Connect with us

AGAMA

Kenapa Kita Perlu Alirkan Air Pada Dinding Sebaik Masuk Ke Tandas..?

Published

on

Kenapa Kita Perlu Alirkan Air Pada Dinding Sebaik Masuk Ke Tandas..?

Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan soal kebersihan kerana kebersihan berhubungkait dengan amalan lain terutamanya solat. Contohnya jika kita ingin mendirikan solat, kita terlebih dahulu membersihkan diri dari sebarang bentuk hadas. Sekiranya masih terdapat kekotoran/najis pada badan datau pakaian kita maka solat kita idak sah.

Satu perkongsian Ustaz Iqbal Hamzi Md Anuar mengenai kebersihan di dalam tandas yang mana perkongsian ini amat jarang dibincangkan dalam kuliah-kuliah agama, iaitu kepentingan mengalirkan air paip pada dinding tandas. Berikut perkongsiannya;

Di antara adab masuk tandas yang saya belajar dengan guru saya suatu masa dahulu, dan belum dapat lagi di tempat lain.

Selain daripada melangkah masuk dengan kaki kiri, lipat seluar, beralas kaki (memakai selipar khas tandas).

Mengalirkan Air Pada Dinding Tandas

Adab yang satu ini juga penting dan mungkin masih ramai yang belum biasa buat. Iaitu mengalirkan dahulu air paip pada keseluruhan dinding tandas. Dari kiri ke kanan, kanan ke kiri.

Jangan terus halakan air ke lantai tandas, bimbang nanti terpercik pada kaki atau seluar. Ini penting dan sebahagian daripada thoharah. Kerana kita tidak tahu bagaimana dan di mana pengguna tandas sebelum kita membuang air.

Sama ada dengan cara berdiri atau duduk. Di dinding atau di lubang tandas. Dia selesaikan hajatnya dengan ilmu atau secara semberono. Boleh jadi pada dinding itu ada percikan-percikan air najis yang kita tidak nampak (najis hukmi).

Apabila air dialirkan dari bahagian dinding, automatik air tersebut akan membawa sekali najis-najis hukmi pada dinding dan lantai tandas.

Kemudian, selepas kita selesaikan hajat kita, sebelum keluar, ulang semula perbuatan mengalirkan air pada dinding dan lantai tandas.

Dan jangan lupa, bilas kaki sebelum melangkah keluar daripada tandas. Sebab kita tidak mahu najis-najis yang ada dalam tandas itu kita bawa keluar. Lebih-lebih tandas rumah atau tandas masjid.

Kalau kita terbawa keluar najis tandas ke dalam rumah dan dalam masjid, bimbang. Seluruh lantai rumah atau masjid akan jadi najis, najis, najis di mana saja kita jejak.

Akibatnya, sembahyang kita dan umat Islam yang lain tidak sah. Bila sembahyang umat Islam tidak sah, ibaratnya umat Islam tidak sembahyang.

Bila umat Islam tidak sembahyang, bantuan Allah tidak datang. Umat Islam akan terus terhina di mana-mana.

Demikianlah perkongsian oleh Ustaz Iqbal Hamzi Md Anuar berkaitan dengan kepentingan mengalirkan air ke deluruh dinding tandas terlebuh dahulu. Sejujurnya saya sendiri pun belum pernah mengetahui tantang hal ini sebelum ini. Alhamdulillah, hari ini kita telah mendapat ilmu yang baru. Semoga kita dapat mengambil pelajaran. Wallahu a’lam..

sumber: Ustaz Iqbal Hamzi Md Anuar 

Jangan lupa komen, share, dan like page fb kami kalamindah

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

AGAMA

(video) Disangka Artis, Pemuda Tampan Ini Rupanya Juara Dunia Penghafal Al-Quran.. MashaAllah Sungguh Merdu Suaranya

Published

on

(video) Disangka Artis, Pemuda Tampan Ini Rupanya Juara Dunia Penghafal Al-Quran.. MashaAllah Sungguh Merdu Suaranya

Sekilas pandang remaja ini disangka artis muda. Wajahnya tampan, serta rambutnya panjang. Dari penampilannya, ramai orang yang tak menyangka, dia adalah seorang juara dunia penghafal Qur’an.

Semua sangkaan meleset saat remaja ini tampil ke depan dan menjawab soal dari juri Tahfidz Quran dan mulai melafazkan ayat-ayat Quran.

Tak Disangka, Remaja Berambut Gondrong Ini Ternyata Juara Hafidz Quran – Bangka Pos

Hafalan yang kuat serta suara yang merdu membuat semua hadirin terpegun dan kagum. Dialah Hamzah Al-Habashy, remaja asal Amerika Serikat berusia 14 tahun.

Atas kegigihannya menghafal Al-Quran, ia akhirnya berhasil menajdi juara 2 Dubai International Holy Quran Award (DIHQA) 2015. Simak video inspiratif Remaja AS ini ketika melafalkan ayat-ayat Quran.

Sumber: youtube Via Majalah Harian

Continue Reading

AGAMA

(video) Seorang Hafiz Cilik Tenang Melantunkan Ayat Alquran Walaupun Sedang Menghadapi Sak4ratul M4ut

Published

on

(video) Seorang Hafiz Cilik Tenang Melantunkan Ayat Alquran Walaupun Sedang Menghadapi Sak4ratul M4ut

Sebuah video yang memperlihatkan seorang hafiz cilik yang terus melantunkan ayat-ayat Alquran di tengah menghadapi sakaratul maut viral di media sosial. Diketahui, anak tersebut bernama Osama Jundul Haq yang telah hafal tiga juz dalam Alquran.

Dalam video terlihat Osama yang berada di atas kasur rumah sakit dengan balutan kain cokelat dan selang infus yang menempel di hidungnya terus melanjutkan bacaan ayat Alquran yang dituntun oleh perempuan yang memegangi tangannya. Seorang lelaki berbaju ungu dan berjanggut itu pun tampak terus mengusap kepala Osama yang sedang dikompres dengan handuk putih kecil.

“MasyaAllah.. detik-detik kematian sahabat saya, Osama Jundul Haq, tahfidz qur’an 3 juz. Putra Bapak Sanawi Pandeman. Di tengah menghadapi zakaratul maut, bibirnya masih berdecak melantunkan ayat ayat Allah. Mencintai Alquran, Allah memuliakan cara kematiannya. Semoga husnulkhatimah wahai sahabatku,” tulis akun Balhot Kangeanisme Dotkom.

Unggahan video itu pun sudah dibagikan sebanyak 29.000 kali oleh pengguna Facebook dan di-repost oleh akun Instagram @omg.info.id, @omg.indonesia.id, dan viralrepost.id. Alhasil, video ini menuai banyak komentar dari warganet. Kebanyakan dari mereka mendoakan agar hafiz cilik itu husnulkhatimah dan mendapatkan surga-Nya.

Mari Lah Kita Sama-sama mendoakan AdiK Ini agar Sentiasa Tenang Di Sana.

Sumber: Mimbar raudah

Continue Reading

AGAMA

(video) Ulama Mesir, Sheikh Abdul A’ti Ali Abdul Jalil Sempat Mengalunkan Ayat Suci Al-Quran Sebelum Dijemput Ilahi

Published

on

(video) Ulama Mesir, Sheikh Abdul A’ti Ali Abdul Jalil Sempat Mengalunkan Ayat Suci Al-Quran Sebelum Dijemput Ilahi

Setiap yang beriman pasti ingin meninggal dunia dalam pengakhiran yang baik atau husnul khatimah. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, antara tanda husnul khatimah ialah seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan melakukan amalan soleh dan mengucapkan syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Beberapa waktu yang lalu, seorang lagi ulama meninggalkan kita. Ulama dipercayai hafiz Al-Quran tertua di Luxor, Mesir, Sheikh Abdul A’ti Ali Abdul Jalil sempat membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebelum meninggal dunia. Dalam video yang tular di media sosial, Allahyarham dilihat sedang terbaring dengan memakai alat bantuan pernafasan.

Lantunkan Ayat Al-Quran Sebelum Dijemput Illahi

Berdasarkan perkongsian portal Arab, Sheikh Abdul A’ti lahir di Edfu, utara Aswan pada 1934. Beliau kemudiannya mengikut ayahnya berpindah ke Esna dan menghafaz kitab suci Al-Quran pada usia muda sebelum hilang penglihatan.

Pada usia 15 tahun, beliau menghabiskan hafazan Al-Quran dan menyertai sekolah menengah Al-Azhar. Beberapa hari lepas, beliau didakwa mengalami masalah kesihatan dan menunjukkan simptom jangkitan koronavirus. Beliau menjalani ujian saringan dan didakwa positif virus berkenaan. Pun begitu, punca sebenar kem4tiannya tidak ketahui.

Semoga Pengakhiran kita juga husnul Khotimah dan semoga amal ibada kita diterima di sisi ALLAH SWT… Aamiin Allahumma Aamiin

Sumber: siakapkeli via mysumbermaya

Continue Reading

Trending