Connect with us

AGAMA

Panduan Lengkap Sujud Sahwi Sekiranya Terlupa “Rakaat” Serta “Doa Qunut”

Published

on

Panduan Lengkap Sujud Sahwi Sekiranya Terlupa “Rakaat” Serta “Doa Qunut”

Sebagai seorang hamba dan insan yang bersifat lemah dan pelupa, kita tidak akan terlepas dari lupa ataupun membuat kesilapan. Dalam solat contohnya kita terlupa dengan bilangan rakaan ataupun kita terlupa melakukan doa qunut.

Perkara itu adalah lumrah bagi seorang hamba. Kita tak akan terlepas dari sifat lupa atau leka walaupun ketika beribadah kepadaNya. Sujud sahwi adalah cara untuk menutup kekurangan dalam solat fardhu.

HUKUM SUJUD SAHWI

Sahwi bererti lupa. Menurut Imam merangkap Penolong Pengarah Pembinaan Sakhsiah Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sesuai dengan namanya, sujud sahwi ini dilakukan adalah untuk menampung beberapa jenis kesalahan yang dibuat ketika solat akibat lalai atau terlupa. Antara kesalahannya adalah terlupa melakukan salah satu sunat ab’adh, iaitu tahiyat awal dan doa qunut.

Hal ini adalah berdasarkan hadis daripada al-Mughirah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang kamu berdiri sesudah dua rakaat tetapi ia belum sampai sempurna berdiri, maka hendaklah ia duduk kembali (untuk tasyahud pertama) tetapi jika ia sudah berdiri dengan sempurna, maka jangan ia duduk kembali dan hendaklah ia sujud dua kali (Sujud Sahwi)”. (Riwayat Ahmad)

Selain itu, ia juga dianjurkan sekiranya kita berasa ragu-ragu terhadap bilangan rakaat. Dari Abu Sa’id al-Khudri RA, di mana Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِـيْ صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثًا أَوْ أَرْبَعًـا؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَـا اسْتَيْقَنَ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ. فَإِنْ كَـانَ صَلَّى خَمْسًا شَفِعْنَ لَهُ صَلاَتُهُ، وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا ِلأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيْمًا لِلشَّيْطَانِ.

“Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah melengkapkan solatnya. Namun, jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i RA)

Sujud sahwi hukumnya adalah sunat. Ini bermakna, tidaklah batal solat seseorang jika tidak dilakukan.

CARA SUJUD SAHWI YANG LENGKAP

Walaupun hukumnya sunat, eloklah kita melakukannya apabila perlu. Ini kerana, cara sujud sahwi sebenarnya amat mudah, iaitu seperti berikut:

1) NIAT

Sujud sahwi perlu diniat terlebih dahulu pada penghujung rakaat terakhir. Sesudah tahiyat akhir, sebelum memberi salam, takbir dan sujud dengan lafaz sujud sahwi. (Menurut kuliah Ustaz Don Daniyal, jika kita sudah berniat mahu melakukan sujud sahwi, duduk tahiyat akhir seeloknya dalam keadaan duduk antara dua sujud.)

2) SUJUD

Lafaz ini dibacakan 3 kali dalam sujud sahwi:

سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ

(Subhana Man Laa Yanaamu Walaa YasHuu )Maksudnya: Maha suci Allah, zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa

3) DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Selepas membaca lafaz tersebut, bangun daripada sujud dan duduk dalam posisi di antara dua sujud, sama seperti yang biasa kita lakukan dalam solat. Bacaan juga sama seperti duduk antara dua sujud.

4) SUJUD SEKALI LAGI

Sesudah itu duduk kembali pada posisi duduk di antara dua sujud dan lakukan sujud sahwi sekali lagi. Kemudian duduk dalam keadaan tahiyat akhir dan beri salam seperti biasa (tak perlu mengulang bacaan tahiyat akhir sekali lagi).

BAGAIMANA KALAU TERTINGGAL PERBUATAN YANG TERMASUK DALAM RUKUN SOLAT?

Setakat ini, kita dijelaskan bahawa kita digalakkan melakukan sujud sahwi apabila kita terlupa sesuatu perbuatan sunat ab’adh, iaitu doa qunut atau tahiyat awal yang tidak termasuk dalam 13 rukun solat.

Jadi, apakah yang sepatutnya kita lakukan jika kita terlupa melakukan perkara yang termasuk dalam rukun (contohnya membaca al-fatihah atau rukuk)?

Kita tidak boleh menggantikan perkara yang tertinggal tadi dengan sujud sahwi semata-mata. Contohnya, kita terlupa membaca al-fatihah pada rakaat ketiga dalam solat maghrib. Maka, kita perlu membaca al-fatihah yang tertinggal tadi dengan cara mengulang rakaat ketiga secara keseluruhannya (kerana rakaat ketiga tadi tidak dikira sempurna). Sebelum mengakhiri solat, barulah kita melakukan sujud sahwi.

HIKMAH SUJUD SAHWI

Sujud sahwi sangat dituntut untuk membaiki solat kita yang cela. Allah yang Maha Penyayang masih boleh menerima ibadah kita walaupun ada cacat celanya.

Segala amalan yang dituntut dalam Islam pasti ada hikmahnya. Dalam perihal sujud sahwi, kita sebagai hamba banyak kekurangannya. Maka, Rasulullah SAW mengajar kita cara sujud sahwi sebagai salah satu cara menutup kekurangan kita.

Lihatlah betapa pengasihnya Allah kepada kita. Dengan segala kekurangan kita dalam melakukan ibadah, Allah tetap memberikan jalan untuk menampung kekurangan tersebut. Semoga kita dapat bersama-sama memperbaiki kualiti ibadah kita agar diterima oleh Allah SWT

Sumber : majalahperdana

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

AGAMA

(video) Disangka Artis, Pemuda Tampan Ini Rupanya Juara Dunia Penghafal Al-Quran.. MashaAllah Sungguh Merdu Suaranya

Published

on

(video) Disangka Artis, Pemuda Tampan Ini Rupanya Juara Dunia Penghafal Al-Quran.. MashaAllah Sungguh Merdu Suaranya

Sekilas pandang remaja ini disangka artis muda. Wajahnya tampan, serta rambutnya panjang. Dari penampilannya, ramai orang yang tak menyangka, dia adalah seorang juara dunia penghafal Qur’an.

Semua sangkaan meleset saat remaja ini tampil ke depan dan menjawab soal dari juri Tahfidz Quran dan mulai melafazkan ayat-ayat Quran.

Tak Disangka, Remaja Berambut Gondrong Ini Ternyata Juara Hafidz Quran – Bangka Pos

Hafalan yang kuat serta suara yang merdu membuat semua hadirin terpegun dan kagum. Dialah Hamzah Al-Habashy, remaja asal Amerika Serikat berusia 14 tahun.

Atas kegigihannya menghafal Al-Quran, ia akhirnya berhasil menajdi juara 2 Dubai International Holy Quran Award (DIHQA) 2015. Simak video inspiratif Remaja AS ini ketika melafalkan ayat-ayat Quran.

Sumber: youtube Via Majalah Harian

Continue Reading

AGAMA

(video) Seorang Hafiz Cilik Tenang Melantunkan Ayat Alquran Walaupun Sedang Menghadapi Sak4ratul M4ut

Published

on

(video) Seorang Hafiz Cilik Tenang Melantunkan Ayat Alquran Walaupun Sedang Menghadapi Sak4ratul M4ut

Sebuah video yang memperlihatkan seorang hafiz cilik yang terus melantunkan ayat-ayat Alquran di tengah menghadapi sakaratul maut viral di media sosial. Diketahui, anak tersebut bernama Osama Jundul Haq yang telah hafal tiga juz dalam Alquran.

Dalam video terlihat Osama yang berada di atas kasur rumah sakit dengan balutan kain cokelat dan selang infus yang menempel di hidungnya terus melanjutkan bacaan ayat Alquran yang dituntun oleh perempuan yang memegangi tangannya. Seorang lelaki berbaju ungu dan berjanggut itu pun tampak terus mengusap kepala Osama yang sedang dikompres dengan handuk putih kecil.

“MasyaAllah.. detik-detik kematian sahabat saya, Osama Jundul Haq, tahfidz qur’an 3 juz. Putra Bapak Sanawi Pandeman. Di tengah menghadapi zakaratul maut, bibirnya masih berdecak melantunkan ayat ayat Allah. Mencintai Alquran, Allah memuliakan cara kematiannya. Semoga husnulkhatimah wahai sahabatku,” tulis akun Balhot Kangeanisme Dotkom.

Unggahan video itu pun sudah dibagikan sebanyak 29.000 kali oleh pengguna Facebook dan di-repost oleh akun Instagram @omg.info.id, @omg.indonesia.id, dan viralrepost.id. Alhasil, video ini menuai banyak komentar dari warganet. Kebanyakan dari mereka mendoakan agar hafiz cilik itu husnulkhatimah dan mendapatkan surga-Nya.

Mari Lah Kita Sama-sama mendoakan AdiK Ini agar Sentiasa Tenang Di Sana.

Sumber: Mimbar raudah

Continue Reading

AGAMA

(video) Ulama Mesir, Sheikh Abdul A’ti Ali Abdul Jalil Sempat Mengalunkan Ayat Suci Al-Quran Sebelum Dijemput Ilahi

Published

on

(video) Ulama Mesir, Sheikh Abdul A’ti Ali Abdul Jalil Sempat Mengalunkan Ayat Suci Al-Quran Sebelum Dijemput Ilahi

Setiap yang beriman pasti ingin meninggal dunia dalam pengakhiran yang baik atau husnul khatimah. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, antara tanda husnul khatimah ialah seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan melakukan amalan soleh dan mengucapkan syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Beberapa waktu yang lalu, seorang lagi ulama meninggalkan kita. Ulama dipercayai hafiz Al-Quran tertua di Luxor, Mesir, Sheikh Abdul A’ti Ali Abdul Jalil sempat membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebelum meninggal dunia. Dalam video yang tular di media sosial, Allahyarham dilihat sedang terbaring dengan memakai alat bantuan pernafasan.

Lantunkan Ayat Al-Quran Sebelum Dijemput Illahi

Berdasarkan perkongsian portal Arab, Sheikh Abdul A’ti lahir di Edfu, utara Aswan pada 1934. Beliau kemudiannya mengikut ayahnya berpindah ke Esna dan menghafaz kitab suci Al-Quran pada usia muda sebelum hilang penglihatan.

Pada usia 15 tahun, beliau menghabiskan hafazan Al-Quran dan menyertai sekolah menengah Al-Azhar. Beberapa hari lepas, beliau didakwa mengalami masalah kesihatan dan menunjukkan simptom jangkitan koronavirus. Beliau menjalani ujian saringan dan didakwa positif virus berkenaan. Pun begitu, punca sebenar kem4tiannya tidak ketahui.

Semoga Pengakhiran kita juga husnul Khotimah dan semoga amal ibada kita diterima di sisi ALLAH SWT… Aamiin Allahumma Aamiin

Sumber: siakapkeli via mysumbermaya

Continue Reading

Trending