Connect with us

HIBURAN

(video) Budak ‘Bergurau Kasar’ Dgn Cikgu Apabila Ditanya Satu Soalan

Published

on

(video) Budak ‘Bergurau Kasar’ Dgn Cikgu Apabila Ditanya Satu Soalan

Bahasa Jawa adalah merupakan bahasa pertuturan yang digunakan penduduk suku bangsa Jawa terutama di sesetengah bahagian seperti Banten, Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur di Indonesia. Bukan itu sahaja, bahasa ini juga terbahagi kepada dua, iaitu Ngoko dan Kromo. Meskipun ia merupakan bahasa yang berasal dari Indonesia, namun masih terdapat sesetengah rakyat Malaysia yang turut fasih terhadap bahasa ini.

Pada beberapa waktu yang lalu, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Instagram yang dikenali sebagai @gelak_sakan.my dimana terdapat seorang guru wanita yang kelihatan sedang bersama anak muridnya di sebuah taska. Menerusi posting berkenaan, guru itu telah bertanyakan satu soalan kepada pelajar terbabit.

”Boleh cakap Jawa tak?” tanya guru berkenaan. Namun begitu, lain pula yang jadi apabila kanak-kanak perempuan itu telah memberikan jawapan yang berbeza daripada yang diharapkan. “Jawa”, kata pelajar terbabit. Meskipun singkat, namun ternyata jawapan budak berkenaan telah mencetuskan gelak tawa warga netizen yang melihat video berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zon Gelak Sakan (@gelak_sakan.my)

Rata-rata warga netizen turut meninggalkan komen yang menyokong tindakan kanak-kanak terbabit. “Betul lah tu budak tu cakap”, kata salah seorang warga netizen yang memberikan komen dengan nada jenaka.

Posting tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 179 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Instagram tersebut.

sumber: himpunanceritalawak

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

HIBURAN

(video) Tengah Rakam Moment Di Stadium, Abg Ni Pula Jadi Tumpuan

Published

on

(video) Tengah Rakam Moment Di Stadium, Abg Ni Pula Jadi Tumpuan

Menonton bola secara ‘live’ merupakan suatu nikmat bagi kaum lelaki betul tak?

Iyalah, dapat menonton pasukan bola kegemaran depan mata. Situasinya juga sangat menyeronokkan dan menjadi semangat apabila menonton bola sesama peminat yang lain.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang lelaki syok merakam suasana stadium, tetapi lain pula jadinya telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video berkenaan, kelihatan ramai yang sedang berada di stadium untuk menonton pasukan bola kegemaran.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang lelaki bertindak untuk merakam suasana di stadium, namun rakaman itu menjadi hiburan apabila ada seorang lelaki yang lalu tiba-tiba terjatuh daripada tangga.

Image from @capik976 (TikTok)

lihat video

“Pergh malu siak, kalau aku terus tak pandang kiri kanan” – Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini meraih sehingga 195K tontonan, 29K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat rakaman itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @capik976 (TikTok)

Image from @capik976 (TikTok)

Image from @capik976 (TikTok)

Image from @capik976 (TikTok)

sumber: says.com

Continue Reading

HIBURAN

(video) “Comel betul laa…” Pemuda Buat ‘Surprise’ Pakai Maskot Doraemon Masa Majlis Tunang

Published

on

(video) “Comel betul laa…” Pemuda Buat ‘Surprise’ Pakai Maskot Doraemon Masa Majlis Tunang

Seorang pemuda membuat kejutan kepada tunangnya dengan memakai maskot di majlis pertunangan mereka baru-baru ini. Sweet betul!

Datang dengan memakai maskot!

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Manees di TikTok, dia berkongsi momen yang tidak akan dilupakan ketika majlis pertunangannya iaitu bakal suaminya sendiri datang dan memberikan kejutan yang tidak disangkakan!

Lebih menarik lagi, jelas kelihatan bakal suaminya itu hadir ke majlis pertunangan mereka dengan memakai maskot kartun popular Doraemon dan menghiburkan para tetamu yang hadir ke majlis tersebut serta bergambar bersama-sama.

Walau bagaimanapun, setelah selesai dengan kejutan yang diberinya itu, lelaki berkenaan membuka maskot tersebut di hadapan wanita itu dan masing-masing bergambar di atas pelamin seperti biasa.

Video yang berdurasi selama 20 saat itu meraih lebih 150 ribu tontonan dan mendapat lebih 8 ribu tanda suka di TikTok.

video

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kejutan yang diberikan daripada lelaki berkenaan. Malah ada di antara mereka turut mendoakan agar urusan majlis perkahwinan mereka akan datang dipermudahkan.

Sumber: Manees via ohbulan

Continue Reading

HIBURAN

(video) “Apa Beza Kasut Dan Sepahtu?” Kemunculan Mengejut Shuib Dlm Sepahtu Reunion Live 2021 Gamatkan Suasana

Published

on

(video) “Apa Beza Kasut Dan Sepahtu?” Kemunculan Mengejut Shuib Dlm Sepahtu Reunion Live 2021 Gamatkan Suasana

Semua sedia maklum bahawa usahawan dan pelawak Shuib mengakui ketiadaannya dalam program Sepahtu Reunion Live 2020 dan pengundurannya sebagai penyampai radio kerana mahu berehat dari dunia seni.

Bagaimanapun kata Shuib, dia hanya bercuti buat seketika kerana mahu memberi fokus kepada rangkaian perniagaan BubbleBee terlebih dahulu.

“Saya tidak akan berundur dari dunia seni kerana bidang ini adalah sesuatu yang saya suka dan minat. “Cuma sejak kebelakangan ini saya mulai sedar yang saya perlu menyusun semula kerja-kerja dilakukan supaya lebih teratur.

“Sebelum ini saya buat banyak kerja dalam satu masa dan berasa sedikit kelam kabut bila nak fokus, terutama yang melibatkan BubbleBee,” katanya.

SHUIB MUNCUL DI SEPAHTU REUNION LIVE 2021

Bukan sahaja ahli kumpulan Sepahtu yang terkejut malahan semua penonton di studio turut terkejut. Apabila Shuib melangkah masuk ke dalam set Sepahtu Reunion Live 2021, seluruh studio bergema dengan sorakkan.

Paling tak boleh cover line adalah Rahim Sepahtu, dia terlompat lompat kegembiraan apabila rakan seperjuangan di dalam Sepahtu kembali walaupun sekejap sebagai cameo.

Apa Beza Kasut Dan Sepahtu?

Shuib bertanyakan satu soalan kepada Jep Sepahtu apakah perbezaan diantara kasut dan Sepahtu. Seperti biasa Jep akan buat buat tak tahu, sudah semestinya dia menunggu apakah punchline Shuib.

Kasut adalah ini (sambil memegang sepasang kasut), Sepahtu itu adalah kita (sambil menunjuk semua ahli kumpulan Sepahtu). Kata kata Shuib memang mendalam sehinggakan Jep terdiam dan seluruh dewan bersorak lagi.

sumber: AwatttSyeikhh Network via trendinggiler

Continue Reading

Trending