisah Penghijrahan Dua Pendakwah Terkenal

SIAPA sangka, seorang lelaki yang dilahirkan dalam sebuah keluarga mengamalkan ajaran Kristian serta cara hidup Hindu itu boleh mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Bukan sekadar bergelar saudara baharu, malah martabat lelaki tersebut diangkat tinggi oleh Allah SWT sehingga menjadi seorang pendakwah yang banyak menjadi rujukan buat umat Islam di negara ini.

Dibesarkan dalam sebuah komuniti Melayu, Dr. Farid Ravi Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Farid Ravi, 52, mula mengenali ajaran Islam ketika berusia 10 tahun sewaktu di bangku sekolah rendah.

Segalanya bermula apabila sering mengikut rakan-rakan sekelasnya yang beragama Islam mengikuti subjek Pendidikan Islam yang disampaikan seorang ustazah.

Hasil mengikuti kelas itu, Farid Ravi mampu menghafal beberapa doa ringkas selain berpeluang mendengar pelbagai kisah nabi yang disampaikan secara santai.

Pada masa sama, beliau mendengar dengan penuh minat bacaan al-Quran pada Majlis Tilawah al-Quran yang diadakan di negara ini saban tahun menerusi kaca televisyen.

“Dahulu saya dikenali sebagai Jasiah a/l Ravi. Saya dan keluarga adalah penganut Kristian. Kami sekeluarga mengunjungi gereja hampir setiap minggu.

“Namun, sewaktu sekolah rendah, saya berpeluang mengikuti kelas Pendidikan Islam memandangkan subjeknya santai berbanding mata pelajaran lain seperti Sains atau Matematik.

“Bermula dari situlah saya tergerak hati mengenali Islam terutamanya selepas mendengar kisah Nabi Ibrahim AS meng­han­curkan 72 berhala milik Raja Namrud,” katanya ketika ditemu bual K2 baru-baru ini.

FARID RAVI (tengah) sewaktu menjadi salah seorang panel penceramah dalam satu program bicara di negara ini.

Lelaki berasal dari Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor itu juga terhutang budi dengan keluarga angkatnya iaitu Hashim Talin dan Saunah Arifin yang tinggal berhampiran rumahnya.

Katanya, dia mula jatuh cinta dengan kehidupan seorang Muslim selepas melihat rutin harian ibu angkatnya yang bangun awal pagi untuk solat Subuh sebelum membaca al-Quran.

“Selepas pulang dari sekolah, saya akan melalui rumah emak angkat terlebih dahulu. Jadi, saya selalu menghabiskan masa di sana terutamanya ketika musim buah-buahan.

“Sewaktu tinggal bersama, saya berasa sangat seronok melihat rutin harian ibu angkat yang banyak melakukan amal ibadat. Mereka juga memberikan layanan baik kepada saya meskipun berlainan agama,” imbaunya.

Pada usia 16 tahun, hatinya sudah tidak tertahan lagi sehingga membawa Farid Ravi ke ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Kuala Lumpur bagi melafaz syahadah.

“Malangnya, saya tidak dibenarkan berbuat demikian kerana masih di bawah umur. Sebaik menjangkau usia 18 tahun barulah saya berjaya melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Kadir Chong,” katanya.

Kongsi Farid Ravi, dia terpaksa melalui pelbagai cabaran selepas bergelar saudara baharu termasuk daripada ahli keluarga serta masyarakat Muslim di sekeliling.

Katanya, ada orang Muslim yang menuduhnya memeluk Islam disebabkan ingin mendapat habuan dunia seperti bantuan wang ringgit serta berkeinginan kahwin anak dara orang Melayu.

“Saya tidak salahkan masyarakat terhadap tanggapan negatif mereka. Mungkin mereka pernah berjumpa dengan mualaf yang ada niat tidak baik apabila memeluk Islam.

“Saya juga tidak diterima oleh keluarga termasuk ibu, Ganam a/p Somvel. Saya masih ingat, abang (Devadas) memukul saya dengan teruk supaya saya segera meninggalkan Islam.

“Rintangan yang hadir itu sama sekali tidak melemahkan semangat saya. Malah, cabaran yang dihadapi itu memberi satu kekuatan kepada saya untuk terus mendalami agama Allah SWT,” katanya.

FARID RAVI (depan) bersama isteri dan enam anak mereka selepas menunaikan solat berjemaah di rumah.

Bukan sekadar mempelajari asas Islam, kecintaan Farid Ravi terhadap Islam kian terserlah apabila beliau memilih melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Usuluddin di Universiti Al al-Bayt, Jordan sebelum melanjutkan pengajian Sarjana dalam al-Quran.

Beliau juga memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Tafsir dan Ulum al-Quran dari University of Jordan. Hasil ilmu dimiliki itu, tidak hairanlah sekiranya Farid Ravi sering menjadi pilihan menyampaikan ceramah menerusi saluran media tempatan.

Farid Ravi turut menyatakan kesyukuran kepada Allah SWT apabila ibu dan abangnya akhirnya terbuka hati untuk memeluk Islam sebelum masing-masing dijemput Ilahi.

Berbeza pula kisahnya dengan pendakwah bebas terkenal , Firdaus Wong Wai Hung Abdullah, 38, yang memeluk Islam disebabkan keinginan tinggi untuk masuk ke syurga.

Keinginan tersebut timbul selepas berhijrah dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sarawak pada usia 22 tahun sehingga membawa kepada persoalan mengenai tujuan sebenar hidupnya di atas muka bumi.

“Saya meninggalkan Buddha pada usia 18 tahun dan menjadi seorang pemikiran bebas (free thinker). Ketika itu, saya bebas melakukan apa saja termasuk minum arak, berjudi dan pergi ke kelab malam.

“Apabila berhijrah ke Kuching, saya berasa agak sunyi berbanding tinggal di ibu kota. Ketika itulah saya berfikir tentang tujuan hidup ini dan keinginan masuk ke syurga selepas mati,” katanya.

Persoalan tersebut menyebabkan lelaki yang mesra disapa Firdaus Wong itu mula bertanyakan mengenai kewujudan Tuhan daripada pandangan seorang sahabatnya yang beragama Islam.

Cerita bapa kepada empat cahaya mata itu, sahabatnya memberi satu analogi yang mudah mengenai kewujudan Tuhan, namun ia sudah cukup untuk menggerakkan hatinya memeluk Islam.

FIRDAUS WONG turut banyak keluar berdakwah ke luar negara termasuk menyampaikan ceramah di Tanzania pada tahun 2019.

“Saya ada bertanyakan kepada sahabat tentang kewujudan Tuhan yang disembah oleh orang Islam sedangkan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dia memberitahu, Tuhan seperti angin.

“Meskipun tidak boleh nampak, namun kita dapat rasa kewujudannya. Seperti Tuhan, kita tidak nampak kewujudan-Nya, tetapi ciptaan-Nya boleh dilihat di sekeliling kita,” tegasnya.

Pada 10 Ogos 2005, lelaki berasal dari Kepong, Kuala Lumpur itu telah memilih jalan kebenaran dengan melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan pegawai dakwah Perkim, Ustaz Imran Abdullah.

Ceritanya, dia tidak merasakan sebarang kelainan atau ketenangan sejurus memeluk Islam meskipun menunaikan ibadah wajib seperti solat, berpuasa dan membayar zakat.

Firdaus Wong memaklumkan, dia mengambil masa selama enam tahun iaitu sehingga 2011 untuk betul-betul belajar Islam sebelum dapat merasai kemanisan dan nikmat bergelar seorang Muslim sejati.

“Saya betul-betul jatuh cinta kepada Islam selepas mengikuti sebuah kursus selama empat hari. Kursus itu menceritakan mengenai sirah Rasulullah SAW termasuk peristiwa hijrah baginda dari Mekah ke Madinah sehingga membuatkan saya menitiskan air mata.

“Selepas itu, saya berasa seperti memeluk Islam buat kali kedua. Saya mula berasa tenang dan segala permasalahan dapat diselesaikan dengan mudah,” ujarnya.

Firdaus Wong memaklumkan, dia tidak mempedulikan cakap-cakap orang di sekeliling terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan terhadap keputusannya memeluk Islam.

FIRDAUS WONG (kanan) banyak melakukan usaha-usaha dakwah selepas kira-kira enam tahun mendalami Islam.

Ujarnya, dia pernah dipulaukan rakan-rakannya, namun ia sama sekali tidak pernah mengubah keputusannya untuk terus bersujud kepada Allah SWT.

“Mereka bebas memilih agama yang dianuti dan begitu juga saya. Lagi pula, saya seorang yang degil, tiada siapa yang berani halang keputusan saya,” katanya.

Kecintaan Firdaus Wong terhadap Islam sampai kekemucaknya pada 2013 apabila dia sanggup melepaskan pekerjaan bergaji lima angka semata-mata untuk berdakwah.

Dia telah menubuhkan pertubuhan Multiracial Reverted Muslim (MRM) yang bermatlamat menyampaikan dakwah kepada orang Muslim dan orang bukan Islam di seluruh dunia.

“Saya sanggup meninggalkan semuanya semata-mata untuk berdakwah. Ia bukan satu pengorbanan, tetapi salah satu cara saya menunjukkan rasa cinta kepada Allah SWT.

“Perkara sama turut dilakukan Rasulullah SAW dan para sahabat yang sanggup meninggalkan harta dan ahli keluarga mereka di Mekah untuk berhijrah ke Madinah bagi menyebar luas Islam,” tegasnya.

sumber: kosmo

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

AGAMA

(video) Ulama Mesir, Sheikh Abdul A’ti Ali Abdul Jalil Sempat Mengalunkan Ayat Suci Al-Quran Sebelum Dijemput Ilahi

Published

on

(video) Ulama Mesir, Sheikh Abdul A’ti Ali Abdul Jalil Sempat Mengalunkan Ayat Suci Al-Quran Sebelum Dijemput Ilahi

Setiap yang beriman pasti ingin meninggal dunia dalam pengakhiran yang baik atau husnul khatimah. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, antara tanda husnul khatimah ialah seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan melakukan amalan soleh dan mengucapkan syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Beberapa waktu yang lalu, seorang lagi ulama meninggalkan kita. Ulama dipercayai hafiz Al-Quran tertua di Luxor, Mesir, Sheikh Abdul A’ti Ali Abdul Jalil sempat membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebelum meninggal dunia. Dalam video yang tular di media sosial, Allahyarham dilihat sedang terbaring dengan memakai alat bantuan pernafasan.

Lantunkan Ayat Al-Quran Sebelum Dijemput Illahi

Berdasarkan perkongsian portal Arab, Sheikh Abdul A’ti lahir di Edfu, utara Aswan pada 1934. Beliau kemudiannya mengikut ayahnya berpindah ke Esna dan menghafaz kitab suci Al-Quran pada usia muda sebelum hilang penglihatan.

Pada usia 15 tahun, beliau menghabiskan hafazan Al-Quran dan menyertai sekolah menengah Al-Azhar. Beberapa hari lepas, beliau didakwa mengalami masalah kesihatan dan menunjukkan simptom jangkitan koronavirus. Beliau menjalani ujian saringan dan didakwa positif virus berkenaan. Pun begitu, punca sebenar kem4tiannya tidak ketahui.

Semoga Pengakhiran kita juga husnul Khotimah dan semoga amal ibada kita diterima di sisi ALLAH SWT… Aamiin Allahumma Aamiin

Sumber: siakapkeli via mysumbermaya

Continue Reading

AGAMA

Leka Dgn Nikmat Dunia, “saya tidak tahu apa kebaikan yang saya pernah buat hingga Allah bagi jalan.”

Published

on

Leka Dgn Nikmat Dunia, “saya tidak tahu apa kebaikan yang saya pernah buat hingga Allah bagi jalan.”

PETALING JAYA – Pernah terpalit pelbagai kontr0versi dan terleka dengan nikmat dunia, pelakon Aliff Aziz tidak menyangka masih berpeluang untuk mengubah haluan ke jalan Allah pada usia 30-an.

Jelasnya, dia sendiri tidak perasan sama ada pernah membuat kebaikan dalam hidup sehingga urusan penghijrahannya seakan-akan terbuka luas.

“Yakin bahawa semua perkara hanya dengan kehendak Allah. Saya tiada kelebihan, saya hanya hamba lemah yang mahu guna kehidupan Allah bagi untuk ikut yang saya mahukan.

“Selama 30 tahun hidup, macam-macam yang saya buat. Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui dan saya tidak tahu apa kebaikan yang saya pernah buat hingga Allah bagi jalan.

“Saya yakin semuanya dalam pengetahuan Allah,” katanya menerusi sesi perbincangan langsung menerusi Facebook dan Instagram Live saluran Nurflix, baru-baru ini.

Menerusi diskusi bertajuk Negara Sudah Merdeka, Kita Bila Lagi kendalian Anas Tahir tersebut, Aliff menjadi antara tetamu jemputan yang bersama dua panel lain iaitu Mohd. Gunawan Che Abdul Aziz dan penerbit, Farihin Abdul Fatah.

Terdahulu, pendedahan suami kepada penyanyi, Bella Astillah itu mengundang kejvtan apabila menyertai jemaah tabligh selepas melihat hantaran yang dimuat naik Faizal Ismail (FBI).

Akui bintang kelahiran Singapura itu lagi, dia berharap terus istiqamah dan bersyukur dipertemukan dengan ramai insan baik yang langsung tidak mengungkit sejarah lampaunya.

“Waktu itu tengok video laporan daripada Faizal Ismail dan saya rasa mahu kenal jemaah tabligh. Ada jemaah hubungi saya dan terangkan mahu bawa saya keluar untuk tiga hari.

“Saya rasai pelbagai perasaan yang tak dapat saya terangkan. Suasana dan orang di sana (ahli jemaah lain) tiada ‘judgement’, semua sama tidak kira keturunan, pangkat dan darjat.

“Semua hamba Allah belajar untuk dekatkan diri dengan-Nya. Semoga saya terus istiqamah,” tambah pemilik nama penuh Mohamad Aliff Aziz itu.

Mengulas kec4man dalam media sosial, Aliff menyatakan lebih selesa enggan ambil pusing memandangkan lumrah manusia yang tetap dipandang ser0ng walaupun cuba berubah ke arah kebaikan.

“Saya fikir walau macam mana pun kita cuba jadi terbaik pasti akan ada orang yang tetap tak suka dan pandang ser0ng.

“Tiada orang yang sempurna. Kalau kita rasa berada di landasan untuk jadi orang yang sempurna, itu memang mustahil.

“Justeru, saya cari hikmah, saya alih perhatian. Pasti ada orang yang berdoa untuk saya. Selalunya macam mana jah4t pun bila kita belajar jadi baik, ada orang yang akan kata (kita). Tapi yang penting biarlah Allah tahu siapa kita,” katanya.

Dia juga mengakui sukar mengawal situasi dalam media sosial atau memuaskan hati semua pihak, sebaliknya lebih selesa mengambil sikap bertenang.

“Kenapa nak s3ksa diri saya untuk memuaskan hati semua orang. Paling penting diri kita sendiri, keluarga dan Allah tahu niat kita,” luah penyanyi Sayang Sayang itu.

Menerusi perkahwinan dengan Bella, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Ayden Adrian, 3, dan Ara Adreanna, setahun.

Sebelum ini nama Aliff memang sinonim terpalit dengan isu panas termasuk kecur4ngan dan beberapa kes lain yang turut melibatkan pihak berkuasa.

Sumber: K! ONLINE via trendinggiler

Continue Reading

AGAMA

(video) Terkejut Dan Terpesona Dgn Penemuan Sungai Di Dalam Laut, Penyelam Ini Akhirnya Memeluk Islam Setelah Mendengar Penjelasan Alquran

Published

on

(video) Terkejut Dan Terpesona Dgn Penemuan Sungai Di Dalam Laut, Penyelam Ini Akhirnya Memeluk Islam Setelah Mendengar Penjelasan Alquran

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton acara TV ‘Discovery Chanel’, pasti mengenali Mr. Jacques Yves Costeau. Ia adalah seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka berasal dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke berbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat film dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton oleh seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba Jacques Yves Costeau menemukan beberapa kumpulan mata air tawar segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur dengan air laut yang masin di sekelilingnya. Seolah-olah ada dinding atau lapisan yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu membuat Mr. Costeau bingung dan mendorongnya untuk mencari tahu penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam.

Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut. Sampai pada suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia pun menceritakan fenomena ganjil itu.

Profesor itu teringat pada ayat Alquran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi:

“Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laayabghiyaan…”

Ertinya: “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.”

Kemudian dibacakan pula surat Al Furqan ayat 53, yang bermaksud:

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al-Furqan: 53)

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi

“Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan”

Ertinya, “Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Alquran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Dia pun berfikir, Alquran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.

Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil abad 14 yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Alquran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Sumber:kifarahmedia

Continue Reading

Trending