Connect with us

PENGAJARAN

(video) “Biarlah hidup pakcik susah jangan ganggu anak, dia jaga anak dia sudah” Luahan Pakcik Ni Bikin Sebak Netizen

Published

on

(video) “Biarlah hidup pakcik susah jangan ganggu anak, dia jaga anak dia sudah” Luahan Pakcik Ni Bikin Sebak Netizen

Pengorbanan ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak merupakan pengorbanan terbesar yang dibuat oleh insan mulia ini bagi memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna satu hari nanti. Bahkan, pengorbanan mereka ini mungkin tidak boleh dibalas dengan wang ringgit.

Bagaimanapun, apabila usia semakin lanjut apa yang diperlukan oleh warga emas ini, hanyalah perhatian dan sepenuh kasih sayang daripada anak-anak yang sebelum ini telah ditatang bagai minyak yang penuh.

Luahan bapa undang sebak

Bagaimanapun, seperti perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Abe Joe menerusi satu video di laman TikTok, mengundang sebak apabila warga emas ini menceritakan mengenai anak-anaknya. Difahamkan, warga emas ini pada mulanya meminta RM1 untuk membeli air sebelum bercerita lebih lanjut mengenai kisah hidupnya.

Anak pakcik ada dekat Selangor, biarlah jangan ganggu dia. Pakcik tak suka, pakcik hidup orang tua, orang tua dah cakap jangan ganggu anak, esok kalau adik dah macam pakcik 70 lebih tahulah cara hidup macam mana.

Pada masa yang sama, warga emas ini turut menjelaskan dia lebih memilih untuk hidup susah berbanding menyusahkan anak-anaknya yang lain.

Pakcik bukan muda lagi, Esok kalau adik umur macam pakcik, 70 lebih bukan muda. Biarlah hidup pakcik susah jangan ganggu anak, dia jaga anak dia sudah. Pakcik cakap betul. Kau jaga anak kau sudah. Ayah kau jangan kira dan 70 lebih bila-bila nak mati pun boleh malam ni mati ke. Pakcik cakap betul.

Di hujung video tersebut, warga emas ini tidak dapat lagi menahan sebak dan menitiskan air mata mengenangkan nasibnya yang diuji dengan sedemikian rupa. Video tersebut bagaimanapun meraih ratusan komen yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib yang menimpa warga emas ini dan mendoakan dia supaya terus dimurahkan rezeki.

lihat video di sini

Sedihnya!

Sumber: Abe Joe via ohbulan

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PENGAJARAN

“Sudah jatuh ditimpah tangga”, Didakwa Telefon ‘Free’ Punca Rumah Musn4h Dijilat 4pi

Published

on

“Sudah jatuh ditimpah tangga”, Didakwa Telefon ‘Free’ Punca Rumah Musn4h Dijilat 4pi

Sejak Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) dikuatkuasa oleh kerajaan susulan peningkatan Covid-19 di Malaysia, pelbagai masalah berkenaan peranti seperti telefon pintar dan juga komputer riba disuarakan.

Walaupun ada pihak yang telah menyumbangkan telefon pintar untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah menjalani PdPR, namun ramai yang mendakwa telefon yang diberi berkualiti rendah sehingga membahayakan pengguna.

Rumah terbakar sebab telefon

Dalam satu perkongsian yang tular di media sosial beberapa hari yang lalu, seorang pengguna Twitter menggunakan nama akaun @satypls telah memuat naik keadaan sebuah rumah yang sudah terbakar dan didakwa berpunca daripada letupan telefon pintar berkualiti rendah.

Cas telefon letak di bantal

Menurut pengguna Twitter itu lagi, penghuni rumah tersebut memaklumkan kepada penduduk kampung yang pada awalnya dia mengecas telefon pintar percuma tersebut dan meletakkannya diatas bantal.

Disebabkan terlupa untuk memadam cas telefon, tanpa sempat berbuat apa-apa rumah mereka telah hangus dijilat api.

Bukan orang senang

Tambah @satypls lagi, keluarga tersebut bukanlah berasal dari keluarga berada dan ketika ini mereka hanya mampu menumpang rumah orang lain kerana rumah mereka habis terbakar.

Dalam pada itu, dia juga sempat menyertakan sekali nombor akaun bank keluarga tersebut andai ada sesiapa yang sudi meghulurkan sedikit sumbangan buat keluarga itu.

Untuk perkembangan seterusnya, pengguna Twitter memaklumkan akan memuat naik dari masa ke semasa berkaitan keadaan keluarga tersebut.

Dah banyak kes telefon meletup

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang bersuara dengan menzahirkan rasa terkilan kerana sudah banyak kes letupan telefon pintar. Salah satu punca utama tentunya disebabkan kualiti telefon ditahap yang rendah diberikan secara percuma kepada pelajar sekolah.

Jadi, rata-rata warganet meminta pihak-pihak berkenaan membuka mata supaya menyedari bahaya pemberian telefon pintar yang tidak mempunyai kualiti yang baik kepada pelajar sekolah bagi tujuan PdPR.

Sumber: Twitter @satypls via ohmymedia

Continue Reading

PENGAJARAN

(video) Sabar!!!! Escort ‘menjerit’ Tegur Tindakap Pemandu Myvi Yang Degil Dan Tak Sabar

Published

on

(video) Sabar!!!! Escort ‘menjerit’ Tegur Tindakap Pemandu Myvi Yang Degil Dan Tak Sabar

Jika kita ternampak treler panjang berada di atas jalan raya, kita akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan jarak kenderaan yang dipandu tidak hampir dengan treler panjang tersebut.

Namun, terbalik pula dalam satu video TikTok yang dikongsikan oleh @tudungbawal0 apabila ada sebuah Myvi berwarna biru bertindak cuba memintas sebuah treler panjang yang mahu masuk ke simpang kanan di satu persimpangan lampu isyarat.

Ekoran tindakan pemandu Myvi tersebut yang tidak ‘menyempat’ itu, ada kenderaan ‘escort’ kepada treler panjang tersebut menjerit menegur pemandu Myvi dengan menyatakan perbuatannya itu membahayakan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

video

Ramai netizen berkongsikan pelbagai komen dan pada masa yang sama berasa terhibur melihat pemandu Myvi tersebut kena marah. Kata mereka, jika bertembung silap-silap treler panjang tersebut yang akan terbalik kerana ianya ringan tiada muatan di belakangnya.

Semoga pemandu kenderaan lain boleh mengambil iktibar daripada video TikTok ini agar sentiasa berjaga-jaga sekiranya bertemu dengan treler panjang seperti ini supaya dapat mengelakkan risiko pelanggaran.

Ia bukan sahaja menyusahkan diri kita dengan treler panjang tersebut, bahkan boleh menyusahkan pengguna jalan raya lain yang turut menggunakan laluan yang sama.

sumber: thevocket

Continue Reading

PENGAJARAN

Lelaki Luah Kecewa. Beli Baju Ribuan Ringgit, Tapi Dapat ‘Jagung Buruk’

Published

on

Lelaki Luah Kecewa. Beli Baju Ribuan Ringgit, Tapi Dapat ‘Jagung Buruk’

Kecoh sejak semalam dalam industri bundle tempatan apabila seorang lelaki yang juga menjual barangan pakaian bundle luah kekecewaan setelah baju yang dibeli daripada rakan beliau diterima dalam keadaan keadaan yang ‘berbeza’.

Menurut perkongsian Twitter mangsa @AidilLatifff, beliau meluahkan kekecewaan terhadap pihak kurier J&T Setapak yang sepatutnya bertanggungjawab dengan tidak mengambil barangan pelanggan.

Lebih mengejutkan, beliau yang sepatutnya menerima pakaian yang dibeli bernilai RM1,500 oleh rakan beliau telah menerima parcel double tracking berisi jagung buruk bertarikh 22 Julai 2021 lalu.

Isu yang berlaku turut mendesak beliau memuat naik sebuah video dalam menjelaskan isu yang berlaku melibatkan kurier J&T cawangan Setapak. Beliau juga turut membuat laporan polis terhadap isu yang berlaku. Beliau juga turut memaklumkan menerima barangan dengan alamat yang berbeza daripada alamat sebenar beliau.

Mangsa Aidil Latif dalam video beliau sebaliknya tidak menyalahkan pihak penjual kerana cukup kenal dan yakin dengan kejujuran pihak penjual. Malah, beliau yang kerap berurusan dengan pihak penjual berkenaan turut memaklumkan penjual tersebut turut menunjukkan gambar dan video barangan sebelum membuat penghantaran.

Netizen lain turut meluahkan isu melibatkan kurier J&T

Difahamkan isu ini tidak hanya berlaku secara kebetulan atau kecuaian, terdapat para netizen yang mengadu turut mengalami situasi yang sama menerusi cawangan J&T Setapak.

Terdapat juga netizen yang memesan muruku dan menerimanya dalam keadaan muruku berbaki separuh balang manakala penutupnya pula sekadar digantikan oleh bubble wrap.

Menurut perkongsian terbaru daripada Aidil Latif, video luahan kekecewaan beliau terhadap kurier J&T cawangan Setapak telah diturunkan berikutan merupakan jumlah report yang tinggi di Instagram.

Kemas kini 4 Ogos 2021: Menerusi perkongsian terbaru daripada Aidil Latif, beliau memaklumkan pihak J&T telah mengambil maklum mengenai isu yang berlaku dan berjaya menemui parcel baju beliau.

Aidil Latif turut berterima kasih kepada pihak J&T yang mengambil berat terhadap isu yang berlaku dan difahamkan beliau telah mendapatkan parcel sebenar beliau.

Sebelum ini, kurier J&T Express pernah menjadi bualan hangat netizen berikutan isu parcel singgah di beberapa negeri berbeza sebelum diterima penerima.

sumber: thevocket

Continue Reading

Trending