Connect with us

KESIHATAN

Sering Mengalami Sakit Pinggang, Sakit Leher dan Otot. Boleh Amalkan 3 Cara Mudah Ini. InsyaAllah Berkesan

Published

on

Sering Mengalami Sakit Pinggang, Sakit Leher dan Otot. Boleh Amalkan 3 Cara Mudah Ini. InsyaAllah Berkesan

Siapa di sini seringkali sakit pinggang dan lehernya sering tegang saat kerja? Mungkin sukar berdiri selepas duduk dalam tempoh yang lama? Seharian melakukan kerja yang berat sudah pastinya menyebabkan seluruh badan sakit dan lenguh. Bukan hanya itu, orang yang bekerja di pejabat juga tidak terlepas dari masalah itu.

Lalu bagaiman kita boleh meredakan kesakitan itu? Di sini dikongsikan cara-cara yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut. 3 cara berikut ini jika dilatih secara teratur dapat menyingkirkan sakit penyakit yang tidak perlu. Cara ini dapat juga melatih otot tubuh bahagian atasmu hingga tidak mudah sakit lagi.

1) Regangan Otot Dada

Cari sudut dinding di berdekatan anda seperti yang kelihatan di gambar, tekan tapak tangan anda di dinding dan tolak tubuh anda ke depan. Campurkan dengan gerakan putaran pinggang. Di luar itu tambahkan juga dengan pernafasan yang dalam dan lambat hingga otot dada dirangsang untuk bergerak. Latihan ini dapat dilakukan selama 30 saat diakhiri dengan rehat sebentar, dan lakukan latihan ini berulang sebanyak 3 kali.

2) Teknik Renggangan Dengan Bola Tenis

Teknik renggangan ini memerlukan 1 benda tambahan iaitu sebuah bola tenis. Latihan ini dapat membantu otot dada yang mungkin kaku kerana duduk terlalu lama memperoleh sifat elastiknya kembali. Latihan ini dimulkan dengan memegang bola tenis dengan kedua tangan dan gerakkan di bahagian dada secara perlahan-lahan. Setelah melakukan gerakan ini selama 1 minit, berehatlah selama 5-10 saat dan lakukan latihan ini berulang sepanjang 3 kali.

3) Renggangan Dengan Belon Untuk Punggung Bahagian Atas

Belon seperti yang pada gambar dapat membantu kita melakukan renggangan di bahagian punggung. Posisikan belon di punggung bahagian atas, letakkan kedua tangan di bahagian kepala dan jangan biarkan tangan sampai ke lantai, pertahankan posisi itu dan gerakkan badan ke atas dan ke bawah. Bila di bahagian tertentu ada rasa sakit yang dirasakan, berhentilah sebentar di bahagian itu. Setelah bergerak selama 10-15 saat, rehat sebentar dan lakukan kembali berulang selama beberapa kali.

Dalam beberapa latihan yang pertama, gerakan-gerakan ini mungkin dapat menyebabkan sedikit rasa sakit pada sisi tertentu. Namun janganlah cemas kerana seiring dengan latihan yang semakin kerap, rasa sakit itu bakal beransur-ansur hilang dan anda akan merasa jauh lebih relaks.

Demikianlah cara-cara yang boleh dilakukan untuk melegakan kesakitan dan lenguh-lenguh badan. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada sidang pembaca sekalian. Jangan lupa komen, share dan like page fb kami kalamindah

sumber: karteldakwa 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GLOBAL

Mengambil kira Keadaan Terkini COVID-19, Ini Kenyatan Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah

Published

on

Mengambil kira Keadaan Terkini COVID-19, Ini Kenyatan Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah

COPENHAGEN: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah, Hans Kluge, hari ini pesimis terhadap kemampuan vaksin untuk menamatkan pandemik COVID-19.

Ia berikutan kemunculan varian baharu yang melenyapkan harapan bagi mencapai imuniti kelompok kerana memiliki ciri-ciri yang boleh mengatasi keberkesanan vaksin.

“Mengambil kira kemungkinan coronavirus akan terus berada di sekeliling kita selama beberapa tahun lagi.

“Pihak berkuasa kesihatan kini perlu memikirkan bagaimana untuk menyesuaikan strategi vaksinasi secara berperingkat khususnya berhubung keperluan dos tambahan,” katanya kepada wartawan.

Pada Mei lalu, WHO berkata pandemik itu akan berakhir apabila sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk dunia sudah divaksinasi.

Ketika ditanya AFP jika angka itu masih menjadi sasaran atau memerlukan lebih ramai penduduk divaksinasi, Kluge mengakui keadaan kini berubah disebabkan kemunculan varian baharu yang lebih mudah tersebar seperti Delta.

“Saya fikir ini membawa kita kepada tujuan vaksinasi iaitu yang pertama dan paling utama untuk mencegah penyakit lebih serius serta risiko kematian.

“Jika kita sedar COVID-19 akan terus bermutasi dan berada bersama kita sebagaimana influenza, maka kita perlu menjangkakan bagaimana menyesuaikan strategi vaksinasi secara berperingkat ke arah endemik.

“Kita perlu mengumpulkan pengetahuan penting berhubung kesan suntikan penggalak,” katanya.

Pakar epidemiologi kini berpandangan, tidak realistik imuniti kelompok dapat dicapai melalui penggunaan vaksin walaupun ia tetap penting bagi mengekang pandemik.

Kluge berkata, kadar vaksinasi yang tinggi turut penting bagi mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan yang masih perlu merawat penyakit selain COVID-19.

Varian Delta lebih mudah tersebar iaitu 60 peratus berbanding varian dominan sebelumnya seperti Alpha dan dua kali lebih mudah menular berbanding virus asalnya. – AFP

sumber: bharian

Continue Reading

KESIHATAN

Berat Sungguh Ujian Adik Ni.. Ayah ‘Pergi’ Selamanya Selang 24 Jam Selepas Ibunya Meninggal Dunia.

Published

on

Berat Sungguh Ujian Adik Ni.. Ayah ‘Pergi’ Selamanya Selang 24 Jam Selepas Ibunya Meninggal Dunia.

Kuala Pilah : Sepasang suami isteri ini disahkan m3ninggal dunia selang 24jam selepas ditldurkan aklbat C0VlD19 selepas lebih 6 hari dirwat di Hspital.

Raja Rozida Raja Aziz,45, disahkan mninggal dunia pada 25 ogos ketika dirwat sebagai pesaklt C0VlD19, manakala suaminya Shamsudin Hussin pula disahkan mninggal dunia keesokan harinya 26 ogos juga ketika menerima rwatan aklbat C0V19.

Allahuakhbar, Baru semalam dgr perkhabaran dvka, BeIum habis kesedlhan smlm, malam ni sekali lagi kami dik3jutkan dgn berita sedlh pemergian Din Shamsudin Din pula.

Ya Allah beratnya uj1anmu, Damailah kalian di negara kekal abadi bersama, m0hon sed3kah kan Al Fatihah buat mereka berdua, semoga anak anaknya Putera Hazim dan Puteri Naylie didoakan agar kalian terus ku4t dan tabah men3mpuh uj1an.

Sudah jam 2 pagi, ntah mengapa mata ni takleh nak Ielap, sedlh yg amat teringatkan duhai shbat yg pernah sama sama suka dvka dan rindu dengan lawak jenaka mu dibangku skolah dahulu.

Pemerg1an mu jam 3 ptg ( 25.08.21) ditngisi smua sahabat dan memenuhi wall mereka, Begitulah insan disayangi semua bernama Raja Rozida Gee , P0sitif dan ditldurkan hingga menghmbuskan nfas terakhlr.

Msih terlngat komen komen mu juga terkiIan tak dapat jumpa sekian Iama walaupun 2 kali Gee datang ke rumah namun tlada rezeki untuk kita berjumpa, m0hon m4af untuk itu.

Dikau pergl dengan pengakhlran yg baik Husnul Khotimah semoga Allah merahmat1mu dgn syahid krn bertrung nywa berjvang utk C0V19, Salam tkziah buat keluarga Raja Rozana Raja Aziz ibu Rohana Kahar juga anakanda Puteri Naylie tercinta.

Assalammualaikum doc baru call, Allahhuakbar adik ipar saya suami kepada arwh adik Raja Rozida Gee yg baru semalam 25 Aug mninggalkn kami.

Kini seIang sehari Suaminya baru saja menghmbuskn nfasnya 26Aug 2021, mohon sed3kahkn Alfatihah utk adik dan suami nya Allahhuakbar b3rat sgt nak tnggung semua ni.

Prgimu bersama suami isteri, kami tahu kau orang memang x boleh berplsah pun dan janji Allah tu pasti adik n suami prgi sama sama ,sehidup sem4ti damailh adik ku dengan adik ipar ku Samsudin Bin Hussin Alfatihah.

Minta semua m0hon ma4fkan kesaIahan adik saya dgn suaminya dan halalkn mkn minum arwh ,andai ada hvtang arwh boleh bagitau saya.

Jnazah dikebvmikan di Tanah Perkburan Islam Kg Kuala Jemapoh Kuala Pilah Negeri sembilan, semoga kedua dua anak mereka tabah yang maha esa lebih sayangkan ayah dan ibu mereka.

Al fatihah.

sumber: dbongkar

Continue Reading

INFORMASI

Ibu Terkejut Anak Perempuan 6 Tahun Sudah Tumbuh Payudara, Doktor Dedahkan Puncanya..

Published

on

Ibu Terkejut Anak Perempuan 6 Tahun Sudah Tumbuh Payudara, Doktor Dedahkan Puncanya..

Pasti ada di kalangan kita yg masih belum mendapat gambaran apa sebenarnya Essential Oils ini. Essential Oils adalah pati minyak aromatik yang diekstrak utk mendapatkan minyaknya. Popular dikalangan orang dewasa kerana manfaat dan kebaikannya. Essential Oil ini dapat sambutan ramai pengguna sejak pandemik bermula. Pengguna yang semakin juga meluas ini tidak sedar dengan kekurangannya yang mungkin ibu ibu di luar sana berasa tidak senang.

Seorang pengguna Twitter, @antaintiom kongsi berkenaan rakannya seorang ibu yang menggunakan Essential Oil kepada anak 6 tahun dan mengalami akil baligh tidak normal. Berdasarkan perkongsian beliau itu, rakannya berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan nasihat mengapa perkara sedemikian boleh berlaku. Anaknya yang masih kecil sudah tumbuh payudara dan doktor berkata ini adalah tidak normal untuk anak yang masih kecil.

Rakanya itu berkata telah menggunakan minyak pati atau ‘essential oil’ selama dua tahun. Mengikut kata doktor pakar itu, kanak kanak kecil tidak seharusnya terdedah dengan sebarang minyak pati terutama yang mengeluarkan bau wangi. Wanita itu berkata, perkembangan anak akan terhenti seawal umur 14 tahun dan hormon itu akan lebih mengganggu anaknya yang masih kecil.

Perkara viral hingga ke TikTok, seorang pengguna TikTok @druglordrxdl kongsi bahaya Essential Oil ini ke atas ibu mengandung dan kanak-kanak kecil. Beliau juga berkata, kebanyakan brand minyak pati ini hanya sebagai satu marketing dalam niaga.

Seperti yang kita ketahui, wangian dari bunga mempunyai estrogen seperti ada di dalam badan wanita, jika hormon itu terlebih ianya mampu mengganggu hormon anak-anak yang masih belum sampai tahap tumbesaran. Sudah banyak artikel yang kalian boleh jumpa mengenai kesan sampingan penggunaan minyak pati ke atas kanak-kanak. Pastikan dapat nasihat doktor untuk jika berlkau sesuatu di luar jangkaan.

kredit rilekslah

sumber: kifarahmedia

Continue Reading

Trending