Connect with us

KELUARGA

Ini Antara Kesalahan Yang Ibu Bapa Tak Sedar Dalam Mendidik Anak Yang Menyebabkan Anak Jadi Degil

Published

on

Ini Antara Kesalahan Yang Ibu Bapa Tak Sedar Dalam Mendidik Anak Yang Menyebabkan Anak Jadi Degil

Ada seorang kenalan, anaknya sangat dengar kata, tak mela wan cakap. Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga. Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.

Aku pun cuba korek rahsia di sebaliknya sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak. Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab ba ka dia. Aku gelak saja masa tu.

Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni. “Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun”

Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung. “Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia and nak letak dalam hutanlah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?”

Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu. “Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?”

Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.

“Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin.”

“Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!”

“Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!”

Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.

“Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita”

Kesalahan Ibu Bapa Mendidik Anak

Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja. Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.

1) Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas.

Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.

2) Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun.

Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja. Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni’. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.

Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.

3) Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.

Kata pada dia, “hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok.” Jangan Kesalahan ibu bapa mendidik anak ini terjadi disebabkan perkara yang temeh.

Esoknya bila kita suruh mandi, and dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.

4) Bila anak dengar kata, berikan reward.

Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.

5) Jangan lupa berdoa pada Allah swt.

Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri. Sebab tu la kita perlu sentiasa berdoa memohon kepada Allah SWT.

Aku kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedari. Harap-harap perkongsian ni membuka minda para ibubapa tentang cara-cara mendidik anak.

Perkongsian ni bukanlah segala-galanya. Masih banyak lagi panduan yang boleh dicari diluar sana. Namun hanya sebagai info tambahan kepada sidang pembaca sekalian.

sumber: mysumbermaya

Jangan lupa komen, share dan like page fb kami kalamindah

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KELUARGA

(video) Zi4rah Kubur Isteri, Bapa Bersama Anak Kecil Diuji Motor Rosak Ketika Dalam Perjalanan

Published

on

(video) Zi4rah Kubur Isteri, Bapa Bersama Anak Kecil Diuji Motor Rosak Ketika Dalam Perjalanan

Setiap daripada kita berhadapan dengan dugaan yang berbeza-beza, apabila melihat betapa perit dan susahnya kehidupan orang lain, membuatkan kita lebih mengenal erti hidup.

Begitu juga dengan perk0ngsian seorang pemandu Grab di Faceb0ok dengan nama akaun, Munir Saleh. Bercerita mengenai pengalamannya bertemu dengan seorang ayah dan anak kecilnya, yang ketika itu sedang dalam kesuIitan.

Difahamkan, ayah tersebut bersama anak kecil yang berusia 2 tahun menaiki motorsikal menuju ke pus4ra arwh isterinya. Namun, motorsikal r0sak ketika dalam perjalanan.

Justeru, ayah berkenaan menggunakan perkhidmatan pemandu Grab tersebut. Maka, daripada situlah pemandu Grab itu mengetahui kisah sed1h yang dilalui dua beranak itu.

Mari ikuti kisah ini…

Motor r0sak dalam perjalanan bawa anak pergi kbur isteri

Menurut apa yang diceritakan, si ayah yang menggalas tanggungjawab menjaga anak seorang diri, selepas kemat1an isterinya kira-kira dua tahun yang lalu.

Tuhan tidak akan menguji jika seseorang tidak mampu, semoga bapa tunggaI bersama anaknya dapat menjalani hidup dengan tabah meskipun tanpa kehadiran isteri tercinta. Syabas juga diucapkan kepada pemandu Grab yang sudi membntu.

Sumber: Munir Saleh via omm

Continue Reading

INSPIRASI

Anak Bakal Menjadi Doktor, Johan dan Ozlynn Titip Doa Untuk Anak Sebelum Bertolak Ke Ireland

Published

on

Anak Bakal Menjadi Doktor, Johan dan Ozlynn Titip Doa Untuk Anak Sebelum Bertolak Ke Ireland

Anak sulung kepada pasangan selebriti Johan dan Ozlynn Wati, Ariq, telah berangkat ke luar negara pada Ahad bagi melanjutkan pengajiannya.

Difahamkan Ariq menyambung pengajiannya ke Dublin, Ireland dalam bidang perubatan. Menerusi laman sosial Instagram, Ozlynn berkongsi momen-momen Ariq bersama keluarga di rumah beserta titipan doa buat anaknya itu.

“Ya Allah peliharalah anak kami Ariq, permudahkanlah segala urusannya terangkanlah hatinya dalam menimba ilmu, kuatkan imannya dalam beribadah, cekalkan hatinya dalam menempuh ujianmu, dan berkatilah setiap ilmu dan rezeki yang kau berikan amin YRA.

“Abang Ariq, papa dan mama sayang kamu. Jadilah anak yang sentiasa mengutamakan akhirat. Doa papa dan mama tak kan pernah henti selagi bernyawa. We love you Ariq Hanania,”

tulis Ozlynn di ruangan kapsyen foto.

Menerusi perkongsian tersebut, Ariq dilihat sangat manja dengan Johan sehingga masih mahu didukung. Tidak hanya itu, Ozlynn turut berkongsi sesi mengaji bersama Ariq, Johan dan anak-anaknya yang lain.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan selamat maju jaya buat Ariq dalam menempuh alam pengajian untuk bergelar seorang doktor yang berjaya.

Malah, ada juga wargamaya yang memuji suka melihat keluarga Johan dan Ozlynn yang serba sederhana serta pandai mendidik anak-anak dari segi dunia dan akhirat.

“Tanda tangan tu macam Yusuf. Maybe Yusuf boleh jadi anak yang soleh macam abg Ariq. Btw belajar rajin-rajin dekat Dublin, jadi doktor,” komen aktor Hairul Azreen.

“Ramai datang jumpa abg Ariq harini ye. All the best abg Ariq, pasni sape nak bawa Moleiq dengan kakak chantiq naik motor pusing taman huhu,” kata seorang wargamaya.

“Semoga abg Ariq terus kuat, terus dipermudahkan segalanya dari segi ilmu, ibadah dan urusan dunia akhirat. Good luck abg Ariq, teruskan jadi kebangsaan papa mama dan kami semua. Doa kami tetap bersama abg Ariq,” tulis seorang wargamaya.

“Semoga Ariq dapat ilmu yang bermanfaat dunia dan akhirat,” ujar seorang wargamaya.

“Wah dukung lagi. Nak jadi doc dah tu hehe. Tapi one day pastu dia dukung papa dia. Tahniah Johan, pandai didik anak. Bertuahnya,” puji seorang wargamaya.

“Good luck dan all the best abg Ariq. Timbalah ilmu yang mendatangkan faedah yang baik dalam kehidupan,” doa seorang wargamaya.

“Boleh dijadikan contoh pada keluarga lain yang terlibat dalam dunia glamor. Dunia dikendong tapi akhirat tetap dicari. Salute pada keluarga Jozlynn,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 133,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekadar info, Johan dan Ozlynn mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009 dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Lembah Jaya, Ampang.

Selain Ariq, perkahwinan pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan.

Sumber: Gempak via trendinggiler

Continue Reading

KELUARGA

‘Maafkan Ayah Sayang” Anak Berumur 1 Thn Yang Hilang Dari Kereta Ditemukan L3m4s

Published

on

‘Maafkan Ayah Sayang” Anak Berumur 1 Thn Yang Hilang Dari Kereta Ditemukan L3m4s

MARAN – Seorang kanak-kanak Ielaki berusia setahun yang hiIang ketika dibawa bapanya ke sebuah Iadang kelapa sawit di Felda Jengka 4 semalam ditemui Iemas di Sungai Jemp0l di sini hari ini.

Difahamkan sebeIum kejadian, mngsa, Muhammad Abdullah Saiful Bahari bersama kakak dan abangnya yang berusia lapan dan enam tahun berada di dalam kereta sebeIum mngsa hiIang tnpa disedari.

Ketua BaIai Bomba Jen.gka, Raja Mohd Arif Raja Shamsuddin berkata, myat mngsa dit3mukan kira-kira jam 10.37 pagi hari ini oleh pasukan menc4ri dan menyeIamat.

“Myat mngsa yang dalam keadaan tenggeIam ditemui tersngkut pada r3ba kira-kira satu kiIometer dari lokasi mngsa dipercayai terjtuh.

“Myat yang dalam keadaan sempurna dan baik itu telah dibawa na1k dan diserahkan kepada pihak poIis sebeIum dibawa ke hspital,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Raja Mohd Arif 0perasi menc4ri dan menyeIamat mngsa dimulakan petang semalam melibatkan bomba, poIis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (ReIa) dan penduduk kampung sebeIum ditan.gguhkan serta disa.mbung semula hari ini.

Sementara itu Ketua PoIis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd. Rahman berkata, berdasarkan si.asatan awal, ayah mngsa menye.dari kehiIangan mngsa pada jam 1 petang apabila mngsa tlada di dalam kereta.

Katanya, kakak dan abang mngsa yang berada di dalam kereta tldak menye.dari mngsa keIuar dari kereta dan semasa kejadian pintu kereta berkenaan terbu.ka.

“Ayah mngsa bersama anaknya telah menca.ri mngsa di kawasan sekitar dan menemui kesan ta.pak kakl kanak-kanak di tepi sungai berhampiran tempat tersebut.

“Ayah mngsa yang menges.yaki mngsa terjtuh ke dalam sungai kemudiannya telah meminta bntuan orang kampung untuk menc4ri mngsa,”ujarnya.

Allahuakhbar, salam tkziah. Semoga keluarganya tbah. Syurga buatmu sayang. Al fatihah.

Sumber: K! ONLINE via dbongkar

Continue Reading

Trending