Connect with us

INSPIRASI

(video)Kehilangan Penglihatan Sejak 5 Tahun Lalu Tidak Menghalang Pakcik Untuk Tetap Rajin Ke Masjdi Melaungkan Azan

Published

on

Kehilangan Penglihatan Sejak 5 Tahun Lalu Tidak Menghalang Pakcik Untuk Tetap Rajin Ke Masjdi Melaungkan Azan

Baru-baru ini, telah tular tentang kisah seorang pakcik bernama Pak Mad yang berasal dari Indonesia di serata laman sosial. Pak Mad merupakan seorang bilal di Masjid Baitul Muttaqin, Desa Kalipair, Tegaldlimo, Banyuwangi.

Biarpun usianya sudah banyak serta keupayaan fizikalnya yang terbatas, Pak Mad masih rajin menjalankan tugasnya sebagai seorang bilal. Kisah Pak Mad diceritakan oleh seorang pengguna Twitter bernama Ayung menerusi ciapannya di laman sosial Twitter.

Hilang penglihatan sejak lima tahun lalu

“Selama 5 tahun lepas, dia kehilangan penglihatan. Tapi, tak pernah tinggal untuk ke masjid. Orang yang muda dan sihat pun malu,” tulis Ayung di ruangan kapsyen.

Difahamkan lagi, lelaki tua ini juga sudah hilang penglihatan sejak lima tahun lalu. Jadi, menerusi video itu, dia dilihat terpaksa memegang dinding masjid setiap kali mengumandangkan azan.

Bagaimanapun, walaupun dia tidak dapat melihat, suaranya ketika melantunkan seruan solat cukup merdu sehingga menembus ke dalam pelusuk hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Diuji tapi tetap semangat beribadah

Sehingga kini, video Pak Mad menjadi tular di laman sosial sehingga membuatkan ramai netizen kagum.

Merdu suara laungan azan

Semoga pakcik sihat selalu


Dalam pada itu, ramai yang mendoakan semoga penyakit Pak Mad akan segera sembuh dan dia boleh menjalankan aktivitinya dengan lebih baik.

Sumber: Indozone, Twitter Ayung via borakdaily

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INSPIRASI

Dari Kedah Ke Melaka Untuk Melawat Anak Sakit.. Pakcik Kehabisan Duit, Mujur Ada Insan Berhati Mulia

Published

on

Dari Kedah Ke Melaka Untuk Melawat Anak Sakit.. Pakcik Kehabisan Duit, Mujur Ada Insan Berhati Mulia

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Terkadang daam idup ini kita merasakan bahawa masalah kita lebih besar dari segalanya namun tanpa kita sedar, terdapat orang lain yang jauh lebih berat ujiannya berbanding kita.

Sudah jatuh ditimpa tangga, itu lah peribahasa yang sinonim dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang dikenali sebagai Wan Abdul Hati memuat naik satu perkongsian di laman TikTok mengenai seorang pakcik berumur 66 tahun mengundang sebak ramai.

Difahamkan pemuda ini dalam pejalanan ke Kuala Lumpur daripada Batu Pahat dan dia singgah di hentian rehat dan rawat (RnR) Ayer Keroh untuk membuang air dan membeli minuman.

Namun sewaktu dia berjalan ke kereta untuk merokok, dia terlihat seorang pakcik yang sedang duduk seorang diri dan segera ke arah pakcik tersebut setelah dilambainya.

Bercerita lanjut, Pakcik ini bertanya pemuda ini dia mahu ke mana dan meminta izin untuk tumpang pemuda ini ke hentian Nilai.

Takut akan perkara yang tidak diingini berlaku, lelaki ini bertanya semula Pakcik ini daripada mana dan mengapa pakcik tersebut ingin menumpangnya ke Nilai.

Namun siapa sangka, pakcik ini sebenarnya berasal dari Alor Setar dan sudah 3 hari di Melaka untuk melawat anak tunggalnya yang baru sahaja terlibat dalam kemalangan.

Menurut rakan kepada anaknya itu, anak tunggal berumur 24 tahun yang juga pelajar degree di sebuah institusi di Melaka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux ketika berhenti menunggu lampu merah.

Keadaan anaknya kini kritikal dimana dia masih koma dan tidak sedarkan diri. Bukan itu sahaja, kedua-dua belah kaki juga patah sehingga ke paras peha. Leher, kedua-dua belah tangan turut patah serta terdapat luka di bahagian kepala.

Hidup sebatang kara, warga emas ini sudah kehilangan isteri tercinta 18 tahun lalu dan satu-satunya abang kepada pakcik ini juga telah meninggal dunia dan kini dia cuma mempunyai seorang kakak ipar namun tidak dapat dihubungi.

Pakcik ini hanya meminta belas ihsan pemuda tersebut untuk menumpangnya ke hentian untuk dia pulang semula ke Alor Setar.

Difahamkan duitnya sudah habis digunakan seaktu berada di Melaka dan ingin pulang ke Alor Setar untuk menoreh getah dan mengumpul duit untuk datang ke Melaka semula menjenguk anaknya bagaimana pun dia redha jika Allah ingin mengambil nyawa anaknya.

Sebak dengan lauahan warga emas ini, pemuda berhati mulia tersebut mengambil keputusan untuk menghantar pakcik initerus ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk terus pulang ke Alor Setar serta menghulurkan sejumlah wang untuk membeli tiket bas.

Sebelum ke TBS, lelaki ini juga membawa pakcik ini untuk makan kerana dia hanya menjamah roti sejak semalam.

sumber: kini.airnws

Continue Reading

INSPIRASI

(video) “Terima kasih kak ana 16 tahun dengan kami jaga makan minum kami 😭 kami semua syg kak ana mcm ibu kami sendiri” Satu Keluarga Menangis Hantar Pembantu Balik Kampung

Published

on

(video) “Terima kasih kak ana 16 tahun dengan kami jaga makan minum kami 😭 kami semua syg kak ana mcm ibu kami sendiri” Satu Keluarga Menangis Hantar Pembantu Balik Kampung

Mempunyai pembantu rumah yang jujur dan amanah merupakan salah satu rezeki yang patut disyukuri. Khidmat mereka yang ikhlas menjaga kebajikan keluarga menjadikan hubungan pembantu rumah dan majikan akrab.

Seperti video tular di TikTok ini, satu keluarga menangis ketika menghantar pembantu rumah yang dikenali sebagai Kak Ana di lapangan terbang.

Difahamkan, Kak Ana sudah bekerja selama 16 tahun bersama keluarga itu dan kini sudah tiba masanya untuk pulang ke kampung.

Terima kasih kak ana 16 tahun dengan kami jaga makan minum kami 😭 kami semua syg kak ana mcm ibu kami sendiri🤍 #fypシ #foryo

lihat video

Mereka mengucapkan terima kasih di atas jasa Kak Ana menjaga makan minum selama ini. Malah, mereka sudah menyayangi Kak Ana seperti ibu sendiri.

Di ruangan komen, netizen turut mengalirkan air mata melihat reaksi keluarga penyayang ini. Mana tidaknya, masing-masing memeluk erat seolah-olah berat untuk melepaskan Kak Ana pergi.

Apa-apa pun hubungan erat keluarga ini dengan pembantu rumah memang patut dijadikan contoh. Iyalah, zaman sekarang ini bukan senang nak cari pembantu rumah yang ikhlas bekerja. Bila dah dapat yang baik, memang satu rezeki.

Kredit: TikTok @aimanashraf8

sumber: ohmedia

Continue Reading

INSPIRASI

(video) “Kasih abang dan adik” Setahun Terpisah DIsebabkan Pendemik, Abang Berlari Peluk Adik Lepas Kerinduan

Published

on

(video) “Kasih abang dan adik” Setahun Terpisah DIsebabkan Pendemik, Abang Berlari Peluk Adik Lepas Kerinduan

Sejak pandemik melanda dunia, banyak ahli keluarga yang terpisah lama. Ada yang hampir dua tahun tidak berusia muka kerana kekangan untuk merentas sempadan negeri dan juga negara.

Jadi, sudah tentu kelonggaran yang dibenarkan sejak beberapa bulan ini digunakan sebaiknya oleh mereka untuk pulang bertemu ahli keluarga tersayang.

Bertemu selepas setahun

Jadi, menerusi perkongsian yang dibuat seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @beebah.king.official, dia telah memuat naik satu video pertemuan seorang abang dan adiknya selepas setahun tidak bersua.

Seorang di Singapura, seorang di Malaysia

Menurutnya, mereka tidak dapat berjumpa kerana seorang berada di Malaysia dan seorang lagi berada di negara seberang tambak, Singapura.

Apa yang mengharukan adalah reaksi abangnya yang terkejut dan berlari memeluk adik perempuan tersayang kerana begitu merindui setelah lama tidak bersua.

lihat video

Tahniah buat ibu bapa yang mendidik anak

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen menyatakan rasa terharu melihat keakraban adik-beradik walaupun masing-masing sudah dewasa.

Mereka juga akui seronok dan terhibur melihat keletah adik-beradik itu yang memuatkan mereka terkenang akan ahli keluarga masing-masing.

Sumber: TikTok @beebah.king.official via ohmymedia

Continue Reading

Trending